Pages

Sunday, August 26, 2012

Majlis Belanggar Meja Kampung Baru Dagang Igan 2012, Mukah Sarawak

Majlis Belanggar meja ini merupakan acara tradisi penduduk Kampung Igan sejak dari dulu lagi. Majlis ini seolah-olah ramah tamah Aidilfitri bagi sesbuah kampung tersebut dengan menyediakan pelbagai juadah hari raya di atas jalan kampung dan menjemput kaum lelaki dari kampung bersebelahan untuk menjamu selera. Selain makan-makan, acara ini dimulakan dengan kata-kata aluan menerima kunjungan dari penduduk kampung Baru Ismail, Kampung Tengah, Kampung Pulau dan Kampung Sekerang Igan. Walaupun begitu, ada juga jemputan yang hadir dari Oya, Dalat, Matu, Daro dan sebagainya. Kemudian, bacaan tahlil dan doa selamat. Bacaan ayat suci al-quran pun diperdengarkan dan dibaca oleh pelajar sekolah rendah yang terpilih. 
Kampung Baru Dagang Igan dipilih untuk menjadi tuan rumah acara ini pada 24 Ogos 2012 bersamaan 6 Syawal 1433 H pada hari Jumaat.


Untuk kali ini, jemputan dijangka tiba pada pukul 2.15 petang selepas solat Jumaat. Di sini, solat Jumaat dah bermula pukul 12.40 tengahari. Tuan rumah sedang menyiapkan hidangan di cuaca yang agak panas ni.

Kali ini, meja berlanggar ini ditambahkan dengan khemah untuk keselesaan para jemputan. Dulu masa aku kecik-kecik dulu takde khemah, jemputan kena bawa payung sendiri. Kalau tak, memang panas kalau kena hari panas terik macam ni. Duduk dengan berpayung la masa tu sementara habis tentatif majlis ini.

Istilah Berlanggar Meja ni merupakan istilah bahasa Melanau, istilah "belanggar" bermaksud "berkunjung" dalam Bahasa Malaysia. Bukan melanggar meja menggunakan kereta, motosikal, kren, keretapi, kereta kebal atau yang seangkatan dengannya. Haha!!

Biasanya, tuan rumah (tuan meja sepatutnya), akan menghidangkan makanan terbaik untuk dihidang kepada tetamu yang bakal melanggar meja ini.  Sesuai dengan pesanan Rasulullah agar menyediakan makanan terbaik untuk tetamu yang datang ke rumah. Meja disambung secara memanjang jika majlis diadakan di kampung Baru Ismail, Kampung Baru Dagang dan Kampung Pulau igan ini. Kampung Tengah diadakan di padang sekolah rendah yang lama, manakala kampung Sekerang diadakan di kawasan lapang di pasar Kampung Igan.

Tuan rumah sedang menanti kehadiran tetamu. Bersedia. Panas terik memaksa tuan rumah berteduh di bawah khemah sementara menanti kehadiran tetamu. Khemah kitorang agak unik kerana satu-satunya yang berwarna merah. Yang lain berwarna biru. Haha!!

 Tetamu dengar khabarnya dah nak datang. Jom kita terjah di meja hadapan sekali.

Ini dida tetamu yang datang. Dari kampung Baru Ismail Igan. Dekat ja, tu yang awal sekali datang. Kampung-kampung yang lain agak jauh. Ambik masa sikit untuk sampai. Tetamu datang sambil disambut dengan bersalam-salaman antara tetamu dan tuan rumah menyambut kedatangan tetamu.

 Gambar di bawah marupakan meja paling depan dalam menyambut kehadiran tetamu.

 Ada banner dan tabung kutipan derma untuk aktiviti JKKK yang seterusnya. Ye lah, nak bayar sewa meja, alat PA system dan sewa elektrik.

 Tuan rumah sedang menunggu kehadiran tetamu seterusnya.

 Tabung derma untuk penganjuran majlis belanggar meja. 

