Pages

Showing posts with label Seiko Diver Sumo. Show all posts
Showing posts with label Seiko Diver Sumo. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Green Seiko Sumo Limited Edition

Seiko Sumo Limited Edition dial warna hijau.


Lain dari yang lain. Hanya dikeluarkan khas untuk pasaran Thailand. Sekali lagi Thailand memiliki edisi khas seperti ini.



Harga untuk edisi khas seperti ini juga merupakan harga khas. Khas untuk orang yang beruang.. Eh.. Berwang sahaja..


Sekali imbas, seperti dial aftermarket yang banyak diletakkan pada jam Seiko Diver 6309 yang dipasang oleh tukang jam dari Filipina.



Luminous Seiko yang sudah terbukti terang.





Bukan sekadar jam, tetapi dilengkapi dengan kotak jam yang direka khas. Tali jam berwarna hijau kahs untuk jam ini.



Peminat Seiko Diver Limited Edition bolehlah melayari http://ebay.com.my/ bagi mendapatkan keluaran khas ini. Tak mahal, RM4,000 je.. Gulp!!



Kotak dari logam keras. Macam peti harta karun pun ada.



Bakal menjadi harta karun tidak lama lagi. Pemburu tegar Seiko Diver's, tentunya terliur dan gila bayang melihat Seiko Sumo Limited Edition dial warna hijau ini.




Sunday, October 2, 2011

Seiko Diver Yellow Sumo

Seiko Diver Yellow Sumo merupakan siri keluaran terhad untuk Seiko Diver Sumo, sama seperti Siri Seiko Monster. Keluaran biasa Seiko Sumo ini ialah Hitam, Biru dan Oren. Sumo Kuning ini merupakan keluaran terhadnya.

Bezanya suma pada warna bezel dan dialnya sahaja. Manakal terdapat cyclop pada date display pada cermin. Ni yang buat jam ni mahal. Tertulis Limited Edition tulisan warna merah pada dial.
Walau bagaimanapun, mengikut forum-forum peminat jam yang aku baca, gelaran sumo ini merupakan gelaran yang digelar sendiri oleh peminat jam Seiko Diver's ini. Dan bukan pihak Seiko yang memberi nama.


Yang mengejutkan, untuk keluaran Limited Edition ini, Seiko seolah-olah merestui nama Sumo untuk siri jam Diver 6R15 ini dengan menulis perkataan Sumo pada kotak jam ini. Mungkin ini merupakan satu penghargaan kepada peminat jam Seiko Diver's ini. Kesemua gambar jam ini merupakan gambar pinjam. Nak beli jam ni, sila beli kat ebay. Harga? RM8,000 lebih!!! Gulp!!!