Pages

Showing posts with label Sold. Show all posts
Showing posts with label Sold. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Sold: Seiko Monster Orange 7s26 (RM600) Nego





  • Caliber: 7S26
  • Movement: Automatic
  • Cermin: Convex hardlex yang mengurangkan reflektif
  • Bezel: Bezel unidirectional yang tebal & solid
  • Bracelet/Strap: Solid stainless steel bracelet
  • Water resistance: 200 meters
  • Diameter casing: 42mm
  • Ketebalan casing: 13mm
  • Ketebalan bracelet: 20mm
  • Tahun keluaran: Januari 2008 (810116)
Jam terpakai. Lengkap dengan Kotak, kad warranty & manual.. Lebihan link yang terpakai pun masih ada lengkap..
Jam ni milik rakan saya yang ingin let go koleksi dia atas sebab-sebab tertentu. Harga masih boleh kaw tim..

Sold to Norsazwan Alor Gajah Melaka. Thanks bro..

sms/whatsapp: +60138489441 (Rizal)

Monday, May 26, 2014

For Sale: Seiko 6139-7100 (Seiko Helmet White Dial) SOLD










Case: Original Stainless Steel Case with dimension 40mm w/o crown, 49mm from lug to lug. Polished like new.
Dial & Hands: New Aftermarket Dial signed Seiko
Movement: Original Automatic Japan Movement, Chronograph Working Good.
Crown: Original No Sign Crown
Pusher: Original Seiko 
Bracelet: New Aftermarket Seiko Stainless Steel Band.
Watch Condition: Keeping Time & Ready to Wear.
Chronograph Function: Reset to zero. 

Sold to Mr Zulkifli, Kuala Lumpur

Wednesday, May 15, 2013

Bungkusan Berisi UFO (SOLD)

Al kisah aku menerima satu bungkusan hari ini. Bungkusan yang kemas menunjukkan pemilik sebelum ini begitu cermat dan mengutamakan pelanggan. Patutlah ramai yang memuji seller ebay ini mengikut rating yang dicatat.
Bungkusan besar di dalamnya terdapat lagi bungkusan kecil. Kedua-dua sampul ini merupakan sampul plastik buble.
Lepas tu diletakkan di dalam kotak cermin mata rasanya ni. Cukup selamat untuk diletakkan jam untuk dipos menggunakan kurier.
Dalam kotak cermin mata diletak lagi plastik buble ni. Cukup berwaspada dan mengutamakan kepuasan pelanggan.
Lepas dibuka plastik tu, barulah terpampang jam ni. Rupanya jam Seiko Chronograph Automatik UFO. Ada yang gelar jam ni Big Small Eye. Keluarga jam 6138 yang menggunakan 2 register tak seperti keluarga jam 6139 yang hanya mempunyai satu register sahaja. Seiko 6138-0011 ini merupakan koleksi wajib kepada penggemar Seiko Chronograph Automatik kerana keunikannya yang besar dan berat.
Dial dan jarum jam ini masih original namun masih berkeadaan baik. Boleh klik gambar untuk lebih jelas. Nampak kesan menuaannya. Insert bezel jam pun masih original dan nampak sedikit calar hasil penggunaan yang sedikit lasak.

Pusher dan crown jam masih original. Tengok corak pada pusher jam ini. Sesuatu yang jarang ditemui pada jam Seiko UFO kebelakangan ini. Kebanyakan jam Seiko UFO ini telah ditukar pushernya dengan pusher bullhead yang tidak ada corak garisan seperti di gambar bawah ini.


Boleh tengok pada jam gambar di atas ini jelas garisan pada pusher jam UFO ini. Jarang ditemui, kalau ada pun harganya pasti melambung tinggi.

Namun agak menyedihkan cermin jam ini telah ditukar dengan cermin baru yang agak cembung dan tinggi. Lagi bagus sebenarnya kalau ditukar cermin. Jika cermin lama, biasanya cermin lama mudah pecah kalau berlaga sedikit. Dari sudut ini kita boleh nampak kecembungan cermin jam ini. Namun bagi yang mengikuti blog ini dari dulu lagi, kegemaran aku ialah jam yang mempunyai cermin yang tinggi dan cembung sebab jam nampak klasik. Casing telah dipolish dengan baik. Bersih sahaja rupa jam ini. Menampakkan keadaan asal jam ini brush finishing pada casing jam.

