Pages

Wednesday, May 15, 2013

Bungkusan Berisi UFO

Al kisah aku menerima satu bungkusan hari ini. Bungkusan yang kemas menunjukkan pemilik sebelum ini begitu cermat dan mengutamakan pelanggan. Patutlah ramai yang memuji seller ebay ini mengikut rating yang dicatat.
Bungkusan besar di dalamnya terdapat lagi bungkusan kecil. Kedua-dua sampul ini merupakan sampul plastik buble.
Lepas tu diletakkan di dalam kotak cermin mata rasanya ni. Cukup selamat untuk diletakkan jam untuk dipos menggunakan kurier.
Dalam kotak cermin mata diletak lagi plastik buble ni. Cukup berwaspada dan mengutamakan kepuasan pelanggan.
Lepas dibuka plastik tu, barulah terpampang jam ni. Rupanya jam Seiko Chronograph Automatik UFO. Ada yang gelar jam ni Big Small Eye. Keluarga jam 6138 yang menggunakan 2 register tak seperti keluarga jam 6139 yang hanya mempunyai satu register sahaja. Seiko 6138-0011 ini merupakan koleksi wajib kepada penggemar Seiko Chronograph Automatik kerana keunikannya yang besar dan berat.
Dial dan jarum jam ini masih original namun masih berkeadaan baik. Boleh klik gambar untuk lebih jelas. Nampak kesan menuaannya. Insert bezel jam pun masih original dan nampak sedikit calar hasil penggunaan yang sedikit lasak.

Pusher dan crown jam masih original. Tengok corak pada pusher jam ini. Sesuatu yang jarang ditemui pada jam Seiko UFO kebelakangan ini. Kebanyakan jam Seiko UFO ini telah ditukar pushernya dengan pusher bullhead yang tidak ada corak garisan seperti di gambar bawah ini.


Boleh tengok pada jam gambar di atas ini jelas garisan pada pusher jam UFO ini. Jarang ditemui, kalau ada pun harganya pasti melambung tinggi.

Namun agak menyedihkan cermin jam ini telah ditukar dengan cermin baru yang agak cembung dan tinggi. Lagi bagus sebenarnya kalau ditukar cermin. Jika cermin lama, biasanya cermin lama mudah pecah kalau berlaga sedikit. Dari sudut ini kita boleh nampak kecembungan cermin jam ini. Namun bagi yang mengikuti blog ini dari dulu lagi, kegemaran aku ialah jam yang mempunyai cermin yang tinggi dan cembung sebab jam nampak klasik. Casing telah dipolish dengan baik. Bersih sahaja rupa jam ini. Menampakkan keadaan asal jam ini brush finishing pada casing jam.

Caseback tertera nombor sirinya pada bulan April 1976 pun dah dikilatkan dengan baik bersinar-sinar. Bertanda water resistant, kalau generasi awal Seiko UFO ni bertanda waterproof pada caseback. Sedikit calar disebabkan oleh tali stainless steel jam. Bracelet jam ni baru aftermarket bukan original bertanda Seiko. Sekarang saya cuba mencari tali original jam ni. Sesiapa yang ada sila roger & out aku. Kena guna tali kulit atau getah untuk mengelakkan caseback jam calar balar. 



Perhatikan day kat tetingkap hari dan tarikh bertulisan Kanji/Jepun. Ciri-ciri yang agak menarik pada jam ni. Agak menarik untuk menjadi simpanan dan ternakan peminat Seiko Chronograph.

Movement yang telah diservis dan sedia untuk dipakai.

Jam ini untuk dijual kepada yang berminat pada harga RM880 sekali dengan pos laju ke seluruh Malaysia.

Saturday, May 4, 2013

Korang dah?

Apa-apapun,terimalah keputusan dengan hati terbuka, tak perlu turun ke jalan raya. Ink kat jari ni aku cuba bersihkan guna pencuci, memang susah nak tanggal. Tanggal kat kuku je, kat kulit sekeliling kuku tak hilang. Memang agak mustahil nak undi berulang. Bebaskan diri kita dari "persepsi" yang cuba diwujudkan. Realitinya agak mustahil akan berlaku seperti yang cuba dijadikan sebagai "persepsi".

