Pages

Showing posts with label Preview. Show all posts
Showing posts with label Preview. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

Citizen Leopard Superbeat 10

Jarang kedengaran daripada pemburu jam berbincang mengenai Citizen Leopard ini. Mungkin kerana status jenama yang kurang hebat berbanding Seiko dalam dunia horologi. Citizen Leopard ini mungkin saingan King Seiko bagi pembuat jam dari Jepun. Kerana memiliki enjin kelas hi-beat! Untuk model ini mempunyai 36000bph!!



Gambar pinjam: Leopard

Terdapat gambar Leopard pada dial. Sangat unik! Memiliki 28 jewels!



Mungkin nampak biasa pada orang kebiasaan. Namun bagi yang tahu tentang nilai sesebuah jam yang cemerlang seperti ini, tentunya, prestasi Citizen Leopard ini menjadi igauan!



Harga Citizen Leopard yang pre-owned & used sangat mahal mencecah ribuan tinggit, bergantung kepada kondisi.
Signed crown!


Movement 28 Jewels, 36000bph!





Telah menjadi buruan penggemar jam dari Jepun!

Thursday, February 16, 2012

Seiko Samurai Limited Edition

Sangat cantik pada bezel dia dan inner ring yang nampak mengancam. Jarum jam, minit dan saat yang berbeza dengan Black Samurai. Tertulis Limited Edition (LE) berwarna merah. Pasti mencairkan peminat Seiko Diver's dan Seiko Samurai. Bezel gabungan warna hitam dan merah memberi gandingan warna yang maskulin.

Sangat cantik, namun agak mengecewakan kerana casing hanyalah stainless steel dan bukannya titanium. Jagi tidak ubah seperti Black Samurai dan bukan seperti Samurai Ti.
Beserta dengan kotak khas Limited Edition. Disediakan dengan tali getah untuk mempelbagaikan aksesori jam jika dah bosan dengan dengan bracelet.




Lain dari yang lain. Peminat Seiko Samurai pasti tidak senang duduk melihat wujudnya Limited Edition seperti ini. Mengikut rekod, hanya terdapat 500 unit sahaja yang dikeluarkan untuk siri ini.


Tiada PVD coating pada crown seperti black Samurai. Bezel sahaja terdapat PVD coating.



Namun tak berbaloi dengan untuk movement 7s35 dengan harga RM3,800.00. Gulp! Boleh klik di sini Samurai Limited Edition.
Kalau ada banyak duit yang tak tau nak buat apa, bolehlah dapatkan edisi ini. 500 unit je kat dunia ni. Beli dan simpan sahaja ye.. tak sesuai untuk digunakan sebagai jam harian. Haha!!


Tertulis Limited Edition di caseback. Siri yang ke 200/500. Kecewa jugak, sebab tiada nama Japan di caseback, adakah dipasang di Thailand jugak?


Tuesday, February 14, 2012

Seiko 7S35 Automatic Divers 200m SS

Ada yang menggelar jam ini sebagai jam LandShark. Macam nama watak filem KL gangster. Malah ada yang menggelarkan jam ini sebagai Seiko 4WD. Sebab kelihatan lasak seperti kenderaan pacuan empat roda 4WD. Apa-apa la.. Seiko biasanya tak kisah kita nak gelarkan apa pun.

Terdapat dua crown yang sangat besar dan sangat menonjol. Sangat sporty untuk dililit pada tangan penyelam scuba. Tarikh diletakkan pada pukul 4, seperti Seiko "Dilot" 4R15. Chapter ring seperti Seiko 5 Atlas.



Jam agak berat memandangkan material jam ini ialah stainless steel, logam anti karat.


Seperti kebiasaan, logo tsunami ini sinonim dengan jam Seiko Diver's.

Sunday, May 22, 2011

PreviewSeiko Military 7s36 Automatic

Seiko 5 Military, bukan jam aku punya. Tapi kawan sepejabat aku punya. Mula menampakkan minat terhadap jam automatic apabila setiap hari aku memakai jam yang berlainan ke pejabat.


Aku pun tak tau sangat warna dial jam ni. Warna hitam ke warna hijau gelap..


Menggunakan tali jenis nylon. Memang terasa ketenteraannya..


Dial yang mempunyai tulisan sistem 24 jam.


