Berbeza dengan Barcelona
yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, Real Madrid memilih untuk
berkerjasama Palestin. Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui
polisi kelab, malah oleh pemain-pemain kelab itu.
Tindakan yang paling
ketara ialah dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo.
Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat
sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.
Bekas penyerang
Manchester United itu yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas
hati memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada
lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin.
Laman Qodsna pada akhir
tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut
emas milik Ronaldo pada harga 1,4 juta euro. Wang hasil lelongan itu
disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di
Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak
berhenti sampai di situ sahaja.
Pernah dilaorkan sebelum
ini, dalam satu acara, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin.
Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media
barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan
memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan segala keburukannya.
Namun ada juga pihak
media yang menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk
tanggungjawab kemanusiaan. Ia menunjukkan keperihatinanan beliau
terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo juga pernah
dilaporkan menngunjungi Palestin pada tahun 2007 dan 2005.
Di sana beliau disambut
dengan hebat oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun kecaman terhadap
Ronaldo terus dilakukan media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan
Zionis.
sumber: Empayar Pemuda
No comments:
Post a Comment