Pages

Sunday, February 27, 2011

Preview: King Seiko (Raja Segala Seiko?)

Jika blogger detikduabelas telah meracuni fikiran kita dengan King Seiko (KS), maka, kali ni aku pun ingin menambahkan lagi bisa racun tersebut. Ngeh! ngeh! ngeh!!
Pada pandangan aku, turut bersetuju jika golongan Seikoholic ini wajib memiliki satu Raja ni dalam simpanan. Aku suka tengok King Seiko yang hanya mempunyai Date sahaja berbanding yang mempunyai day & date. (mungkin yang ada day & date sama seperti jam dress biasa terutama Seiko 5 kot?)

Aku pun kurang pasti fungsi benda ni. hehe!!

Ini merupakan kemegahan King Seiko iaitu pada crown dia. Huruf keramat KS ini merupakan racun yang sangat berbisa kepada peminat jam terutama Seikoholic.

Hah!! Ni kewajipan kepada King Seiko yang collectable!! Gold Medallion.. Err.. tak pasti la emas betul ke tak.. Suasa kot?

Marker timbul mcm ni lagilah menambahkan ghairah kepada pencinta jam vintage.

Kalau jumpa mana-mana jam vintage dengan marker timbul seperti jam ni, angkat jer beb!! Mana nak cari lagi.....


King Seiko Chronometer Officially Certificate!!
Ni nak tambah lagi racun ni.. Kalau nak cari King Seiko yang lagi Collectable, carilah yang ada tanda Chronometer Officially Certificate macam ni. Mcm jam kat atas, aku sangat menyukai jam dengan fungsi date sahaja. Entah kenapa aku kurang gemar pada jam yang ada day & date.. Entah la labu.. Walau pun ada dalam simpanan, seperti Citizen Eagle 7 dan Seiko Diver Stargate, namun aku kurang gemar jugak.. Tak tau nak cakap apa la perasaan macam ni.. hehe!!!
Chronometer Officially Certificate inilah yang menimbulkan "kebengangan" di kalangan pengeluar jam jenama swiss, yang mana terdapat tuduhan Seiko tidak layak untuk meletakkan tanda Chronometer Officially Certificate pada dial jam Seiko seperti di atas. Pada mereka, tanda Chronometer Officially Certificate hanya untuk jam-jam buatan swiss yang layak sahaja. Seiko peduli apa kan, dah menang banyak kali, so Seiko nak letak gak la..

Dan semestinya mestilah ada medallion pada caseback. Macam biasa, bukan senang nak bukak caseback ni.. Ikut arahan yang tertera pada caseback.. Insyallah kita tak perlu bukak menggunakan pembuka tin sardin ye..


(Maaf.. semua gambar yang terpapar hanyalah gambar pinjaman sahaja, tiada jam sebenar di dalam simpanan aku)
Kalau ada tersalah fakta minta diperbetulkan, saya budak beru belajar, ambil galah tolong tunjukkan.. eh.. betul ke...?

Thursday, February 24, 2011

Kelakar: Awas LHDN!!

Tak lama lagi demam pentaksiran & pembayaran cukai akan muncul. Ni aku postingkan salah satu slip yang mungkin sedikit syahdu untuk dibaca oleh kita. Err.. maka sibuk lah kita mencari resit-resit untuk pelepasan cukai ye? Tapi kita kadang-kadang tak kisah pun membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) walaupun kalau kita kira dalam setahun GST ni yang lagi besar daripada income tax.. hehe!!

