Pages

Monday, July 16, 2012

Casio BP-1B

Penemuan mengejutkan aku, pasal aku tak pernah lagi orang review jam Casio BP-1B ni lagi. Kebanyakan kolektor jam Casio akan berbincang tentang jam Casio JP-100, JP-200W, BP-100 dan BP-120 sahaja. Tak pernah lagi aku baca berkenaan Casio BP-1B ni lagi. Bentuk jam ni sangat unik dan menarik kerana lebih tebal dan futuristik. Cewah!

Perbandingan dengan Casio JP-200W dan BP-1B. Tak ada persamaan dari segi fungsi pun kerana JP-200W ni lebih kepada fungsi pulse. Manakala BP-1B untuk fungsi blood presure. Persamaan yang aku nak tunjuk ialah dari segi design memang ada persamaan yang aku kira-kira 40% sama.. Haha!! Aku agak je la..

Cantik dipandang. Sedap dipegang. Saja je nak canang-canang. Mungkin kerana jarang dijumpai, model ini seolah-olah dipandang sepi oleh kolektor Casio tidak seperti abang-abangnya Casio BP-100 dan Casio BP-120. Aku rasa ini merupakan model yang dikeluarkan selepas BP-120 kerana model ini dah menggunakan lampu illuminator. Yang lebih terang dan canggih. Kalau salah tolong perbetulkan aku. Hehe!! Budak baru belajar ni..

 Persamaan dengan Casio JP-200W dari segi caseback ni la. Gambar atas Casio BP-1B.



Yang ni pulak Casio JP-200W. Aku pinjam gambar dari blog Duniajam. Pinjam gambar ye bro DJ. Aku boleh pulak lupa nak ambik gambar caseback jam aku. Nampak tak persamaan tersebut. Dari segi design caseback, kedudukan photo sensor dia, rekabentuk cermin dia, tu yang aku kata persamaan 40% tu.

 Harga permulaan RM899.00 dia letak kat kedai tu. Tertelan air liur aku. Gulp!

 Diletak bersebelahan seperti ini. Memang macam sepupu sepapat je. Namun Casio JP-200W lebih popular berbanding Casio BP-1B ini. Jangan gaduh-gaduh ye?

Berkenan betul aku. Isteri aku pun terpegun dan memuji kecantikan dan keindahan jam BP-1B ni. Jam masih di kedai, namun jika ada yang berminat, boleh hubungi aku sebelum aku rembat untuk koleksi sendiri. Buat masa ni aku belum mampu nak memiliki model ini atas faktor kewangan. Huhu!!

Mengikut seller, jam ni masih ada kotak dan manual, masih berkeadaan baru namun aku perasan tali jam dah ditukar dengan tali yang baru. Mungkin tali yang asal dah lusuh dan berminyak! Lama sangat dipampang di kedai.

8 comments:

  1. Mula2 tgk aku ingat ko dah beli.. bila sampai perenggan last.. rupanya masih di kedai. Haha...

    BOleh amik jam ni bro.. Dah takda dah.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cun bro.. Pencarian jam Blood Presure masih berlaku.. apakah ini jam yang dimaksudkan? Haha!!

      Delete
  2. Replies
    1. Harga permulaan RM899, mungkin lepas diskaun dalam RM700++ mcm tu la kot?

      Delete
    2. mahal gak.. tapi comel jam ni
      sy ni noob sgt pasal jam
      layan homage china saja haha

      Delete
  3. Jam comel, harga pun cukup comel.. adui.. jam New Old Stock mcm ni memang mahal..

    ReplyDelete