Pages

Wednesday, February 9, 2011

Informasi: Mengesan Jam Chronograph Replika Oris

Bagaimana untuk mengesan penipuan pada jam replika yang dikatakan 99.99% seperti original?
Di bawah ini merupakan gambar jam Oris Chronograph Automatic original.
Gambar bawah ni pula gambar jam Oris Chronograph Automatic Replika.
Sekali imbas memang sama. Tapi replika tetap replika. Ada saja silapnya. Kena tahu fungsi chronograph secara asas, baru kita dapat mengelak membeli jam replika yang mungkin akan menyebabkan kita menyesal disebabkan tiada fungsi chronograph pun pada jam tersebut. Haha!!
Tipah tertipu lagi..
Gambar di bawah ini saya dah bulat-bulatkan indikator yang boleh kita kesan secara mudahnya.
Gambar di atas ini pula tempat-tempat yang selalunya berjaya menipu pembeli jam replika "chronograph". Dengan harapan pembeli akan mendapat jam chronograph automatic replika seperti jam original. (nak beli original mahal sangat bro.. haha!!) Pada subdial atas, merupakan indikator bulan, bukannya minit seperti nombor pada jam original. Perhatikan yang original ada nombor 10 dan 20, bermaksud indikator minit pada jam chronograph. Tetapi pada jam replika 4 & 8 bermaksud indikator bulan/month. Maka, tiada fungsi chronograph pun pada jam replika ini. Subdial bawah pula, yang original mempunyai nombor 3, 6, 9 dan 12, indikator jam/hour pada jam original. Tetapi jam replika, mempunyai nombor 6, 18 dan 24 bermaksud indikator 24jam/24 hours pada jam tersebut. Maka, sohih lah, jam replika ini tiada fungsi chronograph pun. Walaupun penjual mengatakan jam ni ialah jam chronograph.
Chronograph kepala hotak dia!! Pusher tu hanya untuk tukar indikator bulan/month dia saja..

Err.. aku tak beli pun ye.. Teringin memiliki sebuah jam Oris Diver atau Chronograph original suatu hari nanti.

14 comments:

  1. Tq bro. Replika Oring aku dulu chrono gak... tp quartz.... saiz aplak kecik. Lawa sebenarnya jam tu... hehe....

    ReplyDelete
  2. good info bro..memang selalu nmpak kat situ yg beza..pasal dabu pun ada gak jam replika ni sebagai koleksi & penyelidikan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Aku hampir terbeli gak. Hehe!! Tapi nasib baik tgk betul2 gambor. Pastu try uji penjual tanya subdial chronograph berfungsi tak, dia jawab berfungsi seperti original. Cit!!
    Ada yang berfungsi seperti original. Tapi harga RM990-RM1100 rega dia.. Wahh!! Baik pakai Seiko Panda jerk!!

    ReplyDelete
  4. Ayat pandai tu.. "berfungsi seperti original".... dgn harapan org salah faham jam tu ori.. haha..

    ReplyDelete
  5. Haha!! Betul tu. Aku dah terbeli sebijik Tag Heuer Replika sebenarnya masa mula2 main jam automatic. Hehe!! Ingatkan betul2 la chronograph Automatic. Rupanya indikator month, day & 24 hour je rupanya. Huhu!! Tu yang keluar artikel ni agar peminat jam Replika tidak salah pilihjam yang mungkin menyebabkan diorang menyesal beli. Tak salah beli replika. Tapi biar tepat seperti yang diinginkan. Taknak lah ditipu secara halus seperti ni. Walaupun replika sekalipun..
    Aku ada gak terbeli Oris chronograph. Tapi quartz tu yang slek. Menyesal gak aku beli. Haha!! Tu yg syg betul ngan Seiko PAnda aku ni selepas terkena sebanyak 2 kali.. haha!!!

    ReplyDelete
  6. Tu la.. ramai yg tak tau. Hari tu kwn aku berminat nak beli Omega Planet Ocean... katanya seller ckp brg kapal. Haha... Mmg la mai dgn kapal.. tp dari china...

    Nasib baik dia tanya aku dulu psl dia ingat original. Org yg tak main jam, mmg senang tertipu. Cara seller tu ckp mmg nak kencing dgn harapan yg akan difahami ialah jam tu original... mainan psikologi...

    Kalau dia tau jam tu replika & dia nak beli, tak kisah la.. tp psl dia ingat original tu yg kesian.

    ReplyDelete
  7. Artikel ni nak bagitau pembeli replika yang sangka kononnya jam chronograph automatik tu betul2 chronograph tu sebenarnya bukan chronograph. Melainkan indikator day/month/24 hour je.
    Ada sebenarnya chronograph replika, tapi yang murah mesti pakai enjin quartz je. Nak yang replika chrono auto harga cecah RM1K jugak. Tu yang rasa baik beli jam Seiko Chrono auto vintage je.Omega planet ocean tu aku tgk sama gak, indikator month & 24 hour je. Hadoi.. hancur harapan pembeli jam replika yang sangka dah beli jam Chrono.

    ReplyDelete
  8. Kalau yg high grade skit, chronograph dia pakai enjin seagull. Moonwatch pakai seagull... sapa tak tau ingat ori. Fuh...

    ReplyDelete
  9. uih.. bahaya tul.. movement seagull nampak sempurna sikit berbanding movement replika..

    ReplyDelete
  10. Uish.. Bru skarg aku bru tau jam oris bkn calang2 jam. Pakcik aku bg dlu, aku pkai slamber je. Smpai koyak tali. Bile xgerak je aku buat baling2.. Tp x pecah2 cermin n xcalar pn. Baling tinggi2 n biar trhempas berhrap dpt tgk terabur. Huhu. Aku heran jgk tp aku tak kisah, igt 1,2ratus je. Last2 nk ambik tukul, blushhhh! Terabur.. Bile tgk hrga dia, perhhhhh.... Menyesal aku.. Yg replika pn bole tahan. Kalau ori? Menangis tgk.. Zmn bdk2 xtau pape..

    ReplyDelete
  11. Uish.. Bru skarg aku bru tau jam oris bkn calang2 jam. Pakcik aku bg dlu, aku pkai slamber je. Smpai koyak tali. Bile xgerak je aku buat baling2.. Tp x pecah2 cermin n xcalar pn. Baling tinggi2 n biar trhempas berhrap dpt tgk terabur. Huhu. Aku heran jgk tp aku tak kisah, igt 1,2ratus je. Last2 nk ambik tukul, blushhhh! Terabur.. Bile tgk hrga dia, perhhhhh.... Menyesal aku.. Yg replika pn bole tahan. Kalau ori? Menangis tgk.. Zmn bdk2 xtau pape..

    ReplyDelete
  12. Rasanya tak tertipu pun...sebab jam replika dijual diberitahu jam itu replika dgn harga super murah dan org tau itu bukan jam ori...tapi tak tau lah takut2 ada yg kena tipu replika ckp ori...

    ReplyDelete
  13. Sy ade satu oris ....lmtd nye...tp tali dh xde...brminat x??jual murah2 je...wsapp sy...0172024579...leyh tgok sndri ori ke x...hrge pmbeli bukak dulu..k nite..(ady)

    ReplyDelete