"Saya tidak menghalalkan walau satu sen pun duit saya masuk ke LHDN. LHDN menindas rakyat. Dengan ekonomi sekarang ingat cukup ke duit yang dapat untuk sara hidup diri dan ahli keluarga. Saya doakan di akhirat nanti orang-orang LHDN akan mencari saya untuk mintak halal. Baru korang rasa macam mana susahnya. Satu sen pun saya tak halalkan. Saya lebih rela membayar zakat daripada bayar ke LHDN yang menggunakan duit saya tu ke jalan yang ntah apa-apa ntah. Semoga korang semua mendapat pembalasan daripada Allah kerana menindas orang yang lemah. Hidup korang pun takkan senang..."
Hadoi! Ada jugak yang tulis macam ni. Nak taknak, kita kena bayar jugak cukai pendapatan. Sebab pendapatan/hasil kerajaan khasnya petroleum akan habis. Tak boleh sepenuhnya bergantung kepada petroleum yang akan habis. Nak faham benda ni, kena belajar macroeconomi (tu yang lecehnya). Mengenai penggunaan wang ke jalan yang lain tu, belakang kira. Itu semua tanggungjawab orang yang menguruskan wang peruntukkan tersebut. Biarlah dia yang menjawab. Sebagai rakyat yang menjadi warganegara Malaysia kita dah tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat (membayar cukai). Kita sepatutnya bersedia untuk berkorban sedikit untuk membayar cukai, yang mana akhirnya, wang tersebut jugaklah akan menjadi subsidi kepada barang-barang harian kita seperti beras, gula, tepung dan petrol. Sebab tu kita patut sedar pendatang asing yang turut mendapat subsidi negara patut membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan. Gaji buruh asing mesti dikenakan cukai 35% daripada pendapatan kasar!! Cewah!! Berapi pulak aku... hehe!!!
Pendapat aku la..pendapat korang bagaimana? (pendapat biarlah terbuka dan tiada unsur politik, artikel ini merupakan cetusan daripada pemerhati ekonomi dari segi ekonometrik dan ekonomi matematik)
Ini ada sedikit kaitan dengan jam. Agak2 jam apa yang perlu digunakan untuk naik bila gunakan pesawat pengebom dan tempur Raptor jenis stealth ni?
Dikatakan pesawat jenis stealth tempur yang tercanggih ketika ini, tidak dapat dikesan oleh radar dan terlaju di dunia. Buatan Amerika Syarikat. Tetapi kelemahan dia tetap ada, kalau habis minyak kena mendarat kat airport jugak la.. (hahaha!!) Inilah alat yang digunakan untuk memusnahkan kediaman umat manusia di dunia. Moga tiada perang dunia ketiga tercetus!!Peace no war!!

Thursday, February 10, 2011

For Seikoholic: Seiko Chronograph Yang Collectable

Kali ini posting mengenai jam Seiko Chronograph vintage yang collectable untuk dibeli. Terdapat dua siri Seiko Chronograph Automatic yang menjadi lagenda dan sejarah iaitu siri Cal 6139 dan Cal 6138.
Seiko 6139 Black Helmet
Mendapat nama Helmet kerana bentuk jam ini menyerupai helmet motosikal. Model 6139 Helmet ini lebih digemari berbanding 6139 yang lain kerana bentuknya yang unik. Tachymeter jam ini diletakkan di bahagian dalam berbanding model 6139 yang lain diletakkan di bezel. Model 6139 tidak mempunyai fungsi hack tetapi crown "diselitkan" di dalam casing. Harga di pasaran kira-kira RM600-RM700.
Seiko Chronograph 6139-7101 A.K.A Seiko White Helmet
Selain warna hitam, terdapat juga model ini dengan dial warna putih. Uniknya 6139 ini ialah hanya terdapat 1 sahaja subdial berfungsi sebagai pengira minit.
Seiko Bullhead Speedtimer Cal 6138
Seiko Bullhead Speedtimer ini merupakan keluaran untuk pasaran Jepun sahaja. Istimewa kerana mempunyai lebih jewels berbanding Seiko bullhead Chronograph dan Seiko 5 Chronograph. Seiko Bullhead Speedtimer ini hanya ada dalam dial warna coklat sahaja. Lebih bernilai jika dipadankan dengan tali fishbone Seiko bullhead. Berharga sehingga RM1,900 di pasaran jika mempunyai keseluruhan parts original. Uniknya model 6138 ini ialah, caliber 6138 ini boleh wind (kunci). Boleh tambahkan hayat degupan jantung jam ini. Pada aku, Seiko Bullhead ini lebih cantik jika dipadankan dengan dial hitam berbanding warna coklat ini. (pendapat aku la kan..)
Seiko Panda Cal 6138-8020
Mendapat jolokan panda kerana subdial warna hitam dengan face putih jam ini menyerupai muka beruang panda. Model dial putih ini lebih mendapat pilihan penggemar Seiko Chronograph berbanding dial hitam. Tetapi jika memiliki kedua-dua hitam dan putih rasanya lebih seronok. Boleh digayakan di kedua-dua belah tangan. Mempunyai harga lebih kurang RM700-RM850 dipasaran bergantung kepada keadaan jam tersebut.

