Pages

Showing posts with label Available. Show all posts
Showing posts with label Available. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Pasangan Orient "Submariner" 100m Automatic

Orient 100m Ladies Automatic

Pasangan kepada Orient Automatic 10bar ni. Harga dalam RM620. Jam automatic perempuan biasanya lebih mahal dari jam automatic lelaki disebabkan oleh enjin dia yang lebih halus dan kecil. Diameter jam dalam 32mm. Yang kat tangan aku punya tu 40.5mm diameter bezel dia.

Monday, January 17, 2011

Seiko Stargate (2nd preview)

SEIKO STARGATE
Gelaran yang berasal dari bentuk bezel jam seakan-akan logo bulat Stargate di atas.
SEIKO STARGATE (SKZ325K1) (With Red Line at Minute Hand & Crown)

Nampak gagah buatannya. Crown "disimpan" di dalam casing mirip Seiko Turtle 6309-7040 dan agak terkeluar sedikit yang menyebabkan jam ini "kurang simetri" umpama Seiko "Grand Turtle" 6105-8110.
Caseback pula mirip Seiko Sumo atau Seiko Marine Master. Logo Tsunami tidak pernah terlepas pada caseback jam siri Seiko Diver ini.

Ini keadaan setelah pakaian Seiko Stargate ini dilucutkan untuk pemeriksaan Puspakom.

Yang menariknya, end-link bracelet jam ni jenis Solid. Ini yang menambahkan nilai pada Diver baru ini.

Dipakaikan pakaian balik setelah lulus pemeriksaan. Tiada barang-barang haram dan berbahaya yang dibawa dan diseludup masuk. Hehe!!

Sangat selesa dipakaikan di pergelangan tangan.

Kewajipan yang ada siri Seiko Diver ialah extention clasp.

Safety clasp mesti ada punya. Jangan risau!!

Bracelet mempunyai brushed & polished finishing pada setiap alur sambungan bracelet ini.

Sambungan end-link agak "tenggelam" pada lug panjang jam ini. Mungkin design baru untuk menampakkan perbezaan antara siri Diver yang sebelumnya.
Bentuk curve yang betul-betul ho-liaw!!
Spesifikasi jam ditunjukkan pada "tali pusat" jam ni. Caliber 7s36 dengan 23 jewels.

Dipandang dari sudut mana pun tetap lawa!! Jarum jam dan minit didapati mirip jarum Seiko Sumo yang gemuk. Manakala jarum saat boleh dikatakan fotostat terus dari Seiko Samurai.

Seiko Stargate menjadi generasi Seiko Diver yang seterusnya dalam siri Seiko Diver. Menjadi perbualan hangat masa kini di mana-mana forum horology di internet. Cuma mungkin ramai yang teragak-agak untuk mendapatnnya kerana siri Caliber 7s36. Walau bagaimanapun, pada aku satu kepuasan apabila mempunyai jam diver yang mengandungi gabungan "Lagenda-lagenda Seiko Diver" pada design satu jam Seiko Stargate ini.


Sunday, November 28, 2010

Seiko Black Samurai SNM033 Automatic Diver (SOLD)

Black Samurai datang lagi
Jam ni sebenarnya jam yang seorang teman mintak tempah dengan berdeposit. Tapi tak jadi ambil. Jadi tinggal yang ni je la untuk dijual yang ada pun.
Kali ini aku ingin lepaskan dengan hadiah istimewa tali getah z22.
Jam masih baru
Cuma digoncang-goncang untuk menggerakkan movementnya
Sebenarnya telah HOLD. Tapi aku bukak balik jika ada yang ingin membuat bayaran dahulu. Jadi dalam kes ni, sapa bayar dulu, dia dapat la..
Spesifikasi:
Jenis: Jam Diver Automatic 200m
Calibre: 7S35, 23 Jewels
Crystal: Hardlex crystal
Dial: Black with knurled screw down crown
Bezel: Knurled unidirectional bezel (120 Clicks)
Case: Stainless steel
Case diameter: 45mm incl crown
Case thickness: 14mm
Water resistance: 200m
Bracelet width: 22mm
Bracelet/Strap: Stainless steel with wetsuit extension
Disertakan dengan Kotak Seiko, Manual dan warranty terhad.
Jam dalam keadaan memuaskan.
Brand New In Box (BNIB)
Ditawarkan: RM1,650.00 (Negotiable)
Sold to: Dr. Arif, Shah Alam (thanks)

Sunday, October 17, 2010

Timex Indiglo 8 Lap Memory

TIMEX INDIGLO 8 LAP MEMORY
New Old Stock (NOS)
Masih gagah memacu masa. Model pertama Timex Ironman Indiglo. Teknologi pertama Indiglo diperkenalkan oleh Timex di aplikasikan di Timex 8 lap memory ini.
Tiada cacat cela pada casing.
Disebabkan penunjuk push button yang hanya diprint sahaja di muka jam, aku tak berani nak guna jam ini secara lasak (walaupun ironman sukan lasak). Takut terhakis tulisan print di muka jam ini.
Payah nak cari Timex 8 lap yang sebaik ini. NOS lagi tu. Jam hadiah harijadi pemberian bro Duniajam. Macam tau-tau ja aku memang mencari Timex Ironman Indiglo model retro ni. Ditambah lagi dengan model 8 lap memory. Merupakan tambahan kepada jam yang bertukar ganti dengan jam Seiko Panda aku. Thanks bro Duniajam.

