Kali ini posting mengenai jam Seiko Chronograph vintage yang collectable untuk dibeli. Terdapat dua siri Seiko Chronograph Automatic yang menjadi lagenda dan sejarah iaitu siri Cal 6139 dan Cal 6138.
Seiko 6139 Black Helmet
Mendapat nama Helmet kerana bentuk jam ini menyerupai helmet motosikal. Model 6139 Helmet ini lebih digemari berbanding 6139 yang lain kerana bentuknya yang unik. Tachymeter jam ini diletakkan di bahagian dalam berbanding model 6139 yang lain diletakkan di bezel. Model 6139 tidak mempunyai fungsi hack tetapi crown "diselitkan" di dalam casing. Harga di pasaran kira-kira RM600-RM700.
Seiko Chronograph 6139-7101 A.K.A Seiko White Helmet
Selain warna hitam, terdapat juga model ini dengan dial warna putih. Uniknya 6139 ini ialah hanya terdapat 1 sahaja subdial berfungsi sebagai pengira minit.
Seiko Bullhead Speedtimer Cal 6138
Seiko Bullhead Speedtimer ini merupakan keluaran untuk pasaran Jepun sahaja. Istimewa kerana mempunyai lebih jewels berbanding Seiko bullhead Chronograph dan Seiko 5 Chronograph. Seiko Bullhead Speedtimer ini hanya ada dalam dial warna coklat sahaja. Lebih bernilai jika dipadankan dengan tali fishbone Seiko bullhead. Berharga sehingga RM1,900 di pasaran jika mempunyai keseluruhan parts original. Uniknya model 6138 ini ialah, caliber 6138 ini boleh wind (kunci). Boleh tambahkan hayat degupan jantung jam ini. Pada aku, Seiko Bullhead ini lebih cantik jika dipadankan dengan dial hitam berbanding warna coklat ini. (pendapat aku la kan..)
Seiko Panda Cal 6138-8020
Mendapat jolokan panda kerana subdial warna hitam dengan face putih jam ini menyerupai muka beruang panda. Model dial putih ini lebih mendapat pilihan penggemar Seiko Chronograph berbanding dial hitam. Tetapi jika memiliki kedua-dua hitam dan putih rasanya lebih seronok. Boleh digayakan di kedua-dua belah tangan. Mempunyai harga lebih kurang RM700-RM850 dipasaran bergantung kepada keadaan jam tersebut.
Seiko UFO
Seiko Calculator 6138-7000 Slide Rule
Mendapat jolokan panda kerana subdial warna hitam dengan face putih jam ini menyerupai muka beruang panda. Model dial putih ini lebih mendapat pilihan penggemar Seiko Chronograph berbanding dial hitam. Tetapi jika memiliki kedua-dua hitam dan putih rasanya lebih seronok. Boleh digayakan di kedua-dua belah tangan. Mempunyai harga lebih kurang RM700-RM850 dipasaran bergantung kepada keadaan jam tersebut.
Seiko UFO
Bentuk casing jam ini menyerupai UFO (bulat dan besar). Model 6138 ini turut mendapat tempat di hati peminat Seiko Chronograph Automatic Vintage kerana bentuk yang unik. Berharga lebih kurang RM800-RM900 dipasaran.
Seiko Calculator 6138-7000 Slide Rule
Salah satu jam idaman peminat Seiko Chronograph kerana keunikan Slide Rule bezel jam ini. Bezel jam ini dapat digunakan untuk mengira baki bahan bakar (gasolin) dalam pesawat dan ketinggian dari aras laut. Aku sendiri pun tidak tahu bagaimana menggunakan Slide Rule tersebut, melainkan terpegun melihat betapa cantik dan uniknya jam ini. Berharga lebih dari RM2,000 di pasaran dalam keadaan lusuh dan bezel yang calar balar. Jika jam ini berkeadaan baik seperti kat tangan aku di gambar di atas ni, ntah berapa pula ye?
Mungkin ada lagi Seiko Chronograph lain yang menjadi buruan pencinta Seiko Chronograph. Tetapi, di senarai inilah yang biasanya menjadi buruan pencinta jam Seiko Chronograph. Malah boleh dikatakan koleksi wajib kepada peminat Seiko Chronograph.
Sub dail helmet saya dah tak berfungsi. Biasanya masih boleh dibaiki ke?
ReplyDeleteBiasanya boleh baiki lagi kalau ada parts dalam tu tak rosak. Jam Seiko chronograph vintage ni banyak sangat besi2 halus kat movement dia. Senang je nak patah dan ada yang dah rapuh tunggu masa je nak patah. Tapi minat punya pasal, kita sanggup beli gak. Barang dah nak pupus.
ReplyDeletetmpt ejas jarum hour gan min dh rosak@ hilang..??brpa cost nk pakai part len @ yg asal??hrap owner boleh bantu...email pada gr33n_sapi3n@yahoo.com
ReplyDeletemaksud tuan crown jam atau part movement dalam tu? Kalau crown jam biasanya guna part jam-jam kat kedai yang dah rosak tu boleh masuk lagi. Tapi kalau part dalam movement tu yang hilang mahal gak nak cari dan pasang. Beratus ringgit jugak nak cover harga dia tu..
ReplyDelete