 Boleh tengoklah bertapa panjangnya meja yang disambung di atas jalan raya ni. Boleh masuk dalam rekod Malaysia ni kot? Mohon Majalah 3 untuk datang membuat liputan tentang majlis yang unik ni tahun depan ye? Haha!! Gurau je..

Yang ni meja VIP. VIP yang datang merasmikan majlis ni ialah YB Abu Seman Jahwie ADUN N.38 Jemoreng. YB yang selalu datang menjenguk rakyat di kawasan ADUN beliau tidak kira majlis besar seperti ini, majlis perkahwinan, hatta kematian pun jika kebetulan beliau ada di kampung tersebut, beliau akan singgah menziarah sekejap.
Tapi tu la, walau pun macam tu, ramai jugak yang mengutuk beliau. Ye la, mana kita dapat puaskan hati semua orang kan. Dapat puaskan hati majoriti pun dah cukup baik. Lupakan dulu soal politik. Haha!! Kita sambung majlis belanggar meja ni pulak.

Tetamu dah hadir dan duduk di meja yang telah sedia menunggu kehadiran jemputan. Tetamu boleh la hilangkan dahaga dulu dengan minum air yang disediakan. Belum boleh makan makanan utama dulu. Sabar ye. Baca doa selamat dulu kejap lagi. Walaupun pada asalnya hanya tetamu lelaki sahaja yang dijemput, jika kampung tersebut ingin mewakilkan kaum wanita pun boleh juga. Silakan.. Ini bagi kes kampung yang dah ramai anak muda balik bekerja di bandar. Huhuhu!!

Minuman bergas sememangnya minuman wajib disediakan semasa hari raya di Sarawak. Tak sah rasanya kalau tetamu tak dihidangkan air gas. Lepas tu, keluarlah gas bikarbonat dari lubang hidung.. huahuahua!!

Ini tuan rumah yang bersedia berkhidmat kepada tetamu. tetamu nak mintak air batu ke, tolong tuang air ke atau apa-apalah. Disebabkan cuaca panas sangat, kitorang lepak lah bawak pokok kelapa. Redup sikit.

 YB Abu Seman sedang beramah mesra dengan penduduk kampung Igan.

 Sudi juga bergambar bersama dan tidak keberatan untuk memberikan pose yang istimewa.

 Ini bukan gambar keluarga, tapi gambar YB Abu Seman bersama penduduk kampung Baru Dagang Igan.

Adik aku dan Adik Ipar aku turut tidak ketinggalan bergambar kenangan dengan YB Abu Seman Jahwie ni.
Bukan senang nak bergambar sakan dengan YB ni wei..

 Lepas bacaan doa, barulah tetamu boleh makan makanan utama. Sila-sila, jangan malu-malu.

 Makan lagi..
Gambar di atas aku ambik supaya dapat tengok panjangnya meja yang disusun di atas jalan kampung ni. Bukan atas jalan raya ni tau. Nanti mengamuk JKR jalan raya kena block untuk acara ni. Haha!!

 Sekali lagi ambik gambar sama. Acara habis dalam pukul 4.30 petang. Habis je acara makan-makan tadi, tuan rumah sibuk pulak nak kena robohkan semula khemat tersebut dan bersihkan balik jalan-raya dari sampah-sampah. Mengamuk pulak Majlis Daerah Matu Daro nanti. Haha!!

Dah bersih. Berkat usaha bersama dan bergotong royong, jalan yang ditutup ini tadi dapat digunakan semula. Semoga usaha ini berterusan. Kerjasama antara penduduk tetap kekal seperti ini. Kalau ramai yang ringan tulang tolong, sekejap je boleh siap macam ni. Itulah serba sedikit majlis belanggar meja untuk tahun ini. Jumpa lagi di hari raya tahun depan..

4 comments:

  1. Replies
    1. haha.. saspen kan? Perkataan sama, tapi istilah lain2..

      Delete
  2. mujur la ko cite apa tu berlanggar meja... aku dok terbayang org angkat meja sorang satu & main langgar2.. kuat tul org sana... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kecik dulu pun ingat main langgar2 meja. Tingkatan satu baru tau benda ni... kuikui!!

      Delete