Sekadar gurau-gurau pagi
Blog ini khusus untuk memaparkan koleksi jam yang saya dapat dpd sahabat yang mempunyai minat yang sama dengan saya. Ada jam yang untuk preview, dan ada yang untuk dijual. Jika berminat jangan segan silu untuk hubungi saya. Call/sms: 013-8489441 e-mail: rizal_rejli@yahoo.com
Showing posts with label *Borak-borak Bola. Show all posts
Showing posts with label *Borak-borak Bola. Show all posts
Tuesday, June 24, 2014
Thursday, June 19, 2014
Pasukan Kelab Bola Sepak England, Liverpool pasti bangga mempunyai penyerang berbisa Luis Suarez
Prestasi memukau Luis Suarez di Piala Dunia pasti menggembirakan penyokong tegar pasukan kelab Liverpool!
Thursday, June 12, 2014
Monday, January 7, 2013
Ballon D'Or 2012
Senarai awal top 25 orang. Semua hebat-hebat!
Kemudian ditapis sehingga menjadi top 3 orang.
Akhirnya, pemenang untuk kali ke-4 berturut-turut!!
Messi dinobat Pemain Terbaik Dunia kali keempat
ZURICH 8 Jan. - Penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi
memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA buat kali keempat
berturut-turut pada majlis di sini, hari ini. Jurulatih skuad kebangsaan Sepanyol, Vicente del Bosque pula dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik 2012. - AFP
Semoga suatu hari nanti ada wakil dari Asia akan muncul pemenang anygerah tertinggi pemain bola sepak ini. Dan tak perlu kita terlalu mengharap agar pemain negara turut terpilih menjadi pemain terbaik dunia kerana sasaran tersebut terlalu jauh dan semakin jauh..
Ade aku kesah?!!
Tahun baru? Kena cari jam baru ke?
Friday, October 12, 2012
Kenapa aku menjadi peminat Kelab Bola Sepak Real Madrid?
Berbeza dengan Barcelona
yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, Real Madrid memilih untuk
berkerjasama Palestin. Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui
polisi kelab, malah oleh pemain-pemain kelab itu.
Tindakan yang paling
ketara ialah dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo.
Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat
sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.
Bekas penyerang
Manchester United itu yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas
hati memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada
lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin.
Laman Qodsna pada akhir
tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut
emas milik Ronaldo pada harga 1,4 juta euro. Wang hasil lelongan itu
disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di
Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak
berhenti sampai di situ sahaja.
Pernah dilaorkan sebelum
ini, dalam satu acara, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin.
Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media
barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan
memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan segala keburukannya.
Namun ada juga pihak
media yang menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk
tanggungjawab kemanusiaan. Ia menunjukkan keperihatinanan beliau
terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo juga pernah
dilaporkan menngunjungi Palestin pada tahun 2007 dan 2005.
Di sana beliau disambut
dengan hebat oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun kecaman terhadap
Ronaldo terus dilakukan media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan
Zionis.
sumber: Empayar Pemuda
Thursday, July 26, 2012
Apabila Bendera Korea Utara Menjadi Bendera Korea Selatan
Macam ni pun ada ka.. Adoi.. Kat temasya Olimpik London 2012 pulak tu..
LONDON - Hari pertama Sukan Olimpik London semalam dicemari dengan
insiden memalukan apabila pasukan bola sepak wanita Korea Utara enggan
beraksi selepas penganjur tersalah memaparkan bendera negara mereka
sebelum perlawanan. Bagaimanapun perlawanan melibatkan Korea Utara menentang Colombia
terganggu selepas skrin gergasi Stadium Glasgow di Hampden Park
memaparkan bendera Korea Selatan hingga mengundang kemarahan di kalangan
pemain.
Perlawanan yang dijadual berlangsung pada pukul 7.45 malam hanya bermula
pada 8.50 malam selepas pihak penganjur memohon maaf terhadap kesilapan
memalukan itu kepada pasukan Korea Utara.
Hari ini (semalam) ketika perlawanan bola sepak wanita di Hampden
Park, bendera Korea Selatan ditayangkan di skrin besar dan bukannya
bendera Korea Utara.
Secara jelas ia adalah kesilapan, kami akan meminta maaf kepada
pasukan serta Majlis Olimpik Kebangsaan dan kami akan pastikan insiden
sebegini tidak akan berulang kembali," kata kenyataan penganjur Sukan
Olimpik London 2012.
Insiden tersebut sudah tentu mengundang mimpi ngeri pada temasya
yang berlangsung selama 19 hari terutama apabila kedua negara Korea
Selatan dan Utara masih terlibat dalam peperangan.
Ya, sudah tentu kami marah kerana pemain kami diperkenalkan dengan
bendera Korea Selatan sesuatu yang akan memberi kesan besar kepada kami.
Walaupun menang perlawanan namun ia tidak dapat mengganti apa yang
telah berlaku. Ini adalah sesuatu yang berbeza dan kami harap perkara
sebegini tidak akan berlaku pada perlawanan akan datang," kata jurulatih
Korea Utara, Sin Ui-Gun.
Penyokong Korea Utara mengamuk pasal salah bendera yang ditunjuk di skrin besar di Stadium.
Pegawai pasukan Korea Utara naik berang!
Lepas kena marah, baru bendera Korea Utara dipaparkan di skrin besar. Bendera negara sangat sensitif terutama di kejohanan sebesar ini. Bendera Malaysia di sukan Sea Jakarta tahun lalu menceritakan pasal kekurangan jumlah jalur putih pun sangat besar kesalahannya!
P/s: Asal jangan salah letak bendera Malaysia menjadi bendera Amerika Syarikat sudahlah!
Monday, July 16, 2012
Keraian gol oleh Balotelli yang diubahsuai haters!
Yang atas ni gambar asal yang tidak diedit oleh haters. Yang kat bawah ni semua ialah gambar penyerang pasukan bola sepak Itali dan Manchester City yang diedit oleh haters Balotelli!
Sunday, July 1, 2012
Sepanyol 4-0 Itali
Fantastic Spain!
Fernando TongGas Torres
Jordi Alba (Automatic Movement)
David Silva
Juan Mata
The Genius! Bosque
Jaringan Goal,
David Silva; min14
Jordi Alba; min 41
Fernando Torres; min 84
Juan Mata; min 88
Kejuaraan kali kedua berturut-turut!!
Subscribe to:
Posts (Atom)