Pages

Showing posts with label *Koleksi Peribadi. Show all posts
Showing posts with label *Koleksi Peribadi. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Koleksi Syiling

 Pada bulan Januari yang lepas, Bank Negara Malaysia mengedarkan syiling yang baharu generasi ketiga di pasaran. Dan dengar khabarnya, syiling generasi ketiga akan ditarik balik dari pasaran secara beransur-ansur. Maka timbullah minat di hati untuk menyimpan syiling generasi pertama dan kedua Malaysia.
Buat permulaan, aku beli sampul syiling peringatan syiling generasi kedua dan ketiga. Rindu pulak nak pegang syiling RM1 kaler emas generasi kedua tu.

 Yang menariknya dibuat seperti album dan syilig dapat dilihat dari muka depan dan muka belakang.

 Spesifikasi syiling dan maksud ukiran di muka belakang syiling juga diberi. Bahan untuk syiling generasi kedua ni kebanyakannya menggunakan logam nikel berbanding syiling 10sen dan 5sen generasi ketiga sekarang cuma stainless steel.

Syiling generasi ketiga pun aku tak lupa nak beli dan simpan. Tapi tak bestnya, ada empat ketul je syiling; 50 sen, 20 sen (dua-dua kaler emas), dan syiling 10sen dan 5 sen, dua-dua menggunakan bahan stainless steel ja.. Ringan pulak tu..
Lepas ni aku cuma cari koleksi syiling dari tahun 1967 hingga 2012 dan disimpan di dalam coin album untuk rujukan anak cucu aku nanti. Insyaallah.. hehe!!

Monday, March 12, 2012

Not For Sale: Casio JP-200W

Sebelum ini aku sudah memiliki sebuah jam JP-200w ini daripada saudara Asmar Duniajam. Namun tidak lama berada di dalam simpanan. Baru-baru ini, aku terjumpa jam ini dilelong di dalam ebay dan aku cuma suka-suka membida jam ini hanya pada harga yang sangat minimum dan tanpa disangka menang bidaan kerana tiada siapa yang membida jam ini di ebay. Dan dengan berat hati, aku terpaksa membayar jam ini pada orang Jepun dan telah sampai di tangan aku pada hari ini. Rasa berat hati juga nak bayar pasal dalam gambar ebay tersebut keadaan jam agak teruk dan calar balar! Huhu!


Pengajaran, jangan sesuka hati kita je nak bida kat ebay kalau taknak beli betul-betul!!




Tetapi setelah sampai ke tangan aku, jam ini berkeadaan dalam kondisi yang sangat baik. Hati aku ceria kembali, umpama budak-budak tengok channel Astro Ceria!! Tapi ada la calar sikit-sikit sahaja pada cermin display. Buku module casio JP-200w itu sebenarnya aku dapat daripada saudara Asmar dan bukan bersama dengan jam, jam tersebut pula dari seller ebay dari Jepun. Keadaan buku agak usang, bak kata isteri aku, macam manuskrip lama.



Macam ni lah keadaan jam yang dihantar bersama kotak jam yang agak selamat! Aku puas hati dengan servis dia. Ada juga hadiah sampingan yang disertakan seperti makanan coklat Kit Kat keluaran Jepun diletak bersama. Pergh!! Walaupun aku bayar jam pada harga yang sangat murah, seller ebay dari Jepun ini cukup bermurah hati dengan memberikan aku ole-ole dari Jepun tersebut. Aku tak makan, pasal takda logo halal! Hahaha!! Aku bagi pada cikgu yang mengajar Pemasaran kat Institut tempat aku bekerja untuk tujuan dia mengajar di kelas. Ada masa aku letak kat blog. Lupa pulak mintak balik dari dia untuk snap sekeping dua gambar untuk kenangan!


Manual dari saudara Asmar. Thanks bro! Kerana menjaga "manuskrip" ini dengan baik! Haha!!



Cara membaca Pulse Meter juga disertakan.

Juga di sertakan kad warranty yang dah tamat tempoh dari kedai jam di Perlis.



