Digelar SEIKO monster The Sun Limited Edition SRP459K1. Berbeza dengan model yang biasa, Limited Edition ini ditambah dekorasi matahari pada dial dan cyclop pada cermin. Sangat menarik..
Ala-ala Rolex. Aku sangat suka pada jam yang ada cyclop pada cermin.. Tarikh dan hari nampak besar sedikit. Jam pun nampak mewah. Namun ada juga yang tidak gemar pada cyclop kerana menyebabkan permukaan cermin jam tidak rata.
Inilah set Seiko Diver Limited Edition edisi khas Seiko Monster. Hanya terdapat di pasaran Thailand. Siapa yang selalu contact Thongsia, sila tanyakan bila Seiko Malaysia nak keluarkan edisi khas seperti ini?
http://www.ebay.com.my/itm/SEIKO-monster-The-Sun-Limited-Edition-SRP459K1-/171391427684?pt=LH_DefaultDomain_0&hash=item27e7b9a464
Blog ini khusus untuk memaparkan koleksi jam yang saya dapat dpd sahabat yang mempunyai minat yang sama dengan saya. Ada jam yang untuk preview, dan ada yang untuk dijual. Jika berminat jangan segan silu untuk hubungi saya. Call/sms: 013-8489441 e-mail: rizal_rejli@yahoo.com
Showing posts with label Seiko Diver. Show all posts
Showing posts with label Seiko Diver. Show all posts
Monday, August 11, 2014
Tuesday, September 3, 2013
Seiko Diver Limited Edition
Ni gambar aku ambik masa kedai jam dah nak tutup. Tak sempat nak mintak keluarkan nak pegang & amik gambar elok-elok. Ada masa nanti aku ambik gambar elok-elok. Rasanya harga dia sebut masa ni dalam lingkungan RM1200 lebih kot? Dia pun tak pasti. Kalau ada sesiapa yangberminat, aku boleh tolong belikan. Cuma sms saya. Kedai ni bukan jual jam sahaja. Tapi barang-barang elektrik. Nak beli mentol lampu tidur sahaja sebenarnya, tiba-tiba mata terpaku tengok jam ni, rasa dipanggil-panggil. Haha!
Monday, August 6, 2012
New Seiko Monster
Terdapat dalam pelbagai versi SRP307K1, SRP309K1, SPR311K1, SRP313K1, SRP315K1.
Aku minat pada SRP313K1, disebabkan marker dengan garisan merah tu. Tapi sayangnya, model tersebut menggunakan tali getah sahaja. Kena beli bracelet monster lain pulak dalam RM150-RM200 kalau nak kenakan model tu dengan bracelet... Hmm.. kos lagi. Kalau model yang dah sedia pakai bracelet, nak pakai tali getah takde masalah sangat nak beli tali getah Seiko Diver, dalam lebih kurang RM50-RM60 sahaja.
Model SRP311K1 pun cantik jugak dengan PVD coating seluruh jam.. Iras-iras Night Monster JDM tu.
Beza jam ni berbanding Seiko Monster lama ialah dari segi movement menggunakan caliber 4R36 yang boleh hack & wind! Tahniah! Mempunyai 24 jewels. Seiko akhirnya mendengar keluhan pencinta jam mengenai kekurangan yang ada pada caliber 7SXX.
Rupanya caliber 4R36 ini juga dah dipasang pada model Seiko 5 Sport!
Tuesday, February 14, 2012
Seiko 7S35 Automatic Divers 200m SS
Ada yang menggelar jam ini sebagai jam LandShark. Macam nama watak filem KL gangster. Malah ada yang menggelarkan jam ini sebagai Seiko 4WD. Sebab kelihatan lasak seperti kenderaan pacuan empat roda 4WD. Apa-apa la.. Seiko biasanya tak kisah kita nak gelarkan apa pun.

Wednesday, January 5, 2011
Seiko Diver's 200m 23 Jewels
Rasanya dah lama aku tak review jam. Maklumlah dengan kesibukan sekarang, nak meninjau jam pun dah takda masa.
Errkk!! Cuba tengok kat inner bezel tu.. "Lari" sikit la dari pada marker pukul 12 tu.. adoi!! Takpa, perkara kecil ja.. boleh selaraskan balik nanti.. Janji movement 7S36 23 jewels dah masuk dalam koleksi aku. What next? Movement 6R15??!!
untuk lebih aksi panas jam ni sila klik:
Nantikan kemunculan jam ini dengan keadaan originalnya pula nanti!!
Wednesday, April 28, 2010
Samurai vs Diver 6105-8110
Hmmmm....
Entah la Labu..
Kedudukan crown juga sangat berbeza...
6105-8110 berada di pukul
4 manakala Samurai berada di pukul 3
6105-8110 mempunyai crown guard, manakala Samurai tidak memerlukan crown guard.
Dari sudut ini juga sangat berbeza. 6105-8110 berbentuk cushion case, manakala Samurai mempunyai bentuk casing yang unik & nampak lebih muda.
Lambang ombak Tsunami pada caseback Samurai, manakala 6105 tiada logo ombak Tsunami..
