Pages

Thursday, December 27, 2012

Top 10 jam paling mahal di Dunia!


10. Cartier Secret Watch with Phoenix Décor – $2,755,000





9. Patek Philippe 1953 Model 2523 Heures Universelles Watch – $2,899,373


 

8. Piaget Emperador Temple Watch – $3.3 million

 

7. Patek Philippe 1928 Single-Button Chronograph Watch – $3,637,408

 

6. Patek Philippe 1939 Platinum World Time Watch – $4,026,524

 

5. Louis Moinet Meteoris Watch – $4,599,487

 

 

4. Breguet & Fils, Paris, No. 2667 Precision Watch – $4,682,165

 

3. Patek Philippe Reference 1527 Wristwatch – $5 million

 

2. Patek Philippe Henry Graves Super Complication Pocket Watch – $11 million

 

 1. Chopard 201-Carat Watch – $25 million

Yang termahal ni dah tak macam jam dah.. Apa-apa pun jam termahal di dunia merupakan jam tangan wanita! Sebagai lelaki aku kecewa! Haha!!

Wednesday, December 26, 2012

Mitos atau Fakta?

1. Kalau jam quartz letak sebelah-sebelah, nanti bateri jam salah satu tu jadi lemah, manakala lagi satu makin power!

Jawapan: Mitos, pasal takde kena mengena pun jam mana tarik kuasa bateri jam lain. Habislah jam kat kedai-kedai jam yang banyak-banyak display tu saling tarik menarik kuasa bateri.. adoi..

2. Jam Automatik, jarum jam bergerak pasal dapat kuasa dari nadi!

Jawapan: Mitos, Jam Automatik digerakkan oleh rotor hasil gerakan tangan dibantu oleh konsep tarikan graviti.

3. Jam Digital, jam tangan untuk budak-budak.

Jawapan: Mitos, jam digital bukan hanya untuk budak-budak. Malah, atlit, tentera dan saintis pun lebih menyukai jam kerana lebih lasak dan kurang penyelenggaraan.

4. Kena guna jam tangan di tangan kiri agar tangan kiri bukan hanya bertugas untuk beristinjak, malah dapat berkhidmat menunjukkan waktu kepada tuan badan.

Jawapan: Mitos. Ikut keselesaan seseorang. Kalau selesa tengok jam kat tangan kanan, pakailah kat tangan kanan. Haha!! Tapi kalau kita perhatikan, kebanyakan rekabentuk jam tangan ialah untuk digunakan di tangan kiri kerana kedudukan crown pada pukul 3 atau pukul 4 jam. Namun ada jugak rekabentuk jam tangan khas untuk digunakan di tangan kanan dengan kedudukan crown jam di pukul 9!!

5. Jam buatan Swiss lebih berbaloi untuk disimpan berbanding jam buatan Jepun.

Jawapan: Mitos. Tak semestinya, ada juga jam swiss kalau disimpan semakin susut nilai. Hanya beberapa jenama Swiss sahaja yang mengalami inflasi. Jam Jepun pun ada jugak yang berbaloi untuk disimpan malah harga pun semakin meningkat seperti Seiko Diver yang dah jadi Lagenda tu.

6. Jenama Rolex lebih mahal dari jenama Solex.

Jawapan: Fakta. Jam tangan jenama Rolex memang diakui jauh lebih mahal dari kunci mangga Solex.

7. Citizen merupakan perkataan Inggeris bemaksud warganegara, tetapi Jam tangan Citizen merupakan jam buatan Jepun.

Jawapan: Fakta. Nama je dari bahasa Inggeris, tetapi Citizen turut mengeluarkan in-house movement dia sendiri, made in Japan!!

8. Memakai jam tangan boleh mengancam peluang untuk memikat gadis pujaan. (untuk yang bujang sahaja)

Jawapan: Fakta. Nanti kalau pakai jam tangan tak boleh tanya kepada gadis tersebut "cik adik, tumpang tanya, pukul berada sekarang ni ye?" (taktik lama yang evergreen).