Caseback tertera nombor sirinya pada bulan April 1976 pun dah dikilatkan dengan baik bersinar-sinar. Bertanda water resistant, kalau generasi awal Seiko UFO ni bertanda waterproof pada caseback. Sedikit calar disebabkan oleh tali stainless steel jam. Bracelet jam ni baru aftermarket bukan original bertanda Seiko. Sekarang saya cuba mencari tali original jam ni. Sesiapa yang ada sila roger & out aku. Kena guna tali kulit atau getah untuk mengelakkan caseback jam calar balar. 



Perhatikan day kat tetingkap hari dan tarikh bertulisan Kanji/Jepun. Ciri-ciri yang agak menarik pada jam ni. Agak menarik untuk menjadi simpanan dan ternakan peminat Seiko Chronograph.

Movement yang telah diservis dan sedia untuk dipakai.

Jam ini untuk dijual kepada yang berminat pada harga Terjual sekali dengan pos laju ke seluruh Malaysia.

Sunday, April 22, 2012

Seiko Stargate dah kembali PULIH! (SOLD)

Seiko Stargate aku yang hilang lume pipe hari tu aku hantar ke Tokyo Time pada bulan Mac untuk menempah lume pipe yang baru, & alhamdulillah, mereka sudi untuk membantu aku mendapatkan part tersebut. Hasilnya, seperti di atas, pada 21hb April 2012 jam aku dah boleh ambik dari kedai jam tersebut di Sibu. Siap dengan skrew sekali. Akhirnya, jam aku kembali berseri. Terima kasih Tokyo Time!! Tarikh 22 April aku terus ambik gambar seperti diatas!
Nak tau ulasan jam ni klik


Perhatikan skrew dan lume pipe yang baru dipasang di atas tu. Benda seketul tu lah aku cari selama ini. Kecik je part tu. Tapi nak dapatkan ambik masa dekat 2 bulan. Kepada sesiapa nak angkat jam ni, dipersilakan hubungi aku untuk deal dapatkan harga terbaik.

Selaput plastik pun tak pecah lagi. Hmmm...
Selaput plastik masih menyelaputi bracelet. Tak penah guna lagi pasal aku pakai jam ni menggunakan tali nato.
 Manual dan warranty card pun masih ada tersimpan dengan baik sekali.

 Ini keadaan lume pipe sebelum dipasang tu sebelum dihantar ke kedai Tokyo Time. Mungkin masa tu skrew dipasang tak ketat menyebabkan lume pipe tercabut dan hilang.
 Macam inilah rupa bila jam ni kehilangan lume pipe bezel dulu! Huduh heh!

New Owner: Adnan, Semporna (Thanks)

Monday, September 26, 2011

Sold: Seiko Samurai SNM033 (The Last Samurai)

The Last Samurai, RM1,650.00 (Termasuk Kos Penghantaran-Pos Laju)


New In Box-NIB
Sangat sukar ditemui NIB seperti ini.

Sold to: Mr Zaid, KL

Monday, July 18, 2011

Seiko Diver SNM033 (Seiko Black Samurai) SOLD









Tak Sangka pulak Seiko Black Samurai ni masih mendapat sambutan!! Mana nak cari lagi yang baru macam ni kat pasaran masa ni. Kat ebay pun dah takda dah. Tak sempat diletak di blog dah ada orang dah beli apabila aku bagitau awal-awal pada yang pernah bertanya ada stok baru Seiko Samurai ni. Thanks bro. Selamat menyambut keluarga baru Seiko Black Samurai.


**Ada lagi tak yang berminat pada Seiko Black Samurai ni?

Monday, May 23, 2011

Seiko 6139-6012 (Sold)

Ingat lagi kat jam ni?Ni haa... Duniajam dan Sukajam


Link Sebelum ni aku dapat jam ni dalam keadaan yang agak berpenyakit terlebih hormon, err... maknanya terlampau laju lah. bukan laju sikit, tapi laju banyak, 3 jam lebih laju dalam 24 jam. Kemudian aku tune punya tune kat hair spring dia, nampak ok jugak sikit, dah kurang ladi laju 1 jam lebih. Tapi masih laju. Akhirnya tersadai je dalam laci. Sehingga minggu lepas, baru aku berpeluang untuk membawa jam ini berubat di hospital pakar. Cewah...