Untuk rekod, jam JP-200w ini juga ada dikeluarkan di Malaysia. Tetapi warna Aerobic Zone pada display tidak berwarna merah jambu seperti buatan Jepun ini. Ini yang membezakan buatan Malaysia dengan buatan Jepun.



Jam yang baru sampai di tangan aku ini cukup baik dan berfungsi seperti yang diharapkan. Aku cukup puas hati dengan jam ini. Jam sebelum ini JP-200w aku ada tanda pecah di lug. Jam ini nampaknya agak tegap sikit plastiknya. Bodu cukup sempurna sifat. Cuma aku perlu cari tali Casio 18mm untuk mengCASIOkan sepenuhnya jam ini. Kalau ada tali original Pulse Meter Casio ni lagi elok!!


Next, mungkin memburu Casio BP-120..?

Monday, January 17, 2011

Seiko Stargate (2nd preview)

SEIKO STARGATE
Gelaran yang berasal dari bentuk bezel jam seakan-akan logo bulat Stargate di atas.
SEIKO STARGATE (SKZ325K1) (With Red Line at Minute Hand & Crown)

Nampak gagah buatannya. Crown "disimpan" di dalam casing mirip Seiko Turtle 6309-7040 dan agak terkeluar sedikit yang menyebabkan jam ini "kurang simetri" umpama Seiko "Grand Turtle" 6105-8110.
Caseback pula mirip Seiko Sumo atau Seiko Marine Master. Logo Tsunami tidak pernah terlepas pada caseback jam siri Seiko Diver ini.

Ini keadaan setelah pakaian Seiko Stargate ini dilucutkan untuk pemeriksaan Puspakom.

Yang menariknya, end-link bracelet jam ni jenis Solid. Ini yang menambahkan nilai pada Diver baru ini.

Dipakaikan pakaian balik setelah lulus pemeriksaan. Tiada barang-barang haram dan berbahaya yang dibawa dan diseludup masuk. Hehe!!

Sangat selesa dipakaikan di pergelangan tangan.

Kewajipan yang ada siri Seiko Diver ialah extention clasp.

Safety clasp mesti ada punya. Jangan risau!!

Bracelet mempunyai brushed & polished finishing pada setiap alur sambungan bracelet ini.

Sambungan end-link agak "tenggelam" pada lug panjang jam ini. Mungkin design baru untuk menampakkan perbezaan antara siri Diver yang sebelumnya.
Bentuk curve yang betul-betul ho-liaw!!
Spesifikasi jam ditunjukkan pada "tali pusat" jam ni. Caliber 7s36 dengan 23 jewels.

Dipandang dari sudut mana pun tetap lawa!! Jarum jam dan minit didapati mirip jarum Seiko Sumo yang gemuk. Manakala jarum saat boleh dikatakan fotostat terus dari Seiko Samurai.

Seiko Stargate menjadi generasi Seiko Diver yang seterusnya dalam siri Seiko Diver. Menjadi perbualan hangat masa kini di mana-mana forum horology di internet. Cuma mungkin ramai yang teragak-agak untuk mendapatnnya kerana siri Caliber 7s36. Walau bagaimanapun, pada aku satu kepuasan apabila mempunyai jam diver yang mengandungi gabungan "Lagenda-lagenda Seiko Diver" pada design satu jam Seiko Stargate ini.


Sunday, October 17, 2010

Seiko 6138-8020 @ Seiko Panda (SOLD)

