Pages

Showing posts with label Casio. Show all posts
Showing posts with label Casio. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

Tali Jam Casio JP-200

 Sebulan menunggu tali jam Casio JP-200 ni sampai. Gelisah takut tak sampai disebabkan perjalanan nya dari Argentina kena melalui Itali dahulu. Risau tertinggal kat Itali.

Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya kerana seller hanya menghantar menggunakan pos daftar sahaja dan free postage. Ambik masa seminggu jugak deal harga dengan seller, cekik seller sampai harga terendah yang dia sanggup bagi.

Akhirnya, jam Casio JP-200 aku ada tali jam baru!

Friday, April 12, 2013

Casio BP-120

Casio BP-120 Blood Pressure Monitor yang menjadi buruan peminat tegar jenama Casio. Telah menjadi sejarah dan telah dihentikan pengeluarannya. Merupakan keluaran selepas Casio BP-100. Namun jam ini cuma mempunyai fungsi jam dan blood pressure monitor sahaja. Berbanding abangnya Casio BP-100 yang lebih advance seperti mempunyai fungsi alarm, lampu dan stopwatch selain fungsi asasnya iaitu masa dan blood pressure monitor. Bacaan yang agak baik dan agak hampir dengan bacaan alat blood presure yang sebenar. Tali jam original aku simpan untuk mengelakkan tali jam rosak dan terputus. Jadi aku gantikan dengan tali getah yang lain.

Tentu sahaja perkataan Japan yang tertera di caseback ini yang menjadikan jam Casio ini dianggap sebagai lagenda. Kerana rata-rata jenama Casio masakini dipasang di Thailand dan China. Seronok juga mencuba fungsi blood pressure jam ini. Boleh mengetahui keadaan blood pressure pada bila-bila masa dengan meletakkan hujung jari di panel sensor jam. Pada skrin jam ini tulisan jepun sebelah kiri bermaksud systolic manakala sebelah kanan bermaksud diastolic. Agak berlainan berbanding jam Casio BP-120 milik saudara Asmar Dunia jam seperti link ini Casio BP-120

Kek hari jadi isteri tercinta bertemakan siri kartun kanak-kanak Tayo The Little Bus. Yang seronoknya bila melihat kek ini ialah anak sulung aku berusia tiga tahun lebih kerana kartun ni memang kegemaran dia. Aku pulak tak sampai hati nak makan kek ni, pasal cantik sangat.

 Hampir menyerupai kartun animasi yang sebenar. Memang sayang nak makan. Tak sampai hati.

Pandangan dari atas, kek nampak kemas dan menarik. Kanak-kanak memang teruja untuk membaham kek ni. Haha! Orang dewasa tengok kek ni memang tak sampai hati nak makan. Haha!! Tapi apa kaitan kek ni dengan Casio BP-120 Blood Pressure Monitor?


Friday, December 14, 2012

Pengenalan: Casio BP-120

Jam Casio BP-120 yang mempunyai fungsi Blood Presure Monitor.. Keseluruhan ialah original. Tak ada manual dan kotak original. Gambar sebelah atas kanan yang macam nak nampak dengan tak nampak tu jam Casio JP-200W.. dengan fungsi Pulse. Jam yang sudah tidak dikeluarkan lagi dan semakin pupus seperti panda.. Harap tidak pupus seperti burung Dodo.. Gambar seterusnya akan menyusul.

Tuesday, September 11, 2012

Review: Casio AnaDigi (Analog & Digital)

 Jam Casio adik aku. Apa yang menarik pada jam ini ialah jam ini ada fungsi termometer. Bacaan pada jam ketika ini di waktu panas terik ialah 35.4 celcius. Panas beb! Pengguna jam ini nampak agak lasak. Boleh tengok pada clar balar pada badan jam. Huhu!

Button kuning tu kalau tak silap untuk kegunaan lap memory. Aku pun tak ingat sangat, walaupun aku pernah tekan-tekan button pada jam ini.

