Pages

Wednesday, December 26, 2012

Mitos atau Fakta?

1. Kalau jam quartz letak sebelah-sebelah, nanti bateri jam salah satu tu jadi lemah, manakala lagi satu makin power!

Jawapan: Mitos, pasal takde kena mengena pun jam mana tarik kuasa bateri jam lain. Habislah jam kat kedai-kedai jam yang banyak-banyak display tu saling tarik menarik kuasa bateri.. adoi..

2. Jam Automatik, jarum jam bergerak pasal dapat kuasa dari nadi!

Jawapan: Mitos, Jam Automatik digerakkan oleh rotor hasil gerakan tangan dibantu oleh konsep tarikan graviti.

3. Jam Digital, jam tangan untuk budak-budak.

Jawapan: Mitos, jam digital bukan hanya untuk budak-budak. Malah, atlit, tentera dan saintis pun lebih menyukai jam kerana lebih lasak dan kurang penyelenggaraan.

4. Kena guna jam tangan di tangan kiri agar tangan kiri bukan hanya bertugas untuk beristinjak, malah dapat berkhidmat menunjukkan waktu kepada tuan badan.

Jawapan: Mitos. Ikut keselesaan seseorang. Kalau selesa tengok jam kat tangan kanan, pakailah kat tangan kanan. Haha!! Tapi kalau kita perhatikan, kebanyakan rekabentuk jam tangan ialah untuk digunakan di tangan kiri kerana kedudukan crown pada pukul 3 atau pukul 4 jam. Namun ada jugak rekabentuk jam tangan khas untuk digunakan di tangan kanan dengan kedudukan crown jam di pukul 9!!

5. Jam buatan Swiss lebih berbaloi untuk disimpan berbanding jam buatan Jepun.

Jawapan: Mitos. Tak semestinya, ada juga jam swiss kalau disimpan semakin susut nilai. Hanya beberapa jenama Swiss sahaja yang mengalami inflasi. Jam Jepun pun ada jugak yang berbaloi untuk disimpan malah harga pun semakin meningkat seperti Seiko Diver yang dah jadi Lagenda tu.

6. Jenama Rolex lebih mahal dari jenama Solex.

Jawapan: Fakta. Jam tangan jenama Rolex memang diakui jauh lebih mahal dari kunci mangga Solex.

7. Citizen merupakan perkataan Inggeris bemaksud warganegara, tetapi Jam tangan Citizen merupakan jam buatan Jepun.

Jawapan: Fakta. Nama je dari bahasa Inggeris, tetapi Citizen turut mengeluarkan in-house movement dia sendiri, made in Japan!!

8. Memakai jam tangan boleh mengancam peluang untuk memikat gadis pujaan. (untuk yang bujang sahaja)

Jawapan: Fakta. Nanti kalau pakai jam tangan tak boleh tanya kepada gadis tersebut "cik adik, tumpang tanya, pukul berada sekarang ni ye?" (taktik lama yang evergreen).

9. Jam Diver akan mengalami pengalaman menyelam selepas dibeli oleh pembeli.

Jawapan: Mitos. Kebanyakan jam Diver akan disimpan untuk koleksi peribadi berbanding untuk kegunaan sebenar iaitu menyelam. Jam Diver yang cantik itu terasa sangat sayang untuk diselam di air laut yang masin itu.. huhu!!

No comments:

Post a Comment