Seiko Chronograph Automatic 6138-8020 A.K.A Seiko Panda

Agak lama jugak aku mengintai Seiko Chronograph 6138-8020 ini. Akhirnya menjadi kenyataan apabila bro Duniajam menawarkan aku jam ini. Hati aku makin kuat untuk mendapatkan satu jam ini apabila jam ini mula keluar di blog Detikduabelas. Walau bagaimanapun hasrat tersebut terpaksa aku tangguh dan dengan penuh harapan agar jam tersebut belum dipinang orang. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, apabila bro Duniajam bersetuju bertukar jam dengan salah satu koleksi jam aku untuk merealisasikan impian aku. Crown jam yang agak besar, mudah untuk memutarkan crown sama ada untuk meningkatkan power reserve atau mengubah masa dan tarikh & hari. Push button yang sangat smooth.. Tekan sikit je dah cukup untuk menggerakkan jarum chronograph. Caseback yang hanya ada sedikit kesan calar. Movement yang masih gagah mengerakkan waktu. Sangat bersih. Power reserve yang dapat ditambah dengan memutarkan crown.
Polished finishing dan brushed finishing pada tepi jam kelihatan seperti baru. Mungkin pemilik sebelum ini sudah membelai-belai jam ini agar kelihatan seperti baru.
Dari sudut ini, jam Seiko Panda ini kelihatan seperti jam yang mahal!!
Cermin plastik yang kelihatan cembung sedikit menaikkan seri jam ini.
Makin bertambah hebat apabila dipakaikan di tangan. Diserlahkan dengan tali kulit warna hitam dan jahitan tali berwarna putih. Makin masyuukkkk!!!! Salah satu koleksi yang collectible untuk peminat jam chronograph dan seikoholic!!


Tuesday, June 8, 2010

Orient Submariner Automatic

Pencarian aku untuk mendapat satu jam Homage untuk Rolex Submariner akhirnya terungkai.
Terdapat beberapa pilihan yang telah aku list seperti Sandoz Submariner dan Seiko Submariner. Tetapi Orient Submariner telah menjadi pilihan aku. Antara sebab Orient ini menjadi pilihan aku ialah harga yang jauh lebih murah berbanding kedua-dua jam tersebut. Yalah, Sandoz Submariner, Seiko Submariner dan Orient Submariner ada persamaan yang menyebabkan harga menjadi penentu dalam pembelian dalam pilihan kedua-dua jam ini iaitu ketiga-tiga jam tersebut hanya mempunyai WR 100m sahaja. Jadi, Orient Submariner adalah pemenangnya.
Inilah antara penantian aku selama ini. Sekali imbas, orang akan menyangka aku sedang memakai Rolex Submariner. Haha!! Kena tengok 2 kali imbas baru kita perasan yang aku hanya memakai Orient sahaja..
Didatangkan dalam keadaan yang kelihatan baru. Clasp jam ini juga meniru Rolex Submariner, cuma nampak nipis.
Posing dalam keadaan baring pula..
Posing duduk pula, nampak megah dengan adanya cyclop pada cermin jam yang turut mengambil design daripada Rolex Submariner
Cuba tengok kat tapak tangan pula. 10 BAR pada dial jam ini bermaksud 100 meter di mana, 1 bar bersamaan dengan 10 meter water resist. Pada aku dalam 90% hampir menyamai design Rolex Submariner. Boleh tengok &banding gambar Rolex Sub dial hijau kat gambar karpet di tepi blog ini.
Cuba pulak pakai kat pergelangan tangan. Hensem jugak ye.. Nak pakai Rolex Submariner kena ada hantaran RM14K baru dapat pakai. Orient Submariner pun jadi lah, janji jam original!! Kalau aku pakai Rolex Sub ori pun sekarang ni, orang tetap akan menyangka aku pakai Rolex Sub Replika.. haha!!
Pakai macam ni pulak..
Pakai masa memandu? Segak jugak tangan aku memakai jam Orient Sub ini.
Jam ini sebenarnya dibeli daripada jam-otai pada harga yang sangat mengiurkan!! Gulp!!
Yang menariknya disertakan dengan kotak original Orient. Jam ini pun jam terpakai je sebenarnya.
Harga baru jam ini di pasaran lebih kurang RM450-RM550. Yang aku jumpa la.
Berbanding Sandoz Submariner RM1500 dan Seiko Submariner RM850. Yang aku jumpa di internet la.
Aku dah test dah pakai menyelam dalam tab mandi. Haha!! Water Resist berfungsi!!

Jam ini mungkin jam terakhir aku buat masa ni disebabkan aku ingin berehat sebentar daripada aktiviti jual beli jam ini atas kesibukan kerja yang memerlukan komitmen tinggi. Insyaallah aku akan kembali lagi jika keadaan dah stabil. Bagaimanapun, kepada sesiapa yang serius untuk mendapatkan koleksi saya yang ingin saya let go seperti di gambar offer di sebelah masih boleh nego harga dan saya bersedia meluangkan masa untuk menguruskan penghantaran jam. Terima kasih di atas sokongan semua yang telah menjadi sifu-sifu aku selama ini terutama bro Duniajam, Jamkaki5, detikduabelas, jamqistina, jamlama dan rakan-rakan lain seperti bro Zul, Narong, Cgwan dan Amer.

