Pages

Showing posts with label Seiko Diver Samurai. Show all posts
Showing posts with label Seiko Diver Samurai. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

Seiko Samurai


Ada yang menggelarkan Seiko Samurai baharu ini sebagai "Blue Lagoon".. Tapi aku tetap nak sebut Samurai juga sebab bentuk dia memang bentuk Seiko Samurai yang dikeluarkan semula selepas era kegemilangannya. Keluaran yang dihentikan pada tahun 2004 dahulu ada yang mencecah USD2000 dalam website bidaan. Wow! Memang legend lah Seiko Samurai ni! Yang ini dalam harga RM1800-RM2200. Masih dalam mampu milik lagi! Cepat dapatkan edisi Samurai kali ini sebelum dihentikan keluarannya..

Thursday, February 16, 2012

Seiko Samurai Limited Edition

Sangat cantik pada bezel dia dan inner ring yang nampak mengancam. Jarum jam, minit dan saat yang berbeza dengan Black Samurai. Tertulis Limited Edition (LE) berwarna merah. Pasti mencairkan peminat Seiko Diver's dan Seiko Samurai. Bezel gabungan warna hitam dan merah memberi gandingan warna yang maskulin.

Sangat cantik, namun agak mengecewakan kerana casing hanyalah stainless steel dan bukannya titanium. Jagi tidak ubah seperti Black Samurai dan bukan seperti Samurai Ti.
Beserta dengan kotak khas Limited Edition. Disediakan dengan tali getah untuk mempelbagaikan aksesori jam jika dah bosan dengan dengan bracelet.




Lain dari yang lain. Peminat Seiko Samurai pasti tidak senang duduk melihat wujudnya Limited Edition seperti ini. Mengikut rekod, hanya terdapat 500 unit sahaja yang dikeluarkan untuk siri ini.


Tiada PVD coating pada crown seperti black Samurai. Bezel sahaja terdapat PVD coating.



Namun tak berbaloi dengan untuk movement 7s35 dengan harga RM3,800.00. Gulp! Boleh klik di sini Samurai Limited Edition.
Kalau ada banyak duit yang tak tau nak buat apa, bolehlah dapatkan edisi ini. 500 unit je kat dunia ni. Beli dan simpan sahaja ye.. tak sesuai untuk digunakan sebagai jam harian. Haha!!


Tertulis Limited Edition di caseback. Siri yang ke 200/500. Kecewa jugak, sebab tiada nama Japan di caseback, adakah dipasang di Thailand jugak?


Monday, September 26, 2011

Sold: Seiko Samurai SNM033 (The Last Samurai)

The Last Samurai, RM1,650.00 (Termasuk Kos Penghantaran-Pos Laju)


New In Box-NIB
Sangat sukar ditemui NIB seperti ini.

Sold to: Mr Zaid, KL

Monday, July 18, 2011

Seiko Diver SNM033 (Seiko Black Samurai) SOLD









Tak Sangka pulak Seiko Black Samurai ni masih mendapat sambutan!! Mana nak cari lagi yang baru macam ni kat pasaran masa ni. Kat ebay pun dah takda dah. Tak sempat diletak di blog dah ada orang dah beli apabila aku bagitau awal-awal pada yang pernah bertanya ada stok baru Seiko Samurai ni. Thanks bro. Selamat menyambut keluarga baru Seiko Black Samurai.


**Ada lagi tak yang berminat pada Seiko Black Samurai ni?

Monday, March 21, 2011

Seiko Samurai Exchange Bezel

Apakata kita tukarkan bezel samurai hitam dan putih macam gambar di bawah ni..
Perhatikan Seiko Samurai Dial Putih dan Hitam. Setelah bezel saling bertukar, inilah hasil yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama. Nampak sangat cantik bila Black Samurai memakai bezel samurai putih dan White Samurai memakai bezel samurai hitam..
Waaahhh!!! Ayam Goreng!!!! (Dialog Upin & Ipin)
Maaf ye.. dalam artikel blog aku sangat banyak yang berkisar tentang Seiko Samurai. Pada mata aku, Seiko Samurai merupakan jam diver's yang mempunyai design yang sangat cantik berbanding Seiko Diver's yang lain. Ala-ala design Kereta Kebal Tempur (Battle Tank). Itu pasal la..

Sunday, November 28, 2010

Seiko Black Samurai SNM033 Automatic Diver (SOLD)

Black Samurai datang lagi
Jam ni sebenarnya jam yang seorang teman mintak tempah dengan berdeposit. Tapi tak jadi ambil. Jadi tinggal yang ni je la untuk dijual yang ada pun.
Kali ini aku ingin lepaskan dengan hadiah istimewa tali getah z22.
Jam masih baru
Cuma digoncang-goncang untuk menggerakkan movementnya
Sebenarnya telah HOLD. Tapi aku bukak balik jika ada yang ingin membuat bayaran dahulu. Jadi dalam kes ni, sapa bayar dulu, dia dapat la..
Spesifikasi:
Jenis: Jam Diver Automatic 200m
Calibre: 7S35, 23 Jewels
Crystal: Hardlex crystal
Dial: Black with knurled screw down crown
Bezel: Knurled unidirectional bezel (120 Clicks)
Case: Stainless steel
Case diameter: 45mm incl crown
Case thickness: 14mm
Water resistance: 200m
Bracelet width: 22mm
Bracelet/Strap: Stainless steel with wetsuit extension
Disertakan dengan Kotak Seiko, Manual dan warranty terhad.
Jam dalam keadaan memuaskan.
Brand New In Box (BNIB)
Ditawarkan: RM1,650.00 (Negotiable)
Sold to: Dr. Arif, Shah Alam (thanks)