Persamaan yang membuatkan aku suka kedua-dua jam ini ialah kedua-dua jam hanya mempunyai tarikh di pukul 3.
Jam 6105-8110 ini sangat lah selesa digunakan, lebih nipis berbanding 6309-7040.
Corak bezel yang begitu unik sekali dan sangat berbeza dengan design Seiko diver yang lain. Ini juga salah satu ciri-ciri Samurai yang berjaya menambat hati peminat jam di seluruh dunia untuk mendapatkan seketul Samurai untuk disimpan...
Entah la Labu..
6105-8110 berada di pukul

6105-8110 mempunyai crown guard, manakala Samurai tidak memerlukan crown guard.
Jam 6105-8110 ini sangat lah selesa digunakan, lebih nipis berbanding 6309-7040.
Monday, February 8, 2010
Gandingan Tiga Generasi Diver!!
Ini merupakan koleksi terbaik aku setakat ini!!
Umpama penyerang Manchester United (Rooney, Owen & Berbatov) cewah!!
Tiga generasi yang berbeza, enjin yang berbeza, bentuk yang berbeza tetapi untuk satu tujuan!!
MENYELAM!!!
Orange Monster dengan gaya yang gagah perkasa dan berani.
Turtle Hitam dengan gaya hitam klasik tersendiri.
Turtle Kuning yang nampak riang.
Gabungan pelbagai warna sebegini merupakan pilihan utama aku dalam mencari koleksi jam.
Sesekali, ingin juga bergaya dengan pelbagai warna dial jam apabila turun bekerja.
Seiko Diver 6309-7290 (SOLD)
Seolah-olah baru selepas refurbished!!
Dijual dengan seadanya. Warna kuning sebegini agak sukar ditemui.
Mungkin spesis yellow monster?
Wakaka!!!
Boleh sms: 0138489441
email: rizal_rejli@yahoo.com
Pemilik Baru: Mohd Nor, Bt Cave
Wednesday, January 27, 2010
Seiko Diver 7002-7001 Pepsi Bezel (SOLD)
Jam wajib untuk pengumpul-pengumpul jam-jam Diver
Kedalaman 150m jelas tertera di Dial jam ni.
Sebenarnya jam ni jam lama.
No siri 550692
Dikeluarkan pada Mei 1995 unit yang ke-692..
Tetapi telah menjalani refurbished.
Kelihatan baru dengan dial, hand, dan crown yang baru.
Enjin telah servis dan pergerakan jam seolah-olah jam baru
Look New after refurbished!!
Nak let go kepada sesiapa terutama peminat Diver atau yang baru berkenalan dengan jam2 Diver.
Dengan Bezel Pepsi ini, boleh menawan hati sesiapa sahaja.
Enjin 7002-7001 berjalan dengan begitu baik dengan power reserve yang tidak mengecewakan.
Hampir tiada calar dengan muka dial yang bersih dan jarum jam baru aftermarket!!!
Seolah-olah jam baru dan sangat berbaloi dengan harga!!!
Water resistant telah diuji dan LULUS cemerlang!!!
Ujian ketahanan belum dibuat!! hehe!!
Boleh contact untuk rundingan harga PATUT!!
Jangan ketinggalan untuk memiliki satu 7002-7001 ini untuk koleksi Diver anda!!!
Sms: 013-8489441
emel: rizal_rejli@yahoo.com
Pemilik Baru: Bro Barrat Osama, Selangor (tq kepada pembayaran yg sepantas Usain Bolt!!)
Monday, January 11, 2010
Tuesday, September 1, 2009
SEIKO DIVER BLACK DIAL 6309-7290 (SOLD)
Salah satu koleksi wajib bagi pengumpul jam-jam vintage!!!
Logo Seiko Diver pada tali getah
Spesifikasi Jam
Dial: Sporty Seiko Black Dial dengan Day/Date
Marked Seiko Automatic Water 150 meter resist
Enjin: Automatik 6309-7290 (High Grade Seiko cal. 6309A 17 Jewels)
Condition: Berjalan dengan begitu baik (sudah diservis) Masa tepat!!!
Bezel: Boleh dipusing dengan baik
Diameter: 42mm dengan crown (45mm lug ke lug)
Strap: Original Seiko Rubber Strap
Crystal: Mineral glass tiada kesan calar!!!
Crown: Jenis skru ( seperti crown jam Rolex)
Jam Seiko Diver ini rare dengan movement 6309-7290...
Crown: Jenis skru ( seperti crown jam Rolex)
Jam Seiko Diver ini rare dengan movement 6309-7290...
Dan diingatkan, model enjin ini tidak sama dengan model Seiko Diver yang lain yang menggunakan enjin 7S26 dan 7S36 buatan Singapura yang lebih murah..
Pernah saya servey model 7S26 & 7S36 dijual dengan harga RM700++ untuk model baru di pasaran.. Kena berhati-hati beli Jam Seiko Diver ni..
Boleh sms/email untuk rundingan harga!!
Pemilik Baru: Abd Halim Abdullah, Cheras
Subscribe to:
Posts (Atom)