Tuesday, October 5, 2010

Timex Ironman Pepsico Ladies 30 Laps Memory

Jam TIMEX IRONMAN ini merupakan jam khas untuk atlit Ironman Wanita (walaupun jam ini digelar ironman)
Saiz diameter jam ini tidak termasuk push button dia ialah 32mm. Sesuai untuk tangan wanita dan juga kanak-kanak lelaki (Boy Size)
Memiliki 30 lap memory dan water resistant 100m. Selain fungsi asas iaitu waktu, jam ini turut dilengkapi dengan chronometer dan alarm.

Tali getah asal dengan logo Ironman di tali getahnya.

Lampu Indiglo yang sangat terang di waktu malam. Satu kelebihan untuk jam Timex!!

Keseluruhan jam masih kelihatan sangat baik.

Dari sudut yang lain, skrin lcd jam ini memberi warna hijau. Ini bukan lampu indiglo, tetapi imbasan warna skrin lcd dari sudut yang lain. Tengok, bandingkan dengan jari jemari aku, kelihantan sangat kecil sekali. Aku tak nak la letak kat tangan aku, nanti tangan aku kelihatan ayu pulak. Auww!! Tak rela I tau.. (wakakakaka!!!)

Thursday, March 11, 2010

Ingersoll Automatic 25 Jewels (A Legend Alive!) RM1550 NEGO!!

INGERSOLL Since 1892
James Dean Limited Edition 300 units around the world
Kotak jam ni selepas lama dibeli dari Mr Dils (jamkaki5)
2 minggu selepas dibeli, timbul lak rasa nak jual.
Mungkin jam ini terlalu besar buat aku. Tangan aku cekeding je.. hehe!!
Jam ini aku beli sebab saya suka jam-jam limited edition dan sukar didapati.
Namun aku terpaksa terima hakikat yang tangan aku hanya sesuai untuk jam-jam Diver..
Hmmm....
Terdapat gambar James Dean di dial jam ini.
Rasanya dalam beberapa tahun selepas ini mungkin harga jam mungkin meningkat.
Prestij jam ini iaitu terdapat hanya 300 unit sahaja di dunia..
Caseback jenis see thru case
Masih baru beb!! Tak perlu risau nak servis ke apa ke...
Terdapat gambar lagenda yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini..
Semua masih tak terusik. Original..
Yang menariknya jam ini, buckle jam disediakan dalam bentuk Deployment Buckle yang tak merosakkan tali kulit jam ini.
Jam ini boleh dikunci untuk menambah power jam.
Sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan di masa akan datang. Mungkin di Malaysia hanya terdapat seketul ini sahaja? Atau mungkin hanya ada 2 ketul sahaja?
Boleh di bandingkan pada tapak tangan. Memang beso..
Casing menggunakan warna emas..
Saya beli mahal, nak jual murah je asalkan pulang sedikit modal aku beli jam ni.
Rugi sikit takpa..

Berminat untuk dapatkan model yang super duper rare ini?
sms: 013-8489441

Tuesday, March 2, 2010

Seiko Diver Orange Night Monster (SOLD)

Kotak apa ni?
Kotak Jam Seiko Rupanya...
Lawa betul kotak nya... Hmmm... Saspen, saspen...
Warghhh!!! Orange Night Monster??!!!! Warghhh!!! Menangis kegembiraan!!!
Warranty kad & manual dalam bahasa Jepun? Warghh!!!
Ini model Japan Domestic Market (JDM) ni..
Mana nak cari kat kedai..
Cuba bandingkan dengan orange monster aku..
Sama jer...
Bandingkan dial dia.. Haa... baru ada perubahan..
Bezanya ialah Perkataan Scuba & Diver.. Tengok betul-betul!!!
Day pun lain. Jangan risau, ada Day English punyer la.. Hahaha!!
Warna oren Seiko Night ini juga nampak lebih gelap warna oren dia.

Masih ada sticker.. Memang sah new brand..
Scuba 200 meter!! Garang je rupanya.. Menonjol font putih dia tu..
Polished finishing semua.. tak wujud brushed finishing..
Berkilat semua beb!!!




Maklumat mengenai jam ini

Sape yang terliur, boleh contact saya: 013-8489441

New Owner: Rafael, Kuala Lumpur