Sunday, June 6, 2010

Patek Philippe Automatic Complication (Replika)

Patek Philippe Geneve Automatic
Mempunyai begitu banyak indikator & subdial.
Antaranya:
1. Tahun
2. Bulan
3. Hari
4. Tarikh
5. Sistem 24jam
6. Moonphase
Selain daripada fungsi jam yang biasa iaitu "waktu"
Kesemua subdial & indikator berfungsi dengan baik.
Push Button bukan untuk chronograph, tetapi untuk mengubah bulan & tarikh.
Untuk mengubah Tahun & Hari, terdapat push button yang perlu dicucuk menggunakan benda tajam seperti hujung pen untuk mengubahnya di sebelah kiri tepi jam.
Crown terukir Patek Philippe .
Movement dapat diperhatikan daripada see thru caseback.
Buatan movement dari China ini yang agak kasar buatannya.
Telah teruji secara tidak sengaja sewaktu hujan lebat, boleh dikatakan jam ini water resistant. Tetapi setakat kena hujan je kot? Kalau menyelam ni, mau nya lemas..

Tali kulit
Agak selesa dipakai
Gaya pemakai. Lug to lug yang agak panjang, tangan aku yang kecik ni nampak kurang sesuai memakai jam ini. Hehe!! Kena tambah berat badan ni.
Agak sukar untuk mendapatkan replika jenis ini sekarang.
Aku tetap menyimpan replika Patek Philippe ini walaupun telah memiliki berbagai-bagai jam Diver yang lain..
Tak kisah lah Jam Replika pun, janji aku suka kerana jam ini begitu cantik dan begitu serabut sekali pada dialnya.. Mana nak cari jam "Jepun" sebegini rupa.. hehe!!

Wednesday, May 19, 2010

Seiko Bullhead Brown Speedtimer (SOLD)

Seiko Bullhead?
Kenapa wujudnya nama ni? Push button pada pukul 11 dan pukul 1 menyebabkan jam ini digelar Bullhead.. Hati-hati sebut ye.. nanti ja Bullsh** pulak nanti..
Tak dapek den nak nolong eh..
Jam ini saya dapati dalam keadaan semua original kecuali bracelet clasp jenis klip ni berlainan di mana sepatutnya ada engraving speedtimer pada buckle jam ni.. Tapi biasanya tak kisah kerana jam ni sangat selesa jika menggunakan tali kulit. Jam ini agak berat, jadi untuk mengimbangkan keberatan jam ini, maka tali kulit sesuai untuk mengelakkan jam ini semakin berat kita pakai..
Bracelet agak usang dan calar balar.. sesuai dengan umur dia yang semakin meningkat

Seiko Clasp dengan extension untuk disesuaikan dengan saiz pergelangan tangan kita

Caseback original..
Chronograph berfungsi dengan baik. Aku tekan start ni.. Perhatikan Jarum merah chronograph dan jarum subdial..
Button stop dan reset.. Jarum termasuk jarum subdial reset pada pukul 12.. lancar!! Puas hati beb!! Cermin tidak ada calar.. Cermin cembung (nampak klasik) Sangat bagus..

Aku ingin melepaskan jam ini pada sesiapa yang serius untuk memiliki jam Seiko bullhead ini.
Kondisi jam sangat baik dari segi movement dan menepati masa. Push button mudah ditekan dan smooth.
Cuma perlu cari bracelet baru dan insert bezel baru jika ingin menjadikan jam ini kelihatan baru..


Maklumat mengenai jam ini sila klik capaian ini:
http://www.larrybiggs.net/scwf/index.php?mod=103&action=0&id=1136574191/HOW+TO+BUY+A+BULLHEAD+(SEIKO+6138-0040-0049)


SOLD to: Dato' Jam