Seiko UFO
Bentuk casing jam ini menyerupai UFO (bulat dan besar). Model 6138 ini turut mendapat tempat di hati peminat Seiko Chronograph Automatic Vintage kerana bentuk yang unik. Berharga lebih kurang RM800-RM900 dipasaran.

Seiko Calculator 6138-7000 Slide Rule
Salah satu jam idaman peminat Seiko Chronograph kerana keunikan Slide Rule bezel jam ini. Bezel jam ini dapat digunakan untuk mengira baki bahan bakar (gasolin) dalam pesawat dan ketinggian dari aras laut. Aku sendiri pun tidak tahu bagaimana menggunakan Slide Rule tersebut, melainkan terpegun melihat betapa cantik dan uniknya jam ini. Berharga lebih dari RM2,000 di pasaran dalam keadaan lusuh dan bezel yang calar balar. Jika jam ini berkeadaan baik seperti kat tangan aku di gambar di atas ni, ntah berapa pula ye?
Mungkin ada lagi Seiko Chronograph lain yang menjadi buruan pencinta Seiko Chronograph. Tetapi, di senarai inilah yang biasanya menjadi buruan pencinta jam Seiko Chronograph. Malah boleh dikatakan koleksi wajib kepada peminat Seiko Chronograph.

Wednesday, February 9, 2011

Informasi: Mengesan Jam Chronograph Replika Oris

Bagaimana untuk mengesan penipuan pada jam replika yang dikatakan 99.99% seperti original?
Di bawah ini merupakan gambar jam Oris Chronograph Automatic original.
Gambar bawah ni pula gambar jam Oris Chronograph Automatic Replika.
Sekali imbas memang sama. Tapi replika tetap replika. Ada saja silapnya. Kena tahu fungsi chronograph secara asas, baru kita dapat mengelak membeli jam replika yang mungkin akan menyebabkan kita menyesal disebabkan tiada fungsi chronograph pun pada jam tersebut. Haha!!
Tipah tertipu lagi..
Gambar di bawah ini saya dah bulat-bulatkan indikator yang boleh kita kesan secara mudahnya.
Gambar di atas ini pula tempat-tempat yang selalunya berjaya menipu pembeli jam replika "chronograph". Dengan harapan pembeli akan mendapat jam chronograph automatic replika seperti jam original. (nak beli original mahal sangat bro.. haha!!) Pada subdial atas, merupakan indikator bulan, bukannya minit seperti nombor pada jam original. Perhatikan yang original ada nombor 10 dan 20, bermaksud indikator minit pada jam chronograph. Tetapi pada jam replika 4 & 8 bermaksud indikator bulan/month. Maka, tiada fungsi chronograph pun pada jam replika ini. Subdial bawah pula, yang original mempunyai nombor 3, 6, 9 dan 12, indikator jam/hour pada jam original. Tetapi jam replika, mempunyai nombor 6, 18 dan 24 bermaksud indikator 24jam/24 hours pada jam tersebut. Maka, sohih lah, jam replika ini tiada fungsi chronograph pun. Walaupun penjual mengatakan jam ni ialah jam chronograph.
Chronograph kepala hotak dia!! Pusher tu hanya untuk tukar indikator bulan/month dia saja..

Err.. aku tak beli pun ye.. Teringin memiliki sebuah jam Oris Diver atau Chronograph original suatu hari nanti.

