Pages

Showing posts with label *Not For Sale. Show all posts
Showing posts with label *Not For Sale. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Preview: Titoni Airmaster

 Salah satu jam yang pernah menjadi impian aku.

 Salah satu sebab terbesar ialah jam ni cuma ada fungsi date selain fungsi waktu dia la.. Date pulak diserikan dengan cyclop segi empat.

 Bracelet dia pada aku jugak menarik.

 Crown bertanda bunga sakura.

 Cermin yang agak tinggi.

 Clasp yang bertanda Titoni jenis klip sahaja.

Gambar terbaik hari ini.. Sapa yang berak pada malam hari dan pagi hari, bolehlah cuba mintak kerja ni.. haha!!

Wednesday, July 4, 2012

Big Ben Westclox

Jam Loceng kawan aku. Masih berfungsi dengan baik dan menepati masa

 Bunyi boleh adjust. Nak slow ke, nyaring ke. Tapi tak sekuat bunyi jam loceng Made In China yang boleh menyebabkan sakit jantung pagi-pagi buta tu.. Bunyi cukup ok untuk membolehkan kita bangun tido.

Yang buat dia mahal sikit, tulisan made in USA. Jauh harga dia banding dengan Made In China.

Wednesday, April 25, 2012

Koleksi Syiling

 Pada bulan Januari yang lepas, Bank Negara Malaysia mengedarkan syiling yang baharu generasi ketiga di pasaran. Dan dengar khabarnya, syiling generasi ketiga akan ditarik balik dari pasaran secara beransur-ansur. Maka timbullah minat di hati untuk menyimpan syiling generasi pertama dan kedua Malaysia.
Buat permulaan, aku beli sampul syiling peringatan syiling generasi kedua dan ketiga. Rindu pulak nak pegang syiling RM1 kaler emas generasi kedua tu.

 Yang menariknya dibuat seperti album dan syilig dapat dilihat dari muka depan dan muka belakang.

 Spesifikasi syiling dan maksud ukiran di muka belakang syiling juga diberi. Bahan untuk syiling generasi kedua ni kebanyakannya menggunakan logam nikel berbanding syiling 10sen dan 5sen generasi ketiga sekarang cuma stainless steel.

Syiling generasi ketiga pun aku tak lupa nak beli dan simpan. Tapi tak bestnya, ada empat ketul je syiling; 50 sen, 20 sen (dua-dua kaler emas), dan syiling 10sen dan 5 sen, dua-dua menggunakan bahan stainless steel ja.. Ringan pulak tu..
Lepas ni aku cuma cari koleksi syiling dari tahun 1967 hingga 2012 dan disimpan di dalam coin album untuk rujukan anak cucu aku nanti. Insyaallah.. hehe!!

Tuesday, February 14, 2012

Seiko 7S35 Automatic Divers 200m SS

Ada yang menggelar jam ini sebagai jam LandShark. Macam nama watak filem KL gangster. Malah ada yang menggelarkan jam ini sebagai Seiko 4WD. Sebab kelihatan lasak seperti kenderaan pacuan empat roda 4WD. Apa-apa la.. Seiko biasanya tak kisah kita nak gelarkan apa pun.

Terdapat dua crown yang sangat besar dan sangat menonjol. Sangat sporty untuk dililit pada tangan penyelam scuba. Tarikh diletakkan pada pukul 4, seperti Seiko "Dilot" 4R15. Chapter ring seperti Seiko 5 Atlas.



Jam agak berat memandangkan material jam ini ialah stainless steel, logam anti karat.


Seperti kebiasaan, logo tsunami ini sinonim dengan jam Seiko Diver's.