Casing bukan jenis polished finishing, namun tetap anggun.


Ringkas, tak menyemak dialnya..


Tali jenis nylon..


Caseback jenis see thru..


Crown tak bertanda..


Bandingkan dengan saiz Seiko Samurai aku.. hampir sama besar..


Friday, May 6, 2011

Preview: Casio Predator??

Casio Predator ni gelaran yang aku bagi. Bukan nama sebenar jam ni.. Nama jam ni yang sebenarnya ialah Casio Riseman.

Design dia seakan-akan mulut predator tu yang menyebabkan aku mengelarkan jam ni sebagai Casio Predator.


Dalam siri G-Shock, ada fungsi Altimeter, Barometer & Thermometer di samping fungsi asal dia ialah penunjuk waktu, hari, tarikh & chronograph.


Warna hitam menjadi buruan berbanding warna lain.


Ada lembaga pepatung kat caseback dia.. wakaka!! Pertama kali tengok jam ni kat internet, terus suka!!


Ada backlight yang terang. Boleh jadi lampu suluh ni, kalau tetiba black out kat rumah.
Kesemua gambar jam di atas ialah gambar ihsan yang dipinjam dari internet. Rasanya, sesekali kita melilitkan jam digital Casio G-Shock kat tangan pun syok jugak!!


Monday, April 18, 2011

Mengorek Harta Karun Yang TInggal

Selepas Seiko Panda meninggalkan aku, hanya beberapa sahaja koleksi yang tinggal. Dah lama rasanya aku tak menjenguk harta yang tersimpan di dalam beg hitam Alba tu.

Inilah meja tempat aku beroperasi bila senang. Tools yang aku beli ketika mula-mula berjinak-jinak dengan jam tangan ni. Beli pulak dari blog jampilihan. Ada fail jam yang dibeli dari blog detikduabelas.

Dah tak banyak dah jam yang tinggal. Hmm.. Jam pun aku dah jarang jeling-jeling kat pasaran dan blog-blog.
Ni lah beg Alba yang aku dapat hasil pembelian jam Tissot Seastar 1000 tahun lepas dari tuan detikduabelas. Masih aku simpan, senang nak bawak kotak jam ni ke mana-mana. Kalau nak bawak la, biasanya simpan je atas meja tu.


Hah, ni dia harta karun yang dah lama aku tak jenguk. Ntah apa khabar dia?


Dua kotak jam Seiko. Samurai & Stargate.


Nampak menyerlah diletakkan di atas kain pua kumbu, hasil seni masyarakat Iban di Sarawak. Masih elok rupanya dua ketul jam ni.

Thursday, April 14, 2011

Oris Automatic F1.

Dah lama rasanya aku teringin untuk memiliki jam jenama Oris seperti gambar di bawah. Nampak ringkas dengan penunjuk hari dan tarikh di pukul 3. Bezel yang sporty dan dial yang ringkas tetapi sporty. Tidak berserabut seperti jam Oris chronograph. Ada arabic number pada pukul 6, 9 dan 12. Menarik!!


Tali getah seperti alur tayar formula one (F1) ini telah menjadi trademark kepada kebanyakan jam Oris. Tali getah seperti ini sangat selesa dipakaikan di pergelangan tangan.

Yang menarik perhatian aku ialah crown jam ini besar, juga menjadi tarademark kepada kebanyakan jam Oris. Salah satunya turut dipanggil Oris Big Crown, telah menjadi sejarah dan menjadi buruan peminat jam vintage keluaran Swiss.
Alamak! Kenapa crown jam ni disalut dengan plastik biru macam ni? Adoi!!

Apa ni? Ish!! Takkan kot?


Hah!! Sah!! Jam Replika rupanya. Spoil betul la! Terus hilang mood aku nak mengulas jam ni bila tengok Rotor Merah Oris ni kosong tanpa tulisan Swiss Made Oris High Mech!!

Dah la.. tak payah nak ulas panjang-panjang lagi.. Wakaka!!!

Thursday, March 24, 2011

Preview: Seiko Black Thunder

Pertama kali tengok jam ni buat hati aku gundah gulana.. Cewah.. Malangnya, terdapat kekurangan tiada perkataan Diver's untuk siri ni. Cuma w/r 200m sahaja. Hmm... Mengikut kamus Seiko, walaupun w/r 200m, tetapi tidak sesuai untuk aktiviti Scuba & Diver's. Seiko mengesyorkan agar menggunakan Siri Seiko Diver's untuk aktiviti Scuba Diver.
Namun design jam ini sangat menerujakan. Coating PVD hitam keseluruhan, menampakkan maskulinnya jam ini.

