Pages

Showing posts with label Seiko Diver Monster. Show all posts
Showing posts with label Seiko Diver Monster. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Sold: Seiko Monster Orange 7s26 (RM600) Nego





  • Caliber: 7S26
  • Movement: Automatic
  • Cermin: Convex hardlex yang mengurangkan reflektif
  • Bezel: Bezel unidirectional yang tebal & solid
  • Bracelet/Strap: Solid stainless steel bracelet
  • Water resistance: 200 meters
  • Diameter casing: 42mm
  • Ketebalan casing: 13mm
  • Ketebalan bracelet: 20mm
  • Tahun keluaran: Januari 2008 (810116)
Jam terpakai. Lengkap dengan Kotak, kad warranty & manual.. Lebihan link yang terpakai pun masih ada lengkap..
Jam ni milik rakan saya yang ingin let go koleksi dia atas sebab-sebab tertentu. Harga masih boleh kaw tim..

Sold to Norsazwan Alor Gajah Melaka. Thanks bro..

sms/whatsapp: +60138489441 (Rizal)

Monday, August 6, 2012

New Seiko Monster

Terdapat dalam pelbagai versi SRP307K1, SRP309K1, SPR311K1, SRP313K1, SRP315K1.

Aku minat pada SRP313K1, disebabkan marker dengan garisan merah tu. Tapi sayangnya, model tersebut menggunakan tali getah sahaja. Kena beli bracelet monster lain pulak dalam RM150-RM200 kalau nak kenakan model tu dengan bracelet... Hmm.. kos lagi. Kalau model yang dah sedia pakai bracelet, nak pakai tali getah takde masalah sangat nak beli tali getah Seiko Diver, dalam lebih kurang RM50-RM60 sahaja.

Model SRP311K1 pun cantik jugak dengan PVD coating seluruh jam.. Iras-iras Night Monster JDM tu.
Beza jam ni berbanding Seiko Monster lama ialah dari segi movement menggunakan caliber 4R36 yang boleh hack & wind! Tahniah! Mempunyai 24 jewels. Seiko akhirnya mendengar keluhan pencinta jam mengenai kekurangan yang ada pada caliber 7SXX.
Seiko Monster dengan marker yang meruncing tajam!

Rupanya caliber 4R36 ini juga dah dipasang pada model Seiko 5 Sport!

Walau bagaimanapun, model lama tetap mempunyai nilainya tersendiri. Mungkin 10 tahun yang akan datang, model monster yang menggunakan caliber 7SXX ini bakal dicari oleh penggemar jam yang baru?

Sunday, March 6, 2011

Preview: Seiko Snow White?

Sebenarnya gelaran untuk jam ini ialah Seiko Snow Monster. Dikatakan keluaran terhad (Limited Edition) khas untuk pasaran Amerika Syarikat (USA) terbaru tahun 2011.
Sebelum ini, Edisi Terhad Seiko Monster kita hanya tahu keluaran berwarna biru, merah dan kuning sahaja pada asalnya. Kini terdapat dalam warna hijau dan putih. Warna hijau dikatakan khusus untuk pasaran Thailand. Entah kenapa Malaysia tidak terpilih untuk menerima Seiko Diver Edisi Terhad. Kalau ada pun nanti, aku rasanya mesti dial yang berwarna belang merah putih dengan gabungan warna biru dan kuning. Macam mana tu ye? Lagi hebat kalau digandingkan warna Harimau Malaya belang kuning dan hitam. Siapa-siapa yang rapat dengan dealer Seiko ni, boleh utarakan cadangan ini. Mana tahu, dapat jugak rakyat Malaysia menikmati edisi terhad Seiko Monster ini ni ye?

Boleh didapati di ebay. Keistimewaan jam ni ialah font di bezel berwarna biru. Dial putih dengan chapter/inner ring biru belang putih. Nampak jam ini seperti aiskrim kerana seperti sejuk sahaja. Cyclop pada day/date dia. Hanya terdapat 2555 unit sahaja dikeluarkan di dunia ini. Nampaknya, Seiko Red Monster dan Yellow monster masih gah dalam kelas Edisi Terhad Seiko monster dengan keluaran cuma 1313 unit dan 313 unit sahaja masing-masing.

Kotak edisi Terhad, boleh klik ebay untuk membeli atau saja cuci-cuci mata.

Yang lain pada aku sama je. Bracelet stainless steel & movement kapcai 7S36B 23 jewels (istilah thetick-thetick hehe!!!). Tiada keistimewaan yang lebih sangat pun. Harga? Mau kena RM3K beb!! Movement 7s26 dengan harga RM2.8K? Berbaloi ke? Berbaloi kepada yang sukakan kelainan dan yang penting tertulis Limited Edition. Satu kepuasan kepada pemilik dan penternak jam Limited Edition!!! Kepada pencinta movement, mungkin sangat tidak berbaloi. Hanya kerana Cyclop dan perkataan merah Limited Edition, harga mencanak naik berganda.. Perrgghhh!!!

Gambar aku save as je dari ebay.. Saja je nak tambah post.. Nanti sunyi pulak blog ni. hehe!!

Simpan gambar pun jadilah kalau tak dapat jam nya.