Monday, February 7, 2011

For Seikoholic: Seiko Diver's Yang Collectable

Posting kali ini hanya pendedahan tentang jam Seiko Diver's yang sangat collectable untuk dibeli dan dijadikan koleksi peribadi sama ada untuk spekulasi ataupun menjadi harta pusaka turun temurun untuk beberapa generasi. Cewah!! Haha!! Walau bagaimanapun, senarai ini hanya untuk siri Diver's sehingga 200m sahaja. Jadi, keluarga Seiko Marine Master dan Seiko Tuna Can yang memang sahih collectable tidak perlu dibincangkan kerana memang sangat berbaloi memilikinya kerana harga yang semakin meningkat di pasaran.


Seiko Diver's 150m Cal 6217-8001
Seiko Diver's 6217 ini merupakan siri Diver's pertama Seiko dengan keupayaan 150m. Sangat sukar ditemui di pasaran dengan keadaan yang baik. Jika menemui jam ini untuk dijual di mana-mana, elok dapatkan segera. Kerana di pasaran antarabangsa, harga jam ini telah mencecah RM2500-RM3500 di ebay.com. Yang menariknya, crown jam ini mempunyai tanda nama Seiko. Salah satu ciri lagenda yang tidak terdapat di siri Seiko Diver's yang baru masa kini. Dahulu, pernah mendarat di pasaran mudah.my dengan lingkungan harga RM2000 (nego). Maka, sangat menyesal bagi yang terlambat untuk memilikinya, kerana selepas ini, sangatlah payah untuk menemuinya kembali. Parts aftermarket Diver's ini juga sangat payah untuk ditemui, terutama insert bezelnya.
Seiko Diver's 150m Cal 6105-8110

Jam ini pernah menjadi sebahagian dari koleksi aku. Dan sangat selesa dipakaikan di tangan. Keunikan jam ini ialah bentuk casing yang tidak simetri dengan crown guard yang terkeluar sedikit. Pasti menjadi idaman kepada pencinta Seiko Diver's yang belum memilikinya. Jam ini sangat menarik perhatian aku selepas beberapa blog koleksi jam di Indonesia memaparkan keunikan dan kecantikan jam ini melalui gambar-gambar yang memukau. Terus sahaja menjadi buruan nombor satu aku pada masa itu. Juga digelar sebagai Tok Penyu di Malaysia. Aku suka gelar jam ni dengan gelaran Grand Turtle. Nampak lebih international sikit kan.. Haha!!

Cal 6105-8110 Dainiseikosha

Namun untuk jam siri ini mempunyai dua siri caliber iaitu 6105A dan 6105B. Sangat beruntung kepada yang memiliki Seiko Diver's 6105-8110 dengan caliber 6105A Dainiseikosha kerana sangat payah ditemui berbanding siri caliber yang lain. Hanya ada di keluaran tahun 1972 dan sebelumnya. Harga pasaran untuk Seiko Diver's 150m 6105-8110 ini bergantung kepada keadaan. Jika yang dah siap refurbished dengan penukaran parts aftermarket, jam ini boleh mencecah RM1600 ke atas. Bagi jam dengan parts original berkeaddaan baik, boleh mencecah RM1800 dan ke atas. Bagi yang parts original dengan keadaan agak lusuh dan lama, pernah mencecah RM900-RM1200. Tepuk dada tanya selera. Bagi aku, aku lebih suka jam ini dalam keadaan seperti baru, yakni dengan parts aftermarket. Rasa lebih bersemangat untuk memakaikannya di tangan. Ini bagi aku la. Lain orang, lain seleranya kan.. Lagi berbaloi jika memilki siri Diver's ini dengan caliber 6105-8119, untuk pasaran Jepun. Harga? Mau ingat la, kalau takda RM2500-RM3500, jangan harap memilikinya ketika ini. Huhu!! Sob! Sob!