9. Jam Diver akan mengalami pengalaman menyelam selepas dibeli oleh pembeli.

Jawapan: Mitos. Kebanyakan jam Diver akan disimpan untuk koleksi peribadi berbanding untuk kegunaan sebenar iaitu menyelam. Jam Diver yang cantik itu terasa sangat sayang untuk diselam di air laut yang masin itu.. huhu!!

Friday, December 14, 2012

Pengenalan: Casio BP-120

Jam Casio BP-120 yang mempunyai fungsi Blood Presure Monitor.. Keseluruhan ialah original. Tak ada manual dan kotak original. Gambar sebelah atas kanan yang macam nak nampak dengan tak nampak tu jam Casio JP-200W.. dengan fungsi Pulse. Jam yang sudah tidak dikeluarkan lagi dan semakin pupus seperti panda.. Harap tidak pupus seperti burung Dodo.. Gambar seterusnya akan menyusul.

Wednesday, November 21, 2012

Review: Seiko 6105-8000

Seiko yang menjadi lagenda, namun kurang menjadi buruan disebabkan bentuk yang lonjong aku rasa. Mata aku pun tak berkenan sangat. Kalau diberi pilihan, aku suka lagi bentuk tak simetri 6105-8110.
 Jam ini telah mengalami restorasi yang begitu kemas dan kelihatan baru. Jam yang ada date sahaja macam ni yang aku suka. Ringkas dan kemas.

 Crown bertanda Seiko yang dah menjadi lagenda.

 Enjin bersih dan dah diservis.

Caseback bertanda water proof. Jam ni sebenarnya aku cuba bid, malangnya saat-saat akhir tewas. Dan aku hanya mampu menyimpan gambar dan dikongsi di blog untuk tatapan bersama. Jam takda kat aku. Haha!!

Friday, October 12, 2012

Kenapa aku menjadi peminat Kelab Bola Sepak Real Madrid?



Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, Real Madrid memilih untuk berkerjasama Palestin. Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui polisi kelab, malah oleh pemain-pemain kelab itu.

Tindakan yang paling ketara ialah dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.

Bekas penyerang Manchester United itu yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas hati  memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin.
Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo pada harga 1,4 juta euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ sahaja.

Pernah dilaorkan sebelum ini, dalam satu acara, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan segala keburukannya.

Namun ada juga pihak media yang menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk tanggungjawab kemanusiaan. Ia menunjukkan keperihatinanan beliau terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo juga pernah dilaporkan menngunjungi Palestin pada tahun 2007 dan 2005.

Di sana beliau disambut dengan hebat oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun kecaman terhadap Ronaldo terus dilakukan media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis.
sumber: Empayar Pemuda

Monday, October 8, 2012

Jam Tangan: Keperluan Kemahuan Kemampuan


Jam merupakan satu keperluan dalam membolehkan kita membaca waktu. Walaupun ada orang yang tidak suka untuk memakai jam tangan, mereka masih lagi perlu merujuk di mana-mana sumber untuk menentukan waktu terkini seperti di skrin hanphone, dekoder astro, tekan info di astro, jam dinding, skrin monitor komputer dan selalunya tangan pada orang yang memakai jam tangan.

Untuk jam tangan jam yang murah dan simple seperti Casio F-91w di bawah ini merupakan keperluan bagi yang ingin memakai jam tangan. Ya, asalkan ada petunjuk waktu sudah memadai.

Casio F-91W





Tetapi jam tangan Rolex Submariner merupakan jam kemahuan aku atau mungkin beberapa rakan-rakan kita di sekeliling kita. Jam ini lambang kemegahan dan penuh dengan sejarah tersendiri dan sangat collectible.