Saturday, September 18, 2010

Seiko Diver Samurai Black Dial SNM033 (SOLD)

Tidak perlu diperkenalkan lagi

Seiko Samurai Dipacu movement 7s35 dengan 23 jewels Tegap & berat Bentuk yang menawan!! Masih baru dalam kotak, manual & warranty
Ditawarkan: RM1,650.00


Sold to: Mr Chua, Miri Sarawak

Friday, September 3, 2010

Seiko Diver Samurai Black Dial SNM033 (SOLD)

Samurai lagi? Yang ni pun dah ada orang minta hold



Brand new in box (BNIB). Jam baru belum usik.
Ditawarkan: RM1650.00 (SOLD)

Sold To: Mr D, Penang

Monday, August 23, 2010

Seiko Diver Samurai Black Dial BNIB (SOLD)

Seiko Samurai nama diberi. Mungkin disebabkan Bezel & Crown coating hitam yang menyerupai seni Jepun, maka nama Samurai diberikan kepada Seiko Diver yang sudah dihentikan pengeluaran ini.
BNIB!! Brand New In Box!! Belum disentuh mahram lagi.. Tali pusat pun tak potong lagi (Bro Hasan, pinjam ayat ni untuk post ni..)
Kotak biru yang unik.
Inilah rupanya bila mula-mula aku bukak jam ni..
Duduk rileks je dalam tu..
Bahagian yang paling menarik pada jam ni.. Bezel & Crown coating PVD!!
Bezel 120 clicks! Sangat smooth!!!
Memang ada ciri-ciri Jepun A.K.A Samurai pada jam ni..
Tali pusat tak potong lagi tu... USD475.00 harga runcit di Amerika..

Pembeli akan menerima set lengkap seperti ini. Manual, warranty, kad ahli SeikoUSA..

Zoom lebih dekat lagi..

Inilah yang dinamakan Limited Warranty. Hanya untuk pembeli & pengguna di Amerika Syarikat sahaja yang menikmati warranty 3 tahun ini..
Spesifikasi boleh rujuk pada post aku yang lepas.
Harga ditawarkan: RM1650.00 (HOLD)
Jam ini sebenarnya ditempah awal-awal oleh sahabat yang ingin melengkapkan koleksi Seiko Diver beliau..
Pembeli: Wan Hamarudin, Seremban N.Sembilan
Pos laju: en334490363my

Thursday, August 5, 2010

Seiko Diver Samurai Black BNIB (SNM033) (SOLD)

Ini merupakan pahlawan samurai yang juga menjadi idaman penggemar Seiko Diver.
Model kali ini ada kelainan sedikit berbanding yang telah aku post sebelum ini. Jika kita tengok tajuk di atas terdapat nombor model snm033.
SNM033 memberi makna, Seiko Samurai ini adalah untuk pasaran Amerika Syarikat (USA)sahaja. Dan SeikoUSA sangat melarang penjualan model ini di luar Amerika Syarikat (USA). Ini kerana warranty model ini terhad untuk warranty sah di USA sahaja.
Didatangkan dengan kotak yang agak unik. Dengan bantal yang empuk, Seiko Samurai ini dapat tidur dengan nyenyak jika tidak digunakan.

Didatangkan juga dengan buku manual dan warranty kad (Certificate of Limited). Kebiasaan kita akan menerima warranty kad International Warranty.

Digandingkan dengan jam Seiko Orange Night Monster.
Kedudukan crown yang berbeza.
Mempunyai persamaan lambang ombak tsunami, membuktikan kedua-dua jam ini mampu menyelam dan memang direka khas untuk aktiviti scuba diving.
Safety clasp kedua-dua jam ini mempunyai persamaan.
Jika anda menemui jam dengan Movement Malaysia seperti ini, maka jam tersebut merupakan untuk pasaran di USA sahaja. Menariknya, jam Seiko dengan movement Malaysia tidak pula dijual di Malaysia. Melainkan hanya untuk pasaran USA sahaja.

Mari kita hayati setiap sudut jam ini yang pasti akan menjadi idaman wajib para pengumpul Seiko Diver.
Bezel yang unik. Bahagian ini yang menyerlahkan keunikan jam ini.
Bentuk lug yang agak unik dan di luar kebiasaan jam Seiko Diver yang lain
Masih ada tag harga runcit di USA (USD 475.00). Jika di tukar dalam nilai mata wang Malaysia lebih kurang RM1,550.00 rasanya.. Betul ke? Kalau salah, sila betulkan.
Inilah kotak jam Seiko Samurai ini.
Spesifikasi:
Jenis: Jam Diver Automatic 200m
Calibre: 7S35
Crystal: Hardlex crystal
Dial: Black with knurled screw down crown
Bezel: Knurled unidirectional bezel (120 Clicks)
Case: Stainless steel
Case diameter: 45mm incl crown
Case thickness: 14mm
Water resistance: 200m
Bracelet width: 22mm
Bracelet/Strap: Stainless steel with wetsuit extension
Disertakan dengan Kotak Seiko, Manual dan warranty terhad.
Jam dalam keadaan memuaskan.
Brand New In Box (BNIB)
Jam ini belum terpakai. Cuma dibelek2 dan digosok-gosok sahaja.
Harga Ditawarkan: RM1,550.00 (Ada berani?)
New Owner: Anynomous
Pos Laju: en334491032my