Pages

Thursday, February 24, 2011

Kelakar: Awas LHDN!!

Tak lama lagi demam pentaksiran & pembayaran cukai akan muncul. Ni aku postingkan salah satu slip yang mungkin sedikit syahdu untuk dibaca oleh kita. Err.. maka sibuk lah kita mencari resit-resit untuk pelepasan cukai ye? Tapi kita kadang-kadang tak kisah pun membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) walaupun kalau kita kira dalam setahun GST ni yang lagi besar daripada income tax.. hehe!!

"Saya tidak menghalalkan walau satu sen pun duit saya masuk ke LHDN. LHDN menindas rakyat. Dengan ekonomi sekarang ingat cukup ke duit yang dapat untuk sara hidup diri dan ahli keluarga. Saya doakan di akhirat nanti orang-orang LHDN akan mencari saya untuk mintak halal. Baru korang rasa macam mana susahnya. Satu sen pun saya tak halalkan. Saya lebih rela membayar zakat daripada bayar ke LHDN yang menggunakan duit saya tu ke jalan yang ntah apa-apa ntah. Semoga korang semua mendapat pembalasan daripada Allah kerana menindas orang yang lemah. Hidup korang pun takkan senang..."
Hadoi! Ada jugak yang tulis macam ni. Nak taknak, kita kena bayar jugak cukai pendapatan. Sebab pendapatan/hasil kerajaan khasnya petroleum akan habis. Tak boleh sepenuhnya bergantung kepada petroleum yang akan habis. Nak faham benda ni, kena belajar macroeconomi (tu yang lecehnya). Mengenai penggunaan wang ke jalan yang lain tu, belakang kira. Itu semua tanggungjawab orang yang menguruskan wang peruntukkan tersebut. Biarlah dia yang menjawab. Sebagai rakyat yang menjadi warganegara Malaysia kita dah tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat (membayar cukai). Kita sepatutnya bersedia untuk berkorban sedikit untuk membayar cukai, yang mana akhirnya, wang tersebut jugaklah akan menjadi subsidi kepada barang-barang harian kita seperti beras, gula, tepung dan petrol. Sebab tu kita patut sedar pendatang asing yang turut mendapat subsidi negara patut membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan. Gaji buruh asing mesti dikenakan cukai 35% daripada pendapatan kasar!! Cewah!! Berapi pulak aku... hehe!!!
Pendapat aku la..pendapat korang bagaimana? (pendapat biarlah terbuka dan tiada unsur politik, artikel ini merupakan cetusan daripada pemerhati ekonomi dari segi ekonometrik dan ekonomi matematik)

5 comments:

  1. Tak tau lah apa yg pengadu tu hadapi... mungkin dia sesak sgt dgn ekonomi keluarga... tetiba plak potong duit dia byk... terasalah kawan tu... huhu

    ReplyDelete
  2. Mungkin dia orang susah. Nak bayar rumah, sekolah, bil, kereta, sport rim, jam dan mcm2. Kalau tak mau byr LHDN boleh byr zakat aje. Wang tu semua kembali rakyat juga. Cukai kerajaan ni dah bermula sejak berkurun dulu sebagai wang mengurusan dan membina negara. Mcm juga kita nak urus keluarga, ana mungkin tanpa wang?

    Anggaplah cukai/zakat itu sedekah dan sumbangan kita kepada negara dan umat kita masa depannya.

    Syd Abu Bakar ra pernah memerangi kaum yang enggan membayar cukai/zakat ketika awal kewafatan rasullah...

    ReplyDelete
  3. hahaha.. stress kot... enta la... sepatutnya orang-orang macam ni (kalau betul2 susah) perlu dikecualikan... dia patut dapat agihan duit zakat tu.. just beri pendapat..

    ReplyDelete
  4. Betul tu, sebab tu aku lebih suka bayar zakat pendapatan lebih sedikit dari kiraan sebenar. Satu, kita dapat pelepasan cukai yang banyak, dua, duit yg kita bayar insyaallah digunakan ke jalan yang lebih baik.
    Bagi kes di atas, aku rasa penulis ini tersalah isi borang e-filling. Memang akan ada ketidak fahaman cara mengisi borang ni utk sesiapa yang mula2 nak isi borang. Pernah kawan aku isi, gaji dia cuma RM2K lebih je sebulan, tapi tersalah isi borang, cukai pendapatan kena bayar RM900,000.00!! Mampus!! haha!! Tapi dapat disemak balik la..
    Rasanya ni betul2 kes salah isi borang atau pelepasan cukai dia tak isi betul2.
    Zakat adalah wajib, cukai adalah tanggungjawab rakyat kepada negara selagi kerajaan memerintah tidak menzalimi secara terang-terangan.

    ReplyDelete
  5. Pada saya bayar aje zakat, beli buku sampai RM 1,000 setahun ,bayar medical mak bapak, further studies- semua ditolak cukai. Tu yang saya buat dah 2-3 tahun, alhamdullilah dapat pulangan

    ReplyDelete