Pages

Showing posts with label *Horology For Unity. Show all posts
Showing posts with label *Horology For Unity. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Review: Seiko Monster Limited Edition

Digelar SEIKO monster The Sun Limited Edition SRP459K1. Berbeza dengan model yang biasa, Limited Edition ini ditambah dekorasi matahari pada dial dan cyclop pada cermin. Sangat menarik..


Ala-ala Rolex. Aku sangat suka pada jam yang ada cyclop pada cermin.. Tarikh dan hari nampak besar sedikit. Jam pun nampak mewah. Namun ada juga yang tidak gemar pada cyclop kerana menyebabkan permukaan cermin jam tidak rata. 

Inilah set Seiko Diver Limited Edition edisi khas Seiko Monster. Hanya terdapat di pasaran Thailand. Siapa yang selalu contact Thongsia, sila tanyakan bila Seiko Malaysia nak keluarkan edisi khas seperti ini?

http://www.ebay.com.my/itm/SEIKO-monster-The-Sun-Limited-Edition-SRP459K1-/171391427684?pt=LH_DefaultDomain_0&hash=item27e7b9a464

Tuesday, June 5, 2012

Evolusi Penggunaan Jam



Aku tak tau sangat mengenai jam yang menggunakan bayang-bayang dari cahaya matahari ini. Tapi ini mungkin permulaan pengiraan masa pada zaman dahulu sehingga munculnya jam menggunakan pasir seperti gambar di bawah.


Mungkin ada daripada anda mempunyai maklumat lain selain daripada mekanisme-mekanisme yang disebutkan sebelum wujudnya sistem 24 jam seperti yang digunapakai pada hari ini.


 Turut diketahui ialah penggunaan lilin sebagai pengukur masa. Tetapi mungkin berbeza di setiap negara mengikut saiz lilin standard.



Di China, pernah diperkenalkan dengan jam yang menggunakan mekanisme air seperti di atas. Tak pasti bagaimana menggunakannya. Mungkin boleh  kita andaikan air mengalir dari atas ke bawah mengikut hukum graviti. Ntah la labu.. haha!

Yang lain-lain kebanyakannya menggunakan peralatan mekanikal berevolusi sehingga menjadi apa yang kita gunakan pada hari ini.


Ada sesiapa yang ada stok Orient Submariner untuk dilepaskan?

Yang seperti di atas ini atau seperti yang di bawah ini

Kalau boleh nak yang full set kotak dan manual & warranty. Thanks!

Sunday, August 21, 2011

Rolex & Rolex stail

Jenama Rolex cukup sinonim dengan dunia horology. Design Rolex sentiasa menjadi ikutan sesetengah pengeluar jam tangan.




Contoh yang terkenal ialah jenama Titoni ini.



Dari segi rim dan kedudukan day date jam Titoni Cosmo King 14K rim ini dapat dikesan DNA Rolex pada jam.


Turut menjadi pengikut ialah Orient. Bukan setakat rekabentuk ini, malah reka bentuk Rolex Submariner turut menjadi inspirasi Orient ni.




Tidak ketinggalan, jenama Mido turut mencuba design Rolex ni dalam strategi pemasaran mereka. Ternyata, Rolex boleh menjadi kayu ukur dalam persaingan dari segi design yang menjadi pujaan peminat jam dunia horology ini.

Friday, May 6, 2011

Preview: Casio Predator??

Casio Predator ni gelaran yang aku bagi. Bukan nama sebenar jam ni.. Nama jam ni yang sebenarnya ialah Casio Riseman.

Design dia seakan-akan mulut predator tu yang menyebabkan aku mengelarkan jam ni sebagai Casio Predator.


Dalam siri G-Shock, ada fungsi Altimeter, Barometer & Thermometer di samping fungsi asal dia ialah penunjuk waktu, hari, tarikh & chronograph.


Warna hitam menjadi buruan berbanding warna lain.


Ada lembaga pepatung kat caseback dia.. wakaka!! Pertama kali tengok jam ni kat internet, terus suka!!


Ada backlight yang terang. Boleh jadi lampu suluh ni, kalau tetiba black out kat rumah.
Kesemua gambar jam di atas ialah gambar ihsan yang dipinjam dari internet. Rasanya, sesekali kita melilitkan jam digital Casio G-Shock kat tangan pun syok jugak!!


Monday, March 28, 2011

Yang mana satu homage, yang mana satu asal?

Certina DS-3 & Seiko White Samurai.

Ada sapa-sapa yang tau pasal ni? Pada aku, dua jam ni kelihatan sangat sama. Mungkin homage kepada salah satu jam di atas. Dari segi design date, dial, kedudukan crown, casing dan bracelet kelihatan amat sama. Certina DS-3 yang homage kepada Seiko Samurai, Seiko samurai yang homage kepada Certina DS-3?

Apa yang salah kat gambar ni?

Kalau tuan bijak laksana, cuba tengok gambar, cari salahnya..?? (Pantun 3 kerat ni agaknya ye?)

Kuiz ini terbuka kepada semua pembaca blog Sukajam. Hadiahnya seutas jam tangan Seiko 5 7s26. Jika dapat menjawab dengan betul, boleh tuntut hadiah di kedai jam berhampiran, kalau tauke tu nak bagi free la.. hehe!! Gurau je beb.

Meh rileks-rileks sambil uji minda cari kesilapan gambar di atas ni.

Klu: "Matahari"

Monday, March 21, 2011

Seiko Samurai Exchange Bezel

Apakata kita tukarkan bezel samurai hitam dan putih macam gambar di bawah ni..
Perhatikan Seiko Samurai Dial Putih dan Hitam. Setelah bezel saling bertukar, inilah hasil yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama. Nampak sangat cantik bila Black Samurai memakai bezel samurai putih dan White Samurai memakai bezel samurai hitam..
Waaahhh!!! Ayam Goreng!!!! (Dialog Upin & Ipin)
Maaf ye.. dalam artikel blog aku sangat banyak yang berkisar tentang Seiko Samurai. Pada mata aku, Seiko Samurai merupakan jam diver's yang mempunyai design yang sangat cantik berbanding Seiko Diver's yang lain. Ala-ala design Kereta Kebal Tempur (Battle Tank). Itu pasal la..

Wednesday, March 9, 2011

Horology for Unity: Jam dan Penajaan Sukan

Sejak dahulu, jam sering menaja acara-acara sukan yang besar di dunia terutama yang melibatkan catatan masa. Contohnya di Sukan Olimpik, sukan bermotor, renang dan sebagainya.
Seiko dengan megahnya bergaya dengan catatan manusia terpantas di dunia, Usain Bolt.

Omega turut bergaya disamping catatan UsainBolt.

Oris dengan tajaan sukan Formula satu (F1) kepada pasukan Williams.

Tissot turut menaja acara sukan bermotor.

Tissot dengan kejohanan MotoGP.

Rolex gah dengan status sukan mahal golf!!


Omega pun turut menaja sukan golf.

Identiti sesuatu sukan banyak memberi impak terhadap jenama jam. Kemegahan, kemashyuran, kepantasan, ketepatan dan kejituan.

Thursday, January 13, 2011

Horology for Unity

Lama dah sebenarnya aku nak pakai baju ni kat blog.
Cuma masa je tak mengizinkan. Baju ni aku gayakan dengan jam kegemaranku. Seiko Chronograph 6138-8020 A.K.A Seiko Panda.

~Horology For Unity~