Kat belakang caseback ni kita boleh tahu fungsi pada jam ni. Dari termometer, lap memory, Lampu illuminator, auto light & world time. Canggih walaupun pada harga yang sangat murah.

Mungkin body jam ni bukan stainless steel sepenuhnya. Boleh tengok hakisan pada casing jam ni. Kalau tengok di belakang jam ni pun tertulis stainless steel back. Maksudnya caseback je yang stainless steel. yang Casing atas dia bukan stainless steel.

 Clasp push released macam ni mudah untuk memakai dan membuka tali jam.

Gaya hensem pemakai jam ini. Menggunakan jam jenis bracelet seperti ini yang bagusnya ialah mengekalkan keaslian jam. Jika jam tersebut dipasangkan dengan tali getah atau kulit, tali getah atau kulit ini akan sampai masanya akan rosak dan terputus. Nak cari yang original tu yang payah. Bracelet agak sukar untuk rosak. Yang rosak pun mungkin cuma pin penyambung bracelet tu je kot?

Wednesday, July 25, 2012

Pencipta G-Shock

Kikuo Ibe ialah orang yang menghasilkan jam Casio G-Shock seperti yang kita tengok pada hari ini. Mula mengorak langkah membuat penyelidikan mencipta jam tahan gegaran ataupun tahan hentakan. Bermula apabila beliau menghadapi masalah jam yang selalu rosak. Beliau mula membangunkan projek g-shock ini pada tahun 1981 dan mula produk mula dijual pada tahun 1983. Beliau mula bekerja untuk Casio apabila rekabentuk jam yang diciptanya diterima oleh Casio.

Pernah digunakan oleh pasukan elit Delta Force dalam peristiwa Black Hawk Down yang mana seramai 18 orang askar Amerika terkorban dalam operasi battle of Mogadishu di Somalia serta seorang askar Malaysia turut terkorban dalam operasi menyelamatkan askar Amerika yang terperangkap. Ya, jam Casio G-Shock terbukti dapat digunakan dalam operasi perang sekalipun.

 Rekaan G-Shock yang pertama. Kemudian diikuti dengan pelbagai variasi G-Shock yang lain. 
Boleh rujuk di Duniajam dan Duniajam.

 Casio Frogman!

 Casio Mudman

 Casio Gulfman

Casio Riseman

Ya, Casio G-Shock semakin menjadi lagenda dan terkenal di seluruh dunia. Walaupun ada yang mengatakan Casio G-Shock ialah jam tangan untuk budak-budak, tapi di sebaliknya Casio G-Shock ialah salah satu dari lagenda jam dunia. Siapa sangka jam yang dicipta untuk sektor pembinaan telah mendapat sambutan dari kalangan remaja dan terus menjadi lagenda jam tangan untuk jam yang tahan lasak.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita lipat gandakan amalan kita.

Sumber: IsaacLikes, Blogserius dan Wikipedia

Monday, July 16, 2012

Casio BP-1B

Penemuan mengejutkan aku, pasal aku tak pernah lagi orang review jam Casio BP-1B ni lagi. Kebanyakan kolektor jam Casio akan berbincang tentang jam Casio JP-100, JP-200W, BP-100 dan BP-120 sahaja. Tak pernah lagi aku baca berkenaan Casio BP-1B ni lagi. Bentuk jam ni sangat unik dan menarik kerana lebih tebal dan futuristik. Cewah!

Perbandingan dengan Casio JP-200W dan BP-1B. Tak ada persamaan dari segi fungsi pun kerana JP-200W ni lebih kepada fungsi pulse. Manakala BP-1B untuk fungsi blood presure. Persamaan yang aku nak tunjuk ialah dari segi design memang ada persamaan yang aku kira-kira 40% sama.. Haha!! Aku agak je la..