Friday, April 12, 2013

Casio BP-120

Casio BP-120 Blood Pressure Monitor yang menjadi buruan peminat tegar jenama Casio. Telah menjadi sejarah dan telah dihentikan pengeluarannya. Merupakan keluaran selepas Casio BP-100. Namun jam ini cuma mempunyai fungsi jam dan blood pressure monitor sahaja. Berbanding abangnya Casio BP-100 yang lebih advance seperti mempunyai fungsi alarm, lampu dan stopwatch selain fungsi asasnya iaitu masa dan blood pressure monitor. Bacaan yang agak baik dan agak hampir dengan bacaan alat blood presure yang sebenar. Tali jam original aku simpan untuk mengelakkan tali jam rosak dan terputus. Jadi aku gantikan dengan tali getah yang lain.

Tentu sahaja perkataan Japan yang tertera di caseback ini yang menjadikan jam Casio ini dianggap sebagai lagenda. Kerana rata-rata jenama Casio masakini dipasang di Thailand dan China. Seronok juga mencuba fungsi blood pressure jam ini. Boleh mengetahui keadaan blood pressure pada bila-bila masa dengan meletakkan hujung jari di panel sensor jam. Pada skrin jam ini tulisan jepun sebelah kiri bermaksud systolic manakala sebelah kanan bermaksud diastolic. Agak berlainan berbanding jam Casio BP-120 milik saudara Asmar Dunia jam seperti link ini Casio BP-120

Kek hari jadi isteri tercinta bertemakan siri kartun kanak-kanak Tayo The Little Bus. Yang seronoknya bila melihat kek ini ialah anak sulung aku berusia tiga tahun lebih kerana kartun ni memang kegemaran dia. Aku pulak tak sampai hati nak makan kek ni, pasal cantik sangat.

 Hampir menyerupai kartun animasi yang sebenar. Memang sayang nak makan. Tak sampai hati.

Pandangan dari atas, kek nampak kemas dan menarik. Kanak-kanak memang teruja untuk membaham kek ni. Haha! Orang dewasa tengok kek ni memang tak sampai hati nak makan. Haha!! Tapi apa kaitan kek ni dengan Casio BP-120 Blood Pressure Monitor?


Monday, March 25, 2013

Temuramah NST dengan anggota

Artikel ni dialih bahasa dr artikel terbitan NST..temuramah dgn anggota Polis Cawagan khas dan Jenayah berat yg terselamat semasa serangan di Semporna dulu.serius..masa menulis...rasa mual. sakit perut..pilu dan sayu. fans nilaikan sendiri.

2 org anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013





Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, Adam, Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan. Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah.



beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera.

Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang2nya. Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan.

mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan2nya yg sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam.




" Salah seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre.”

" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata Adam.
Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi.

" Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina) berulang kali.
" Mereka sudahpun cedera parah. Saya tak dengar sebarang bunyi dr mereka ketika mereka ditetak," pegawai yg berusia tidak lebih 30 tahun itu bersuara. Suaranya semakin lama semakin perlahan, sehingga hampir tak kedengaran.

Tembakan kembali bergema, kali ini dr segenap arah. *Musa, yg mengintai dr celah papan sambil sebelah matanya menjeling 4 pengganas yg ditahannya, bimbang mereka akan cuba melompat ke atasnya, hampir saja terkena 2 butir peluru yg memecahkan tingkap. Kurang dr seminit selepas tembakan pertama kedengaran, beberapa pengganas mula mendekati pasukan polis dan menembak dgn lebih tekanan.