Seiko Diver's 150m 6309-7040

Keluaran siri Diver's ini menggantikan keluaran Seiko Grand Turtle 6105-8XXX pada akhir tahun 70an dan awal tahun 1980an. Siri caliber 6306-7001 dikeluarkan pada 1976-1981 di pasaran jepun dengan kelebihan boleh hack (jarum saat terhenti apabila crown ditarik ke posisi 2). Tetingkap day juga dilengkapi dengan perkataan Kanji/Jepun dan mempunyai 21 jewels! Manakala, Seiko Diver's 6309-7040 untuk pasaran antarabangsa pada awal tahun 1980an dan tidak memiliki hack. Harga untuk Seiko Diver's 6309-7040 pada masa aku mula-mula beli dulu (yang refurbished la..) dalam RM450-550 sahaja pada tahun 2009. Pada tahun 2011 ini, aku tengok trend harga jam ini telah meningkat mencecah RM800 di pasaran antarabangsa. Manakala Seiko Diver cal 6306-7001, boleh mececah harga RM1200-RM1400. Jika terlihat harga jam ini dalam RM900-RM1100, baik beli saja dan simpan, kerana jam caliber ini akan turut menerima nasib yang sama seperti Seiko Grand Turtle. Harga mencanak-canak naik beb!! Dengan casing jam ini dengan bentuk cushion case, maka jam ini mendapat gelaran turtle kerana memiliki bentuk casing seperti seekor penyu. Cal 6309-7049 untuk pasaran Amerika Syarikat. Pada aku, sama sama sahaja Cal 6309-7040 dan 6309-7049 dengan pacuan 17 jewels dan 21600bph.

Seiko Monster cal 7s26

Mendapat gelaran Monster kerana design yang berani dan lain dari siri Seiko Diver's yang lain. Tiada lagi insert bezel. Model Orange Monster merupakan model yang paling digemari oleh penternak dan pengembala Seiko Diver's ini. Model Seiko Monster ini mempunyai banyak lagi warna dial seperti hitam, kuning, merah dan biru. Yang terbaru Edisi Terhad (Limited Edition) warna hijau pun ada. Tetapi untuk pasaran Thailand sahaja. Hairan juga, kenapa Thailand banyak menerima Seiko Limited Edition ye? Harga? Dalam RM3000-RM5000 jam baru dengan set box limited edition. Perghh!!!
Seiko Night Monster Cal 7S26
Seiko Monster Limited Edition untuk pasaran khas Jepun (JDM) pun ada seperti yang pernah aku miliki ni. Aku sukakan warna oren dan coating hitam seperti ini. Movement yang digunakan untuk kebanyakan cal 7S26 Seiko JDM ini merupakan movement Malaysia seperti yang tertera pada caseback jam ni. Dan dipasang di China. Warna oren dah habis dah stok di pasaran jepun. Tinggal warna hitam, putih dan ungu sahaja. Sedihnya!! Sob! Sob!

Seiko Night Monster Black Dial

Selain dial oren, dial hitam ini juga tidak kurang cantiknya. Harga mau ingatlah. Pernah aku ditegur kerana membazir duit membeli Seiko Diver's dengan cal 7S26 dengan harga RM1500. Malah, coatingnya dikatakan akan tanggal jika calar dan menampakkan stainless steelnya. Kerana baginya lebih berbaloi beli Seiko Sumo dengan penambahan duit beberapa ratus sahaja lagi. Aku terima teguran itu sebagai logik dan betul. Tapi itu lah, lain orang, lain seleranya. Kerana bagi aku, membeli Limited Edition seperti ini lebih berbaloi, kerana suatu hari nanti, orang akan cari dan sanggup tawarkan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan model Limited Edition ini.


Seiko Night Monster White Dial

Inilah rupa warna putihnya. Cantik juga jam ni dengan warna yang kontra seperti ini.
Harga semakin meningkat dalam RM1500 hingga RM1700 di Jepun. Dulu masa mula-mula keluar dalam RM1300 sahaja.


Seiko Diver's Samurai cal 7S35 23 Jewels (Black Samurai)
Jam yang telah dihentikan pengeluarannya pada tahun 2008 ini juga merupakan buruan nombor 1 aku pada suatu masa dulu. Pernah aku memiliki sehingga 6 ketul model ini sebelum melepaskannya untuk mengurangkan koleksi. Masa mula-mula dikeluarkan cuma berharga RM700-RM800. Kini, sanggup dibeli dengan harga sehingga RM1600-RM1800 dan trend harga jam ini akan semakin meningkat kerana tiada stok baru lagi di pasaran. Yang terpakai pun berharga RM1500 beb tapi dengan box set & paper.