Kotak & warranty kad yang mempersonakan. Err.. rasanya jam ni dipasang di China kot? Tengok kotak Seiko warna biru tu.. Satu lagi kelemahan jam Seiko Diver keluaran terkini tidak lagi dipasang di Jepun. Mungkin dipasang di China atau Singapura. Hmmm... Nampaknya Jam Seiko Diver Vintage akan tetap diminati dan diburu untuk masa-masa yang akan datang.

Lawa betul kotak jam ni. Ada siapa-siapa yang ingin mendermakan aku RM3K untuk aku beli Seiko Snow Minster ni? Sangat dialu-alukan. Budi baik kalian akan terus dikenang.. hehe!! Cis!!!
Simpan gambar je la..

Thursday, December 16, 2010

Seiko Diver Monster

Kalau korang ada Jam Seiko monster dial oren & Hitam, sesekali korang boleh tukar dial dia macam ni.. Nampak lawa pulak. Tapi dah mcm seiko 5 neo-monster pulak. Kalau yangboring-boring kat umah, tengok ada jam monster oren & hitam ni, boleh la tukar dial dia. Err.. sanggup ke nak bukak caseback jam Seiko Monster yang baru ni..?? huhuhu... (kalau aku tak sanggup..hehe)
Gambar ihsan
Aku agak busy sekarang ni, tak jumpa lagi jam-jam yang baru untuk dikongsi bersama di blog ini. Insya Allah, tahun hadapan aku akan cuba aktif balik dengan memaparkan jam-jam lain pulak.
Horology for Unity..

Wednesday, November 10, 2010

Seiko Monster Automatic 7s26

Seiko Monster Diver 200m Automatic
Seiko diver monster ini merupakan salah satu Seiko Diver yang mesti simpan bagi peminat Seiko Diver. Ini kerana terdapat kepelbagaian warna yang menjadi buruan kolektor.
Terdapat 5 jenis warna yang terdapat di pasaran. Tetapi kebiasaanya kita akan jumpa warna oren dan warna hitam di pasaran. Warna kuning, merah dan biru memerlukan sumber kewangan yang sangat besar untuk mendapatkannya kerana warna tersebut merupakan edisi khas dan edisi terhad.
Bagi yang monster mania, gambar di atas dapat menerangkan bagaimana tarikan Seiko Monster ini kepada salah seorang kolektor Seiko Diver. Sangat seronok untuk memiliki Seiko Monster kerana jam ini sangat selesa berada di pergelangan tangan.

Tuesday, March 2, 2010

Seiko Diver Orange Night Monster (SOLD)

Kotak apa ni?
Kotak Jam Seiko Rupanya...
Lawa betul kotak nya... Hmmm... Saspen, saspen...
Warghhh!!! Orange Night Monster??!!!! Warghhh!!! Menangis kegembiraan!!!
Warranty kad & manual dalam bahasa Jepun? Warghh!!!
Ini model Japan Domestic Market (JDM) ni..
Mana nak cari kat kedai..
Cuba bandingkan dengan orange monster aku..
Sama jer...
Bandingkan dial dia.. Haa... baru ada perubahan..
Bezanya ialah Perkataan Scuba & Diver.. Tengok betul-betul!!!
Day pun lain. Jangan risau, ada Day English punyer la.. Hahaha!!
Warna oren Seiko Night ini juga nampak lebih gelap warna oren dia.

Masih ada sticker.. Memang sah new brand..
Scuba 200 meter!! Garang je rupanya.. Menonjol font putih dia tu..
Polished finishing semua.. tak wujud brushed finishing..
Berkilat semua beb!!!




Maklumat mengenai jam ini

Sape yang terliur, boleh contact saya: 013-8489441

New Owner: Rafael, Kuala Lumpur

Tuesday, January 5, 2010

Seiko Orange Monster (SOLD)

Inilah dia jam tahun baru aku..
Orange Monster!!!
Satu koleksi wajib yang menjadi buruan penggemar jam-jam diver!!
Beli 2nd hand jer, tp condition macam baru beli dari kedai..
Takde calar langsung!!
Tuan sebelum ni pakai sekali je..
Dapat menyelam 200meter.. Memang handal nih!!
Smart di tangan, selesa, berat dan tegap...

Wow.. Berkilau & bersedia untuk menyelam..
Menepati masa!! Maklumlah jam baru!!
Lambang ombak Tsunami yang menggerunkan..
No siri jam ni 810116
Maksudnya, dikeluarkan pada Januari 2008!!
Bezel yang unik, tegap dan berkilau!!

Clasp yang sukar untuk tertanggal, tp mudah untuk menanggalkannya..
Aku suka guna bracelet berbanding tali kulit.
Bracelet senang nak pakai, tali kulit nak cari lubang dia yang leceh.
Terutama kalau dah lewat nak pegi kerja..

Ni dia kotak dia..
Dah macam UFO pun ader!!


Simpan baik-baik dalam kotak dia.

Ada lagi warranty...
Tarik beli 30hb Oktober 2009!!

Entah kenapa rasa sayang lak nak pakai.
Takut calar kot?
Ye lah, jam 2nd, tp takde calar langsung! Tu yang sayang nak pakai..
Kalau jam aku yang beli baru, memang rasa nak pakai terus.. huhuhu!!!
Entah bila aku nak pakai jam ni ye? Emm... Hehe!!!
Jodoh jam ini: Mr Kamal Or Art