Pengganas2 itu nampaknya sangat mengenali kawasan itu kerana mereka dipercayai telah memasuki kawasan itu lebih kurang seminggu sebelum itu. Musa berkata, memandangkan ianya terlampau gelap di luar sana, dia tidak dapat menembak balas kerana takut tertembak rakannya sendiri

Dari di mana dia berada, dapat dia melihat kezaliman yg dilakukan ke atas rakan2nya yg gugur dalam rumah yg malap itu. Suaranya pecah saat dia memberitahu kami: " kalaulah ada satu benda yg boleh saya padamkan dr ingatan saya, ianya adalah pemandangan saat rakan2 saya dizalimi oleh pengganas2”.

" Saya melihat seorg dr saudara saya, yg telah ditembak dan sudah nazak, ketika salah seorg pengganas itu menghentak barongnya ke leher rakan saya itu. Dia kemudian ditembak di mulut ," kata Musa , suaranya bergetar.
Pada saat inilah Inspektor Mohd Hasnal, yg sedang melutut di atas laluan itu selepas tertembak, diserang pangganas dengan barong mereka.

Walaupun dia tidak dapat membalas, Hasnal melindungi tubuhnya dengan lengannya. Pada ketika itu, jari dan lengan bawahnya sudah hampir putus. Penyerangnya jugta sempat menetaknya di kepala dan belakang badan

Ahmad, dari kedudukannya, melihat keselurah perkara yg berlaku, dan menembak ke arah penyerang Hasnal dengan senjatanya. Jarinya tidak henti menarik picu, kelonsong kososng berhamburan keluar tanpa henti. Dia juga sempat membunuh seorg lagi pengganas. Ahmad menghabiskan satu kelopak peluru ke atas penyerang Hasnal sebelum pengganas itu jatuh ke dalam bot di bawah rumah itu. Polis kemudian menemui tangkal pd pergelangan tangan pengganas itu. Dia dan pengganas2 yg lain tidak memakai sebarang body armour atau perlindungan ballistik.

pd ketika itu, Hasnal bangaun dan mencari perlindungan. Nasibnya baik, dia memilih laluan yg menuju ke rumah dimana Ahmad berada. Melihatnya semakin hampir, Ahmad mengengsot ke laluan sempit itu dan menolak Hasnal ke dalam rumah dimana Musa berada.

Superintendent Ibrahim Lebar, yg telah ditembak beberapa meter dr situ, berada beberapa langkah di belakang Hasnal. Walaubagaimanapun, dia terserempak dengan seorg pengganas yg kebetulan melalui laluan itu. Pengganas itu menembak ke arahnya dan menyerangnya dengan sebilah barong.
Ahmad, yg terdengar tembakan itu dr dalam rumah, menembak ke arah pengganas itu yg sempat melarikan diri. Ibrahim meninggal dunia di laluan itu.

Melihat kekejaman pengganas2 Suluk itu, Ahmad bertekad menyelamatkan jenazah pegawainya itu. Dia mengheret Ibrahim ke dalam rumah.

Malam semakin sepi.

24 jam seterusnya adalah ibarat neraka bagi Musa dan anggota2 lain yg terperangkap di dalam rumah itu. Meski tembakan sudah berhenti, mereka terperangkap dalam kepungan dinding yg menjadi tempat perlindungan mereka itu. Mereka tidak pasti siapa yg boleh mereka percayai.

dengan satu tangan di senjata yg diacu ke arah 4 org suspek tersebut, sambil sebelah lagi cuba menahan darah yg mengalir dr luka Hasnal, mata Musa berlari di sekeliling rumah itu. Dia tidak tahu dari arah mana pengganas akan masuk dan menyerangnya. Mereka boleh masuk dari dapur atau tingkap terbuka yg dihadapnya. Dia berdoa agar pasukan penyelamat akan sampai segera.

"saya terpaksa kencing dalam seluar dan di atas sekeping kain, kerana kalau pengganas2 itu terdengar bunyi air menitik, matilah kami masa tu. Sesekali saya akan kejutkan Hasnal utk pastikan dia masih hidup."






Musa telah menjumpai sebuah bekas yg mengandungi air yg digunakan oleh penghuni rumah itu utk menadah air hujan. Ianaya penuh dgn entah apa sampah dan juga tahi cicak. “Saya minum air tu dan bagi sedikit pd Hasnal. Air tu juga saya gunakan utk membasuh darah di mukanya”.