White Samurai

Selain hitam, dial putih ini juga sangat menarik untuk dimiliki. Namun kurang mendapat pilihan berbanding warna hitam. Boleh dimiliki dalam harga RM1400-RM1500 untuk jam baru dalam kotak jika ada. Rasanya dah tiada stok lagi di pasaran dunia ketika ini. Kalau ada pun mungkin hanya pre-owned (LNIB-Like New In Box) dan yang terpakai sahaja.

Orange Samurai
Selain itu, warna oren seperti ini turut menjadi buruan peminat Seiko Diver's. Namun sangat payah untuk ditemui kerana keluarannya sangat terhad dan harga mencecah RM3000-RM3500 untuk jam yang terpakai. yang baru? Sendiri mau ingatlah.. haha!!

Seiko Samurai Titanium (Samurai Ti)
Model JDM juga. Turut dikenali sebagai Seiko Samurai Ti, singkatan untuk Titanium. Jam ini lebih ringan berbanding Black Samurai yang menggunakan Stainless Steel. Namun kelemahan Titanium ini tetap ada. Iaitu casingnya mudah calar. Hmmm... Nampak sangat calar, walaupun digunakan dengan cermat. Tetapi sangat berbaloi untuk dimilki. Harga mula-mula dikeluarkan dalam lingkungan RM1200-RM1500 sahaja. Kini harga semasa untuk jam terpakai Samurai Ti ni ialah RM2000-RM2800 di pasaran antarabangsa!! Dan trend harga ini akan semakin meningkat!!


Seiko Sumo Cal 6R15



Seiko Diver's Sumo ini dengan cal 6R15 ini dikatakan Seiko Diver's yang paling sempurna. Ini kerana movement jam ini memiliki hack dan winding. Model ini turut menerima nasib yang serupa seperti Siri Seiko Diver's yang lain. Bakal dihentikan pengeluaran! Maka, bagi yang belum memiliki model Seiko Sumo ini, elok dapatkan segera kerana harga untuk model Sumo ini bakal meningkat kerana kesedaran pengumpul jam terhadap movement yang digunakan selain design jam itu sendiri. Sekarang ni, dengan pengukuhan nilai Ringgit, jam ini boleh didapati dengan harga RM1700-RM1800 di ebay.com untuk jam baru. Dapatkan sebelum harga jam ini meningkat seperti nasib jam-jam Seiko Diver's yang lain. Err.. aku sendiri pun belum memiliki jam ini. Err.. ada sesiapa yang nak melelongkan Seiko Sumo Hitam kat aku siap Box Set & Paper? Hehe!!










Bagi aku, dengan kemampuan sederhana pengumpul jam Seiko Diver's, inilah model-model jam yang perlu anda dapatkan sebelum pupus dan tidak mampu lagi untuk dimiliki kerana harga yang semakin meningkat di pasaran!! Harga-harga yang disebut di atas merupakan harga semasa pada artikel ini ditulis. Sebagai panduan agar dapat menyediakan kewangan sebelum memburu jam-jam Seiko Diver's yang collectable ini. Jangan pula menawarkan harga yang terlampau murah, kesian pemilik yang menjaga jam itu dengan baik. Hehe!!



Sunday, February 6, 2011

Perbincangan: Kenapa Hosni Mubarak Tidak Popular?

Sempena isu hangat di Mesir ketika ini, mari kita analisis kenapa beliau tidak popular sehinggakan rakyatnya bangkit menentang kerajaan pimpinannya. Sehingga pihak polis terpaksa melarikan diri dari serangan orang ramai dan memaksa tentera Mesir dengan senjata berat terpaksa mengambil alih peranan polis di Mesir.
Gambar di atas dapat menjawab seribu persoalan kenapa rakyat mesir bangkit menentang Hosni Mubarak dan kroni-kroninya. Hmmm.. Perlu juga diingatkan, Nabi Muhammad sendiri pun hanya 10 tahun menjadi pemimpin negara Islam sepanjang hayatnya. Fikir-fikirkan..
p/s: Rasanya, Hosni Mubarak bolehlah dikatakan sebagai pemimpin vintage.. Ye tak?
Err.. Semua Original & Berfungsi baik ke ni? Wakaka!!!