Pages

Showing posts with label Fineat. Show all posts
Showing posts with label Fineat. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Preview: Fineat Shen Zhen Skeleton Automatic

FINEAT, satu jenama jam yang agak jarang kita dengar. Ini kerana kita sering dihidangkan dengan jenama dari Swiss, Jepun, Jerman dan Russia. Kemampuan China pada ketika ini tidak boleh dipandang enteng dalam dunia horologi hari ini. Dengan Ekonomi China telah menyingkirkan Jepun di tempat kedua ekonomi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat membuktikan China mungkin telah meningkatkan kualiti produk mereka pada ketika ini sehingga mampu menyingkirkan Jepun dari segi saiz ekonomi. Namun ketika ini kita masih lagi ragu-ragu dengan kualiti produk dari China. Ini kerana sering kali kita kaitkan produk yang tidak berkualiti dengan negara China. Malah "cap ayam" sering kita labelkan untuk produk made in China.
China banyak mengeluarkan jam-jam automatic movement China seperti Orkina dan Fineat. Ada yang menyangka jam-jam ini adalah jam replika. Namun istilah Replika hanya digunakan untuk barangan yang menggunakan jenama-jenama terkenal dan mahal tetapi menggunakan movement yang murah dari China. Oleh itu, Fineat ini bukanlah replika, melainkan jam original dari China. Mungkin jam-jam ini tidak dilindungi warranty, maka jam ini dapat dijual murah.
Malah bahan seperti chrome digunakan untuk finishing di casing. Ini dapat menjimatkan kos disamping memberikan finishing yang menarik pada jam. Finishing pada jam skeleton ini juga agak kasar tetapi menarik untuk ditatap.
Tertulis Hong Kong Top Watches International Company dengan movement Shen Zhen.
Crown yang sudah haus chromenya. Casing juga menampakkan tanda-tanda pengoksidaan. Inilah kelemahan jam yang menggunakan chrome pada casing. Lebih baik jika menggunakan jam all stainless steel..
Bahagian belakang jam dapat tengok movement menerusi see thru case back.

Bracelet stainless steel yang tidak ada tanda pada clasp. Jenis push release button. Jam-jam dari China ini jika ingin lebih maju perlu dipertingkatkan kualiti finishing dia. Tapi jam ini bukan aku punya. Ini jam kawan aku. Aku pinjam untuk sesi fotografi dan dimasukkan ke dalam blog. Menariknya, jam ini dah lebih dari 1 tahun dia pakai malah dipakai setiap hari dan bacaan masa yang tidak mengecewakan. Jam boleh wind dan hack. Entah kenapa kebanyakan movement China boleh wind & hack.. Ada sesiapa ada jawapan? hehe!!