Rolex Submariner Date





Tetapi kemampuan aku sekadar memakai jam tangan Orient "Submariner: Style.. huhu!! Dalam banyak-banyak jam tangan yang aku pakai, jam ni yang paling selesa aku pakai memandangkan tangan aku ni dalam kategori tangan comel.. haha!!

Orient Automatic 10 bar


Apa pula jam Kemahuan dan Kemampuan anda?

Tuesday, September 11, 2012

Review: Casio AnaDigi (Analog & Digital)

 Jam Casio adik aku. Apa yang menarik pada jam ini ialah jam ini ada fungsi termometer. Bacaan pada jam ketika ini di waktu panas terik ialah 35.4 celcius. Panas beb! Pengguna jam ini nampak agak lasak. Boleh tengok pada clar balar pada badan jam. Huhu!

Button kuning tu kalau tak silap untuk kegunaan lap memory. Aku pun tak ingat sangat, walaupun aku pernah tekan-tekan button pada jam ini.

Kat belakang caseback ni kita boleh tahu fungsi pada jam ni. Dari termometer, lap memory, Lampu illuminator, auto light & world time. Canggih walaupun pada harga yang sangat murah.

Mungkin body jam ni bukan stainless steel sepenuhnya. Boleh tengok hakisan pada casing jam ni. Kalau tengok di belakang jam ni pun tertulis stainless steel back. Maksudnya caseback je yang stainless steel. yang Casing atas dia bukan stainless steel.

 Clasp push released macam ni mudah untuk memakai dan membuka tali jam.

Gaya hensem pemakai jam ini. Menggunakan jam jenis bracelet seperti ini yang bagusnya ialah mengekalkan keaslian jam. Jika jam tersebut dipasangkan dengan tali getah atau kulit, tali getah atau kulit ini akan sampai masanya akan rosak dan terputus. Nak cari yang original tu yang payah. Bracelet agak sukar untuk rosak. Yang rosak pun mungkin cuma pin penyambung bracelet tu je kot?

Wednesday, August 29, 2012

Review: Seiko Chronograph 100m

Seiko Chronograph yang menggunakan pergerakan quartz amat jarang sekali mendapat mendapat tempat di kalangan kolektor jam berbanding Casio Chronograph Quartz. Mungkin kerana harga Seiko Chronograph Quartz sedikit mahal berbanding Casio Chronograph yang secara relatif lebih murah. Kenapa aku review jam ni? Bukan ada apa-apa pun yang unik pun.. Haa... tunggu.... Ada uniknya jam ni nanti...

Caseback takde pulak tertulis made in Japan.. Seiko Choronograph ni menjadi pilihan bagi yang suka keadaan pelbagai register pada dial jamtersebut. Ya, bagi seorang suka dengan keadaan yang menyemak tapi teratur jam macam ni menjadi pilihan... Eh, apa aku tulis ni.. hehe!! Jam ni ada tiga register pada dial. Bagi mereka, semakin banyak register pada muka dial jam, makin cantik jam tersebut. Macam aku pulak, jenis tak suka pada yang ada day pada dial. Tapi mesti ada window date! Sebab tu, aku minat betul jam seperti Seiko Samurai, Seiko turtle 6105, Seiko 4R15 "Dilot" dan Seiko Sumo. Sebab jam-jam tu ada date je. Dan tak menyemakkan dial.

Crown dan push button seperti biasa di tempat pukul 1, pukul 3 dan pukul 5. Keadaan jam macam ni sememangnya menyukarkan pada orang yang memakai jam di tangan kanan. Keadaan crown dan push button seperti ini sememangnya mengkehendaki kita untuk memakai jam di tangan kiri. Tangan kanan dengan mudah untuk menekan push button jam itu nanti.

 Ini yang uniknya jam ini. Terdapat logo Shell di clasp jam ini. Pekerja Shell sahaja yang dapat simpan jam ni untuk koleksi. Takde dijual di mana-mana kedai jam ni.