Cantik dipandang. Sedap dipegang. Saja je nak canang-canang. Mungkin kerana jarang dijumpai, model ini seolah-olah dipandang sepi oleh kolektor Casio tidak seperti abang-abangnya Casio BP-100 dan Casio BP-120. Aku rasa ini merupakan model yang dikeluarkan selepas BP-120 kerana model ini dah menggunakan lampu illuminator. Yang lebih terang dan canggih. Kalau salah tolong perbetulkan aku. Hehe!! Budak baru belajar ni..

 Persamaan dengan Casio JP-200W dari segi caseback ni la. Gambar atas Casio BP-1B.



Yang ni pulak Casio JP-200W. Aku pinjam gambar dari blog Duniajam. Pinjam gambar ye bro DJ. Aku boleh pulak lupa nak ambik gambar caseback jam aku. Nampak tak persamaan tersebut. Dari segi design caseback, kedudukan photo sensor dia, rekabentuk cermin dia, tu yang aku kata persamaan 40% tu.

 Harga permulaan RM899.00 dia letak kat kedai tu. Tertelan air liur aku. Gulp!

 Diletak bersebelahan seperti ini. Memang macam sepupu sepapat je. Namun Casio JP-200W lebih popular berbanding Casio BP-1B ini. Jangan gaduh-gaduh ye?

Berkenan betul aku. Isteri aku pun terpegun dan memuji kecantikan dan keindahan jam BP-1B ni. Jam masih di kedai, namun jika ada yang berminat, boleh hubungi aku sebelum aku rembat untuk koleksi sendiri. Buat masa ni aku belum mampu nak memiliki model ini atas faktor kewangan. Huhu!!

Mengikut seller, jam ni masih ada kotak dan manual, masih berkeadaan baru namun aku perasan tali jam dah ditukar dengan tali yang baru. Mungkin tali yang asal dah lusuh dan berminyak! Lama sangat dipampang di kedai.

Monday, July 2, 2012

Casio BP-1-1

Ada sapa-sapa yang tau maklumat mengenai jam ni? Boleh tinggalkan maklumat tu di ruangan comment di posting ni.. Terima Kasih kerana sudi berkongsi maklumat.

Monday, March 12, 2012

Not For Sale: Casio JP-200W

Sebelum ini aku sudah memiliki sebuah jam JP-200w ini daripada saudara Asmar Duniajam. Namun tidak lama berada di dalam simpanan. Baru-baru ini, aku terjumpa jam ini dilelong di dalam ebay dan aku cuma suka-suka membida jam ini hanya pada harga yang sangat minimum dan tanpa disangka menang bidaan kerana tiada siapa yang membida jam ini di ebay. Dan dengan berat hati, aku terpaksa membayar jam ini pada orang Jepun dan telah sampai di tangan aku pada hari ini. Rasa berat hati juga nak bayar pasal dalam gambar ebay tersebut keadaan jam agak teruk dan calar balar! Huhu!


Pengajaran, jangan sesuka hati kita je nak bida kat ebay kalau taknak beli betul-betul!!




Tetapi setelah sampai ke tangan aku, jam ini berkeadaan dalam kondisi yang sangat baik. Hati aku ceria kembali, umpama budak-budak tengok channel Astro Ceria!! Tapi ada la calar sikit-sikit sahaja pada cermin display. Buku module casio JP-200w itu sebenarnya aku dapat daripada saudara Asmar dan bukan bersama dengan jam, jam tersebut pula dari seller ebay dari Jepun. Keadaan buku agak usang, bak kata isteri aku, macam manuskrip lama.



Macam ni lah keadaan jam yang dihantar bersama kotak jam yang agak selamat! Aku puas hati dengan servis dia. Ada juga hadiah sampingan yang disertakan seperti makanan coklat Kit Kat keluaran Jepun diletak bersama. Pergh!! Walaupun aku bayar jam pada harga yang sangat murah, seller ebay dari Jepun ini cukup bermurah hati dengan memberikan aku ole-ole dari Jepun tersebut. Aku tak makan, pasal takda logo halal! Hahaha!! Aku bagi pada cikgu yang mengajar Pemasaran kat Institut tempat aku bekerja untuk tujuan dia mengajar di kelas. Ada masa aku letak kat blog. Lupa pulak mintak balik dari dia untuk snap sekeping dua gambar untuk kenangan!


