Pages

Wednesday, July 25, 2012

Pencipta G-Shock

Kikuo Ibe ialah orang yang menghasilkan jam Casio G-Shock seperti yang kita tengok pada hari ini. Mula mengorak langkah membuat penyelidikan mencipta jam tahan gegaran ataupun tahan hentakan. Bermula apabila beliau menghadapi masalah jam yang selalu rosak. Beliau mula membangunkan projek g-shock ini pada tahun 1981 dan mula produk mula dijual pada tahun 1983. Beliau mula bekerja untuk Casio apabila rekabentuk jam yang diciptanya diterima oleh Casio.

Pernah digunakan oleh pasukan elit Delta Force dalam peristiwa Black Hawk Down yang mana seramai 18 orang askar Amerika terkorban dalam operasi battle of Mogadishu di Somalia serta seorang askar Malaysia turut terkorban dalam operasi menyelamatkan askar Amerika yang terperangkap. Ya, jam Casio G-Shock terbukti dapat digunakan dalam operasi perang sekalipun.

 Rekaan G-Shock yang pertama. Kemudian diikuti dengan pelbagai variasi G-Shock yang lain. 
Boleh rujuk di Duniajam dan Duniajam.

 Casio Frogman!

 Casio Mudman

 Casio Gulfman

Casio Riseman

Ya, Casio G-Shock semakin menjadi lagenda dan terkenal di seluruh dunia. Walaupun ada yang mengatakan Casio G-Shock ialah jam tangan untuk budak-budak, tapi di sebaliknya Casio G-Shock ialah salah satu dari lagenda jam dunia. Siapa sangka jam yang dicipta untuk sektor pembinaan telah mendapat sambutan dari kalangan remaja dan terus menjadi lagenda jam tangan untuk jam yang tahan lasak.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita lipat gandakan amalan kita.

Sumber: IsaacLikes, Blogserius dan Wikipedia

9 comments:

  1. Antara jam yg paling digemari ramai, termasuklah aku :) Tq for sharing bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kagum dengan jam ni, cukup lasak & pelbagai fungsi tersendiri. Cuma agak terkilan kerana banyak sangat jam tiruan casio g-shock ni hingga membuat orang ramai pandang rendah pada jam ni..

      Ayat biasa didengar pasal jam casio g-shock ni, jam budak2, jam RM10, jam pasar malam.. adoi!!

      Delete
  2. blog serius ea bro...hehehe..saya pon selalu gak mendarat kt sana..besttt

    ReplyDelete
  3. G-shock buat yg arif, tgk skali dah tau ori ker tidak. Golongan ni yg biasanya appreciate G-shock dan boleh story setiap model yg rare & module2 terkini.

    ReplyDelete
  4. Saya bdk baru pakai g shock...nak tanye...blkg bakel pade tali ade tulis casio vietnam...ori atau fake jam tu...
    Mohon kongsi...anda semua baik hati

    ReplyDelete
  5. Saya bdk baru pakai g shock...nak tanye...blkg bakel pade tali ade tulis casio vietnam...ori atau fake jam tu...
    Mohon kongsi...anda semua baik hati

    ReplyDelete
  6. x sangka aku patutla masuk air masih boleh tahan dan masih hidup by the way g-shock is my choice

    ReplyDelete
  7. x sangka aku patutla masuk air masih boleh tahan dan masih hidup by the way g-shock is my choice

    ReplyDelete