Inilah gaya pemakai jam ni. Cantik kerana adanya register tersebut.

Sunday, August 26, 2012

Majlis Belanggar Meja Kampung Baru Dagang Igan 2012, Mukah Sarawak

Majlis Belanggar meja ini merupakan acara tradisi penduduk Kampung Igan sejak dari dulu lagi. Majlis ini seolah-olah ramah tamah Aidilfitri bagi sesbuah kampung tersebut dengan menyediakan pelbagai juadah hari raya di atas jalan kampung dan menjemput kaum lelaki dari kampung bersebelahan untuk menjamu selera. Selain makan-makan, acara ini dimulakan dengan kata-kata aluan menerima kunjungan dari penduduk kampung Baru Ismail, Kampung Tengah, Kampung Pulau dan Kampung Sekerang Igan. Walaupun begitu, ada juga jemputan yang hadir dari Oya, Dalat, Matu, Daro dan sebagainya. Kemudian, bacaan tahlil dan doa selamat. Bacaan ayat suci al-quran pun diperdengarkan dan dibaca oleh pelajar sekolah rendah yang terpilih. 
Kampung Baru Dagang Igan dipilih untuk menjadi tuan rumah acara ini pada 24 Ogos 2012 bersamaan 6 Syawal 1433 H pada hari Jumaat.


Untuk kali ini, jemputan dijangka tiba pada pukul 2.15 petang selepas solat Jumaat. Di sini, solat Jumaat dah bermula pukul 12.40 tengahari. Tuan rumah sedang menyiapkan hidangan di cuaca yang agak panas ni.

Kali ini, meja berlanggar ini ditambahkan dengan khemah untuk keselesaan para jemputan. Dulu masa aku kecik-kecik dulu takde khemah, jemputan kena bawa payung sendiri. Kalau tak, memang panas kalau kena hari panas terik macam ni. Duduk dengan berpayung la masa tu sementara habis tentatif majlis ini.

Istilah Berlanggar Meja ni merupakan istilah bahasa Melanau, istilah "belanggar" bermaksud "berkunjung" dalam Bahasa Malaysia. Bukan melanggar meja menggunakan kereta, motosikal, kren, keretapi, kereta kebal atau yang seangkatan dengannya. Haha!!

Biasanya, tuan rumah (tuan meja sepatutnya), akan menghidangkan makanan terbaik untuk dihidang kepada tetamu yang bakal melanggar meja ini.  Sesuai dengan pesanan Rasulullah agar menyediakan makanan terbaik untuk tetamu yang datang ke rumah. Meja disambung secara memanjang jika majlis diadakan di kampung Baru Ismail, Kampung Baru Dagang dan Kampung Pulau igan ini. Kampung Tengah diadakan di padang sekolah rendah yang lama, manakala kampung Sekerang diadakan di kawasan lapang di pasar Kampung Igan.

Tuan rumah sedang menanti kehadiran tetamu. Bersedia. Panas terik memaksa tuan rumah berteduh di bawah khemah sementara menanti kehadiran tetamu. Khemah kitorang agak unik kerana satu-satunya yang berwarna merah. Yang lain berwarna biru. Haha!!

 Tetamu dengar khabarnya dah nak datang. Jom kita terjah di meja hadapan sekali.

Ini dida tetamu yang datang. Dari kampung Baru Ismail Igan. Dekat ja, tu yang awal sekali datang. Kampung-kampung yang lain agak jauh. Ambik masa sikit untuk sampai. Tetamu datang sambil disambut dengan bersalam-salaman antara tetamu dan tuan rumah menyambut kedatangan tetamu.

 Gambar di bawah marupakan meja paling depan dalam menyambut kehadiran tetamu.

 Ada banner dan tabung kutipan derma untuk aktiviti JKKK yang seterusnya. Ye lah, nak bayar sewa meja, alat PA system dan sewa elektrik.