Manual dari saudara Asmar. Thanks bro! Kerana menjaga "manuskrip" ini dengan baik! Haha!!



Cara membaca Pulse Meter juga disertakan.

Juga di sertakan kad warranty yang dah tamat tempoh dari kedai jam di Perlis.



Untuk rekod, jam JP-200w ini juga ada dikeluarkan di Malaysia. Tetapi warna Aerobic Zone pada display tidak berwarna merah jambu seperti buatan Jepun ini. Ini yang membezakan buatan Malaysia dengan buatan Jepun.



Jam yang baru sampai di tangan aku ini cukup baik dan berfungsi seperti yang diharapkan. Aku cukup puas hati dengan jam ini. Jam sebelum ini JP-200w aku ada tanda pecah di lug. Jam ini nampaknya agak tegap sikit plastiknya. Bodu cukup sempurna sifat. Cuma aku perlu cari tali Casio 18mm untuk mengCASIOkan sepenuhnya jam ini. Kalau ada tali original Pulse Meter Casio ni lagi elok!!


Next, mungkin memburu Casio BP-120..?

Friday, May 6, 2011

Preview: Casio Predator??

Casio Predator ni gelaran yang aku bagi. Bukan nama sebenar jam ni.. Nama jam ni yang sebenarnya ialah Casio Riseman.

Design dia seakan-akan mulut predator tu yang menyebabkan aku mengelarkan jam ni sebagai Casio Predator.


Dalam siri G-Shock, ada fungsi Altimeter, Barometer & Thermometer di samping fungsi asal dia ialah penunjuk waktu, hari, tarikh & chronograph.


Warna hitam menjadi buruan berbanding warna lain.


Ada lembaga pepatung kat caseback dia.. wakaka!! Pertama kali tengok jam ni kat internet, terus suka!!


Ada backlight yang terang. Boleh jadi lampu suluh ni, kalau tetiba black out kat rumah.
Kesemua gambar jam di atas ialah gambar ihsan yang dipinjam dari internet. Rasanya, sesekali kita melilitkan jam digital Casio G-Shock kat tangan pun syok jugak!!


Tuesday, September 7, 2010

Pantai Kuala Oya

Ni gambar aku ambik sebelum aku balik kampung untuk berhari raya. Sempat jugak merasa makanan di pantai Kuala Oya, Mukah ni. Tempat ni menjadi tumpuan kerana menyediakan makanan laut (seafood) yang segar dan sedap. Dan selalu menjadi tempat majlis perpisahan staf-staf. Haha!! Nostalgia jugak tempat ni. Zaman bujang dulu menjadi tempat makan selepas dapat gaji hujung bulan.. hehe!!
Selera Hujung Kampung Nama tempat ni. menjadi tarikan kerana kedai makan yang berdekatan betul dengan tepi pantai. Terasa angin-angin laut dan bunyi ombak memecah pantai.. (mcm bunyi lagu Alleycat jerk..)
Ops!! Terambik pulak gambar keta kecik aku. Aku pakai Viva je. Keta aku beli zaman bujang-bujang. Hahaha!!

Ni pulak kedai makan depan kedai makan yang tadi

Ni le pantai yang dimaksudkan.. Pantai ni betul-betul berada di muara sungai Oya.


Banyak pulak batang balak tersadai kat pantai.. Aik, jam sapa pulak tertinggal kat sini?

Aik? Ni jam Casio JP-200W ni.. Cuma ada kat blog Duniajam je ada ni..
Kenapa la ada insan yang sampai hati tinggalkan jam rare ni kat sini..
Baik aku try pakai kat tangan.. Tu dia ombak-ombak kecil...

Pemandangan sewaktu senja..