Pages

Showing posts with label *Armor (MBT). Show all posts
Showing posts with label *Armor (MBT). Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Bradley M2A3

 Inipun merupakan model Infantry Fighting Vehicle (IFV) aku bersaiz 1/72. IFV inilah yang berada di barisan depan semasa penaklukan Iraq 2003 oleh Amerika Syarikat. ini kerana, roket anti tank Bradley ni boleh mencapai 2.5KM - 3km yang mana, tentera Iraq berada dalam keadaan tidak bersedia ketika itu.

 Mempunyai kepantasan yang tinggi dalam membuat tinjauan sebelum main battle tank Abrams (MBT) membuat serangan besar-besaran di tempat serangan. Boleh nampak tak scoop merah kat atas tank tu?

 Kelemahan yang ketara ialah IFV ini ialah badan perisainya yang agak nipis dan serangan roket yang terhad kepada dua kali tembakan sahaja. Selepas tembakan yang kedua, biasa, IFV ini akan berundur ke belakang untuk membuat isian roket anti tank. Sementara IFV yang kedua mengambil alih untuk perlindungan. Main gun IFV ini langsung tidak memberi kesan kepada mana-mana MBT kerana cuma berkaliber 25mm sahaja. Setakat tembak tembok mungkin ok kot? Pernah menjadi mangsa tembakan T-72 Iraq akibat lambat mengisi roket anti tank dengan hanya sekali tembakan T-72 Iraq, IFV Bradley ini menjadi IFV berapi.

Aku suka warna desert camouflage seperti ini. Aku kurang berminat warna forest camouflage.

Rantai IFV ini boleh pusing. Best! Turet pun boleh pusing. Cuma anti tank rocket launcher sahaja tak boleh lipat. Huhu!

Lampu merah tu yang lawa.

Askar tu yang tak tahan. Memberi arahan kepada driver, loader dan gunner kot?

Aku tengah cari MBT Iraq T-72 model unimax ini jugak yang mana banyak menjadi mangsa tembakan IFV Bradley ni. Boleh gandingkan T-72 berhadapan dengan Abrams US, Challenger British, dan Bradley US.

Tuesday, January 17, 2012

PT91M "Pendekar"

Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buatan negara Poland PT-91M yang diberi nama Pendekar. Diubahsuai dari model asal PT-91 Twardy menjadikan Pendekar ini merupakan MBT terbaik bukan sahaja di rantau ini, malah antara terbaik dari segi keupayaannya di dunia. Ramai yang mengkritik kerana menggunakan chasis asalnya dari T-72 buatan Rusia yang sememangnya mempunyai rekod buruk dalam banyak siri peperangan dan yang ketara sekali semasa operasi desert storm 1990an dan pencerobohan Iraq 2003.



Gambar pinjam






Apa yang menarik mengenai model PT-91M Pendekar ini ialah, ketelitian dari segenap aspek dari Pendekar yang asal. Yang menariknya, model PT-91 Twardy tidak ada "bakul durian" di belakang dan mengubah tools box di belakang turet ke sebelah tepi untuk membolehkan "bakul durian" diletakkan di belakang. Usaha yang sangat memerlukan kesabaran dan kreativiti ayg tinggi. Arial radio turut diletakkan pada model ini. Kagum sungguh aku. Kalau jual ni rasanya cecah ribuan ringgit sebab jumlah jam memasang, modifikasi dan pencarian part-part yang tiada dan hasil kerja yang sangat halus yang sememangnya sangat sukar untuk disiapkan.




Terserlah "bakul durian" di belakang turet Pendekar ini. Bakul ini penting untuk membawa pelbagai bekalan sepanjang operasi.

Letusan dari main gun Pendekar sewaktu latihan tembakan. Kemampuan tembakan dikatakan sehingga 5km! Kaliber 125mm pendekar mampu melakukan tembakan sejauh itu.




Dari depan, nampak gagah dan perkasa, sesuai dengan namanya Pendekar! Perhatikan petak-petak kecil di permukaan depan Pendekar ini juga di depan badan turet. Untuk pertahanan dari peluru anti-tank musuh, petak-petak kecil itu berfungsi dengan menterbalikkan letupan peluru high explosive anti-tank (HEAT) di bahagian luar badan tank dan tidak menembusi tank. Petak-petak itu dipanggil ERA (Explosive Reactive Armour) tile. Walaupun begitu, dikatakan mana-mana MBT di dunia ini yang dipasang dengan alat ini, masih tidak dapat menahan serangan dari arah atas, belakang dan periuk api anti kereta kebal. Di luar kawalan la ni.. ERA sesuai untuk pertempuran secara berdepan sahaja.




Pendekar beratur di tepi jalan. Di belakang itu seperti tank Leopard milik Singapura.


Sangat megah dan gagah membuat barisan hormat.




MBT seberat 46 tan ini sesuai dengan bentuk muka bumi Malaysia yang berbukit bukau, hutan, ladang serta cuaca panas dan lembab. Kalau menggunakan tank yang lebih berat, rasanya kurang efisyen walaupun memiliki MBT USA Abrams M1A2 yang seberat 62 tan hingga tan itu.