Sekarang dah ok. Tip top!! Masa pun tepat. Dah cuba chronograph dia dengan chronograph digital, tepat dalam masa 30 minit, kemudian, selepas satu pusingan masih lagi tepat & sama seperti chronograph digital. Selepas pusingan kelima baru nampak yang jam Seiko Chrono ni lambat setengah saat.. Ermm.. nampak ok lagi lah jam ni sesuai dengan usianya. Masa setakat pakai ni menepati masa. Perhatikan tachymeter dia pun dah berjaya dia ubah & betulkan. Yang ni gambar tachymeter yang asal klik. Aku dah cuba betulkan sendiri, tapi macam melekat dengan gam. huahua!!
Bukan itu sahaja, quickset jam pun dah kembali seperti asal. Jika dulu nak set hari kena putar crown 24 jam, tapi sekarang ni hanya perlu tekan ke dalam lebih sikit untuk ubah hari. Cooolll!!! Nak tukar tarikh pulak tekan sikit-sikit je crown ke dalam. Jadi proses ni tidak menyebabkan crown jam cepat haus berbanding kita menarik crown keluar.


Mengikut doktor pakar yang mengubat jam ni hari tu, keaadaan enjin jam ni sangat bersih dan senang dia nak bukak dan pasang.



Cuma dia rasa cermin jam ni dah ditukar baru. Maksudnya, cermin jam ni tak boleh menahan air daripada masuk ke dialnya. Mungkin kurang serasi dengan casing dia. Takpa, ni la asam garam jual beli jam vintage ni.


Crown & pusher sangat senang untuk ditekan. Best!! Tak macam mula-mula aku dapat hari tu, keras untuk ditekan. Akhirnya tekan punya tekan terus tercabut pushernya. Ganas jugak aku.


Caseback dia agak calar sikit. Biasalah tu, jam vintage. Tak calar, takde la nampak vintage nya..


Namun aku rasa jam ni telah melalui proses polished finishing keseluruhan casingnya. Tertera Japan A!! Maksudnya?



Enjin? Bersih!!! Takde kesan karat!! Doktor Pakar jam hari tu puji melangit enjin jam ni.


Memang sah movement Seiko 6139!!
Dibuka untuk jualan pada yang berminat. Asking Price RM460.00 (Nego)
Takda orang beli aku simpan ja... Barang baik ni..



Sunday, October 17, 2010

Seiko 6138-8020 @ Seiko Panda (SOLD)

Seiko Chronograph Automatic 6138-8020 A.K.A Seiko Panda

Agak lama jugak aku mengintai Seiko Chronograph 6138-8020 ini. Akhirnya menjadi kenyataan apabila bro Duniajam menawarkan aku jam ini. Hati aku makin kuat untuk mendapatkan satu jam ini apabila jam ini mula keluar di blog Detikduabelas. Walau bagaimanapun hasrat tersebut terpaksa aku tangguh dan dengan penuh harapan agar jam tersebut belum dipinang orang. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, apabila bro Duniajam bersetuju bertukar jam dengan salah satu koleksi jam aku untuk merealisasikan impian aku. Crown jam yang agak besar, mudah untuk memutarkan crown sama ada untuk meningkatkan power reserve atau mengubah masa dan tarikh & hari. Push button yang sangat smooth.. Tekan sikit je dah cukup untuk menggerakkan jarum chronograph. Caseback yang hanya ada sedikit kesan calar. Movement yang masih gagah mengerakkan waktu. Sangat bersih. Power reserve yang dapat ditambah dengan memutarkan crown.
Polished finishing dan brushed finishing pada tepi jam kelihatan seperti baru. Mungkin pemilik sebelum ini sudah membelai-belai jam ini agar kelihatan seperti baru.
Dari sudut ini, jam Seiko Panda ini kelihatan seperti jam yang mahal!!
Cermin plastik yang kelihatan cembung sedikit menaikkan seri jam ini.
Makin bertambah hebat apabila dipakaikan di tangan. Diserlahkan dengan tali kulit warna hitam dan jahitan tali berwarna putih. Makin masyuukkkk!!!! Salah satu koleksi yang collectible untuk peminat jam chronograph dan seikoholic!!