Lumibrite Seiko sentiasa tidak mengecewakan seperti di gambar di atas. Ternyata lambang Seiko 5 sedikit 'merosakkan' permukaan dial jam ni. Haha!! Namun itulah trade mark dari Seiko dalam siri Seiko 5 ini. Seiko 5 bermaksud:

1. Automatic

2. Water Resistant

3. Shock Resistant

4. Date

5. Day

Jika tiada elemen ini pada Seiko 5 kita, berkemungkinan Seiko 5 kita bukanlah original.

Safety clasp seperti spesis Seiko yang lain terutama siri Seiko Diver's.

Sunday, March 6, 2011

Preview: Seiko Snow White?

Sebenarnya gelaran untuk jam ini ialah Seiko Snow Monster. Dikatakan keluaran terhad (Limited Edition) khas untuk pasaran Amerika Syarikat (USA) terbaru tahun 2011.
Sebelum ini, Edisi Terhad Seiko Monster kita hanya tahu keluaran berwarna biru, merah dan kuning sahaja pada asalnya. Kini terdapat dalam warna hijau dan putih. Warna hijau dikatakan khusus untuk pasaran Thailand. Entah kenapa Malaysia tidak terpilih untuk menerima Seiko Diver Edisi Terhad. Kalau ada pun nanti, aku rasanya mesti dial yang berwarna belang merah putih dengan gabungan warna biru dan kuning. Macam mana tu ye? Lagi hebat kalau digandingkan warna Harimau Malaya belang kuning dan hitam. Siapa-siapa yang rapat dengan dealer Seiko ni, boleh utarakan cadangan ini. Mana tahu, dapat jugak rakyat Malaysia menikmati edisi terhad Seiko Monster ini ni ye?

Boleh didapati di ebay. Keistimewaan jam ni ialah font di bezel berwarna biru. Dial putih dengan chapter/inner ring biru belang putih. Nampak jam ini seperti aiskrim kerana seperti sejuk sahaja. Cyclop pada day/date dia. Hanya terdapat 2555 unit sahaja dikeluarkan di dunia ini. Nampaknya, Seiko Red Monster dan Yellow monster masih gah dalam kelas Edisi Terhad Seiko monster dengan keluaran cuma 1313 unit dan 313 unit sahaja masing-masing.

Kotak edisi Terhad, boleh klik ebay untuk membeli atau saja cuci-cuci mata.

Yang lain pada aku sama je. Bracelet stainless steel & movement kapcai 7S36B 23 jewels (istilah thetick-thetick hehe!!!). Tiada keistimewaan yang lebih sangat pun. Harga? Mau kena RM3K beb!! Movement 7s26 dengan harga RM2.8K? Berbaloi ke? Berbaloi kepada yang sukakan kelainan dan yang penting tertulis Limited Edition. Satu kepuasan kepada pemilik dan penternak jam Limited Edition!!! Kepada pencinta movement, mungkin sangat tidak berbaloi. Hanya kerana Cyclop dan perkataan merah Limited Edition, harga mencanak naik berganda.. Perrgghhh!!!

Gambar aku save as je dari ebay.. Saja je nak tambah post.. Nanti sunyi pulak blog ni. hehe!!

Simpan gambar pun jadilah kalau tak dapat jam nya.

Kotak & warranty kad yang mempersonakan. Err.. rasanya jam ni dipasang di China kot? Tengok kotak Seiko warna biru tu.. Satu lagi kelemahan jam Seiko Diver keluaran terkini tidak lagi dipasang di Jepun. Mungkin dipasang di China atau Singapura. Hmmm... Nampaknya Jam Seiko Diver Vintage akan tetap diminati dan diburu untuk masa-masa yang akan datang.

Lawa betul kotak jam ni. Ada siapa-siapa yang ingin mendermakan aku RM3K untuk aku beli Seiko Snow Minster ni? Sangat dialu-alukan. Budi baik kalian akan terus dikenang.. hehe!! Cis!!!
Simpan gambar je la..