Main Gun ditutup kain apabila tidak digunakan. Nanti masuk air. Bukan water resistant macam jam tangan ni. haha!!




Senjata utama yang mengerunkan.




Kita layan...




Alat pengesan pancaran laser pembidik (sistem amaran laser). Komander MBT dapat mengesan jika MBT mereka menjadi sasaran tembakan pihak musuh. Sangat jauh teknologi yang dimiliki Pendekar berbanding MBT milik Iraq yang tewas di operasi Desert Storm dan Pencerobohan Iraq 2003.





Layan lagi.. Granade luncher!!


Thread yang dipasang getah untuk mengelakkan kerosakan pada jalan tar. Bukan senang nak bukak dan pasang benda ni pada thread. Perlukan tenaga yang banyak.


Bukan kereta biasa je ada lampu, MBT ni pun ada lampu, tapi tak boleh digunakan sewaktu peperangan. Kena tutup lampu dan menggunakan gogel night vision (gogel pandang malam).


Bukan sebarang kunci. Guna rantai ni.


Senjata kedua, mesin gun anti pesawat. Tapi boleh juga untuk tembak askar yang lari bertempiaran jika tank mereka rosak.



Bahagian tepi pun dipasang dengan ERA untuk keselamatan krew tank.


Dibawa menggunakan treler. Manja betul Pendekar ni ye.. hahaha!!


Tangki minyak tambahan. Batang panjang tu dikatakan batang balak. Aku tak tau apa fungsi batang balak tu. Sapa yang tau boleh bagitau aku untuk perkongsian maklumat.


Letak kat kereta Viva aku rim ni baru cantik..


Beraksi di tanah yang becak dan berlumpur.


Berjaya membuat tembakan.


Letusan yang berjaya dihasilkan.


Cantik permandangan ni.


Mencuba senjata kedua mesin gun. Tembak, jangan tak tembak. Pastikan berfungsi betul-betul. Tak berfungsi, hantar balik Poland, mintak warranty. Haha!!


Aku teringin untuk memiliki model Pendekar ini dalam koleksi MBT saiz skala 1/72 dalam koleksi aku. Dapat yang PT-91 Twardy pun ok, nanti modyfied sikit kasi jadi Pendekar. Pasang "bakul durian" kat belakang Twardy tu. Haha!!


Aku suka tengok uniform krew tank ni. Simple je. Ye la, dok dalam tu panas beb. Kena guna baju yang sesuai, walaupun Pendekar ni ada air-cond. Yang menarinya, tank di Eropah biasanya takda air-cond. Cuaca di sana dah sejuk. Tak perlulah air-cond, lebih selesa dok panas dalam tu. Kat Malaysia kena pasang air-cond, kalau tak, telur ayam pun boleh masak kalau letak lama-lama dalam tank yang takda air-cond.


Teringin nak pandu uji kenderaan ni. Haha!! Bank bagi kita loan tak kalau nak beli sebijik ni? Nak mengendalikan MBT ini perlukan 3 orang krew. Driver, comander & gunner. Tidak ada Loader sebab sistem senjata utama automatik loader.



Muncung main gun kaliber 125mm.


Syabas ATM kerana memiliki Pendekar yang amat diperlukan bagi perlindungan tanah air Malaysia dari ancaman musuh. Walaupun hanya 48 buah sahaja, tapi cukup untuk melatih askar kita untuk mengendalikan kenderaan ini. Dah ramai yang dapat lesen, kita tambah lagi jadi 200 buah, tapi harapnya nanti kita memiliki kemampuan teknologi untuk memasang sendiri badan Pendekar ini. Harap kita pula eksport MBT ni. Wah! Tinggi betul angan-angan aku. Malaysia perlu melihat kepada industri pertahanan sebagai salah satu industri yang boleh merancakkan ekonomi negara. Nak harap Arab Saudi & Pakistan jadi kuasa kuat pertahanan negara Islam? Ntah bila la.. Harap kita enjoy dengan gambar pinjam ini.



Wednesday, January 4, 2012

British Challenger 2

Tank, perkataan yang digunakan oleh British bagi mengaburi pihak musuh di perang dunia pertama dahulu. Tank, atau tangki air sebenarnya bagi mengelakkan pihak musuh tahu pergerakan senjata terbaru mereka yang akan digunakan bagi mengatasi peperangan kubu parit. Idea penciptaan kereta kebal utama (MBT) bermula dengan idea Da Vinci seperti gambar di bawah. Untuk bergerak ke arah musuh yang sedang menunggu kedatangan pihak penyerang atau penceroboh, perlu ada alat yang mobiliti bagi melindungi nyawa askar. Meriam diletakkan di sekeliling "tank". Menariknya, ada priskop yang terletak di atas sekali. Macam idea pembikinan kapal selam pulak.

Walau bagaimanapun, MBT yang pertama berjaya digunakan di peperangan yang sebenar ialah model D1 milik Askar Diraja British seperti gambar di bawah. Kenderaan ini bagi menembusi kubu parit pihak musuh tanpa mencederakan anggota askar. Cuma menggunakan mesingan sebagai senjata utama berbanding meriam kaliber 125mm pada masa kini.



