Pages

Monday, March 12, 2012

Not For Sale: Casio JP-200W

Sebelum ini aku sudah memiliki sebuah jam JP-200w ini daripada saudara Asmar Duniajam. Namun tidak lama berada di dalam simpanan. Baru-baru ini, aku terjumpa jam ini dilelong di dalam ebay dan aku cuma suka-suka membida jam ini hanya pada harga yang sangat minimum dan tanpa disangka menang bidaan kerana tiada siapa yang membida jam ini di ebay. Dan dengan berat hati, aku terpaksa membayar jam ini pada orang Jepun dan telah sampai di tangan aku pada hari ini. Rasa berat hati juga nak bayar pasal dalam gambar ebay tersebut keadaan jam agak teruk dan calar balar! Huhu!


Pengajaran, jangan sesuka hati kita je nak bida kat ebay kalau taknak beli betul-betul!!




Tetapi setelah sampai ke tangan aku, jam ini berkeadaan dalam kondisi yang sangat baik. Hati aku ceria kembali, umpama budak-budak tengok channel Astro Ceria!! Tapi ada la calar sikit-sikit sahaja pada cermin display. Buku module casio JP-200w itu sebenarnya aku dapat daripada saudara Asmar dan bukan bersama dengan jam, jam tersebut pula dari seller ebay dari Jepun. Keadaan buku agak usang, bak kata isteri aku, macam manuskrip lama.



Macam ni lah keadaan jam yang dihantar bersama kotak jam yang agak selamat! Aku puas hati dengan servis dia. Ada juga hadiah sampingan yang disertakan seperti makanan coklat Kit Kat keluaran Jepun diletak bersama. Pergh!! Walaupun aku bayar jam pada harga yang sangat murah, seller ebay dari Jepun ini cukup bermurah hati dengan memberikan aku ole-ole dari Jepun tersebut. Aku tak makan, pasal takda logo halal! Hahaha!! Aku bagi pada cikgu yang mengajar Pemasaran kat Institut tempat aku bekerja untuk tujuan dia mengajar di kelas. Ada masa aku letak kat blog. Lupa pulak mintak balik dari dia untuk snap sekeping dua gambar untuk kenangan!


Manual dari saudara Asmar. Thanks bro! Kerana menjaga "manuskrip" ini dengan baik! Haha!!



Cara membaca Pulse Meter juga disertakan.

Juga di sertakan kad warranty yang dah tamat tempoh dari kedai jam di Perlis.



Untuk rekod, jam JP-200w ini juga ada dikeluarkan di Malaysia. Tetapi warna Aerobic Zone pada display tidak berwarna merah jambu seperti buatan Jepun ini. Ini yang membezakan buatan Malaysia dengan buatan Jepun.



Jam yang baru sampai di tangan aku ini cukup baik dan berfungsi seperti yang diharapkan. Aku cukup puas hati dengan jam ini. Jam sebelum ini JP-200w aku ada tanda pecah di lug. Jam ini nampaknya agak tegap sikit plastiknya. Bodu cukup sempurna sifat. Cuma aku perlu cari tali Casio 18mm untuk mengCASIOkan sepenuhnya jam ini. Kalau ada tali original Pulse Meter Casio ni lagi elok!!


Next, mungkin memburu Casio BP-120..?

No comments:

Post a Comment