Katanya, bateri handphonennya dah lama mati dan dia terpaksa membuka bateri telefon Hasnal kerana dia tidak pasti bagaimana nak mematikannya. Dia tidak mahu pengganas2 itu menjejaki mereka. Keempat2 suspek itu sudah diperiksa sebelum serang hendap itu dan telefon bimbit mereka dirampas.

Operasi Penyelamatan

Bunyi laluan berkayu yg berkeriut itu pada pukul 5 pagi mengejutkan Musa yg keletihan.

Ia diikuti bunyi tapak kaki yg berat. Dia mengintai dr celah retakan dan melihat sebilangan anggota komando VAT 69 berpakaian penuh memenuhi tempat itu. Dia mengambil ************** yg telah disembunyikannya dan meletakkannya di tingkap, utk menunjukkan kedudukannya kpd penyelamat2 itu.
Terdahulu, sebelum misi itu, keseluruhan pasukan telah bersetuju dgn isyarat2 tertentu yg akan digunakan bg memastikan komunikasi yg efisien.

Seperti dipersetujui semasa briefing di ibu pejabat, sekiranya ada sesuatu yg tidak kena, Musa akan *********. Ini akan membantu pasukan rakan mengenalinya sebagai anggota mereka.

Para komando itu menyerbu rumah itu dan seperti prosedur, dia memberikan laporan ringkas. Mereka kemudian mengumpul dan mengambil semua senjata yg ada di situ, termasuk miliknya.

" Saya rasa mcm tahanan bila senjata saya dibawa pergi. Kemudian, mereka menjerit “Selamat!” dan berkata mereka akan pulang mendapatkan saya," katanya.

Inspektor Hasnal segera dibawa pergi oleh 2 org komando keluar dr kawasan berbahaya itu. " leganya saya bila Hasnal dibawa keluar dlm keadaan hidup”.

"Dia berjuang untuk nyawanya, dan ia tidak sia2."

Tuesday, March 19, 2013

Penembak tepat (Sniper) Pengganas lanun Sulu


Mungkin ini ialah mayat penembak tepat yang menembak curi anggota VAT69 Komando Inspektor Zulkifli dan Sarjan Sabarudin di Kampung Tanduo Lahad Datu. Akhirnya, berjaya ditembak tepat di kepala oleh pasukan sniper keselamatan Malaysia! Ya, mayat ini dikatakan mayat penembak tepat pengganas lanun Sulu dari selatan filipina.. Gambar di sebelah kanan itu ialah mayat penembak tepat wanita!
Untuk pengetahuan pembaca, senjata sniper ini mempuyai harga yang sangat mahal, bagaimana pengganas ini memperolehi senjata mahal sebegini?

Friday, March 15, 2013

Syiling Komando Malaysia di depan rumah Jamalul Kiram III?

Pengikut Jamalul Kiram III gempar apabila apabila seorang budak lelaki menunjukkan sekeping syiling lima puluh sen Malaysia yang masih baru, yang telah diberikan oleh seorang lelaki berbadan tegap menaiki kereta berwarna hitam dan telah merakamkan gambar-gambar rumah Kiram dari jarak dekat.

Siapakah lelaki tersebut, menjadi persoalan kepada para penyokong Jamalul Kiram III namun cerita tentang komando-komando Malaysia yang telah pernah berjaya memasuki Kompleks Pertahanan Udara Singapura di Bukit Batok dan melekatkan setem pada setiap peluru berpandu negara seberang itu suatu ketika dahulu, pastinya perlu diingati dan dihayati.
 
Baguslah jika komando Malaysia berjaya menemui rumah Jamalul Kiram III ini. Mau sakit jantung tak senang tido Jamalul Kiram III yang perasan menjadi Sultan. Cit! Kita ni sama ja hamba Allah s.w.t. Baik tok Kiram ni pegi haji dan banyak2 beribadat..