Model MBT yang aku minati keluaran British ini ialah Challenger 2 seperti gambar di bawah.

Siap ada model askar yang sedang memerhati keadaan sekeliling. Sangat cool pada aku!



Arial radio komunikasi sampai ada 4! Silap2 astro pun depa boleh tengok ni. wakaka!!



Bertugas di Iraq dan berjaya menceroboh Iraq dengan jayanya. Hanya terdapat sebuah Challenger 2 sahaja yang rosak akibat serangan hendap pejuang Iraq. Reputasi yang agak baik berbanding MBT Amerika Abrams M1A2. Ye lah, Askar British ni dok belakang Askar Amerika je, mana la nak rosak.. Depa biaq MBT Amerika dulu meletup.. hahaha!! Bijak, bijak..



Berat Challenger lebih kurang 62 tank dengan jarak misi lebih kurang 350KM - 450KM, Enjin 1500hp dengan kelajuan 60km sejam. Kalau lawan lumba dengan MBT pendekar milik Malaysia ni, confirm makan asap. Walaupun hanya berenjin diesel 1000hp, tetapi berat MBT pendekar cuma 46 tan sahaja.



Dikatakan berada di ranking ke-5 terbaik di dunia di belakang Abrams & Merkava. Sebab belum teruji sepenuhnya dalam peperangan sebenar.



Terdapat dua tangki minya tambahan seperti MBT milik Soviet Union & Russia.



Skala 1:72, tidak terlalu besar untuk display dalam almari kaca bersama jam-jam tangan kesayangan.


T-72 Russia, M1A2 Abrams USA, Challenger 2 British... Selepas ini mungkin Leclerc Jerman & Leopard Perancis! Berminat jugak nak dapatkan Bradley USA!! Mana nak cari beb!!?

Tuesday, November 22, 2011

M1A2 Abrams invasion of Iraq 2003

Model diecast Unimax Forces of Valor ini menarik perhatian aku untuk memilikinya. Kerana terdapat model askar tengah duduk bersedia dengan senjata sekunder (secondary weapon). Nampak macam betul tu..

Warna badan mbt Abrams ini turut sama dengan Abrams yang menceroboh Iraq pada tahun 2003. Daripada model saiz skala 1:144 aku beralih kepada model saiz 1:72 pulak. Panjang dari meriam utama sehingga ke belakang mbt ini lebih kurang 14cm. nampak menarik untuk disimpan dalam almari kaca untuk display.



Lampu merah kat belakang ni cun betul! Macam menyala. Faktor utama aku untuk memiliki model ini ialah harganya lebih murah berbanding model lain dalam siri Unimax Forces of Valor ini seperti Challengger British dan M2A3 Bradley USA yang menjangkau harga ratusan ringgit. Yang ini jauh lebih murah dan cuma seketul itu sahaja yang berharga mampu milik. Jika dicari di ebay ketika ini harga model ini telah meningkat naik mencanak-canak menjangkau ratusan ringgit sekali harga postage. Nasib baik berkesempatan memiliki pada harga yang munasabah. Alhamdulillah..


Cuba diletakkan di atas rumput tiruan. wakaka!! Mana boleh, warna ini khas untuk peperangan di padang pasir bang oi.. Kena cari warna celoreng hijau hitam baru cantik..


Close up di bahagian belakang. Tempat keluarnya asap mbt ini. Dah berwarna hitam akibat asap enjin diesel yang tak servis.. wakaka!! Nampak real tu, tread (rantai roda) dia pun nampak kotor lumpur dan pasir. Pandai betul diorang bermain dengan ton warna seperti ini. Tread tu boleh bergerak pulak tu. Best!! Perincian buatan yang sangat halus dan teliti!!



Askar tengah bersedia untuk menembak menggunakan mesingan!! Ada arial radio untuk komunikasi. Pihak tentera Jerman dikatakan yang pertama menggunakan kemudahan radio ini untuk menumpaskan ribuan mbt T-34 Soviet Union pada perang dunia kedua (doktrin peperangan Soviet Union pada masa ini ialah serbuan besar-besaran kerana memiliki kilang yang mampu menghasilkan lebih seratus mbt sehari!! dan pernah memiliki sehingga 200,000 mbt pada perang dunia kedua). Komunikasi radio sangat penting dalam mencaturkan formasi dalam berhadapan dengan pihak musuh semasa peperangan mbt berlaku.



Aksesori kat belakang turet ni turut diwarnakan sedemikian rupa. Nampak real pulak tu. Kalau tak silap aku, terdapat gelen bekalan air, kanvas dan kotak ntah hapa-hapa diorang letak.



Yang lagi best, aksesori tu boleh kita alihkan jika tak berkenan seperti gambar di atas.



Turet boleh pusing. Lagilah best!! Tapi awas, jangan diberikan kepada kanak-kanak bawah umur 12 tahun. Nanti jahanam model diecast ini. Sebab model ni bukan model mainan, tapi model untuk perhiasan dan hasil seni bagi yang meminati peralatan ketenteraan sahaja.