 Tuan rumah sedang menunggu kehadiran tetamu seterusnya.

 Tabung derma untuk penganjuran majlis belanggar meja. 

 Boleh tengoklah bertapa panjangnya meja yang disambung di atas jalan raya ni. Boleh masuk dalam rekod Malaysia ni kot? Mohon Majalah 3 untuk datang membuat liputan tentang majlis yang unik ni tahun depan ye? Haha!! Gurau je..

Yang ni meja VIP. VIP yang datang merasmikan majlis ni ialah YB Abu Seman Jahwie ADUN N.38 Jemoreng. YB yang selalu datang menjenguk rakyat di kawasan ADUN beliau tidak kira majlis besar seperti ini, majlis perkahwinan, hatta kematian pun jika kebetulan beliau ada di kampung tersebut, beliau akan singgah menziarah sekejap.
Tapi tu la, walau pun macam tu, ramai jugak yang mengutuk beliau. Ye la, mana kita dapat puaskan hati semua orang kan. Dapat puaskan hati majoriti pun dah cukup baik. Lupakan dulu soal politik. Haha!! Kita sambung majlis belanggar meja ni pulak.

Tetamu dah hadir dan duduk di meja yang telah sedia menunggu kehadiran jemputan. Tetamu boleh la hilangkan dahaga dulu dengan minum air yang disediakan. Belum boleh makan makanan utama dulu. Sabar ye. Baca doa selamat dulu kejap lagi. Walaupun pada asalnya hanya tetamu lelaki sahaja yang dijemput, jika kampung tersebut ingin mewakilkan kaum wanita pun boleh juga. Silakan.. Ini bagi kes kampung yang dah ramai anak muda balik bekerja di bandar. Huhuhu!!

Minuman bergas sememangnya minuman wajib disediakan semasa hari raya di Sarawak. Tak sah rasanya kalau tetamu tak dihidangkan air gas. Lepas tu, keluarlah gas bikarbonat dari lubang hidung.. huahuahua!!

Ini tuan rumah yang bersedia berkhidmat kepada tetamu. tetamu nak mintak air batu ke, tolong tuang air ke atau apa-apalah. Disebabkan cuaca panas sangat, kitorang lepak lah bawak pokok kelapa. Redup sikit.

 YB Abu Seman sedang beramah mesra dengan penduduk kampung Igan.

 Sudi juga bergambar bersama dan tidak keberatan untuk memberikan pose yang istimewa.

 Ini bukan gambar keluarga, tapi gambar YB Abu Seman bersama penduduk kampung Baru Dagang Igan.

Adik aku dan Adik Ipar aku turut tidak ketinggalan bergambar kenangan dengan YB Abu Seman Jahwie ni.
Bukan senang nak bergambar sakan dengan YB ni wei..

 Lepas bacaan doa, barulah tetamu boleh makan makanan utama. Sila-sila, jangan malu-malu.

 Makan lagi..
Gambar di atas aku ambik supaya dapat tengok panjangnya meja yang disusun di atas jalan kampung ni. Bukan atas jalan raya ni tau. Nanti mengamuk JKR jalan raya kena block untuk acara ni. Haha!!

 Sekali lagi ambik gambar sama. Acara habis dalam pukul 4.30 petang. Habis je acara makan-makan tadi, tuan rumah sibuk pulak nak kena robohkan semula khemat tersebut dan bersihkan balik jalan-raya dari sampah-sampah. Mengamuk pulak Majlis Daerah Matu Daro nanti. Haha!!

Dah bersih. Berkat usaha bersama dan bergotong royong, jalan yang ditutup ini tadi dapat digunakan semula. Semoga usaha ini berterusan. Kerjasama antara penduduk tetap kekal seperti ini. Kalau ramai yang ringan tulang tolong, sekejap je boleh siap macam ni. Itulah serba sedikit majlis belanggar meja untuk tahun ini. Jumpa lagi di hari raya tahun depan..