Cal 6105-8110 Dainiseikosha
Keluaran siri Diver's ini menggantikan keluaran Seiko Grand Turtle 6105-8XXX pada akhir tahun 70an dan awal tahun 1980an. Siri caliber 6306-7001 dikeluarkan pada 1976-1981 di pasaran jepun dengan kelebihan boleh hack (jarum saat terhenti apabila crown ditarik ke posisi 2). Tetingkap day juga dilengkapi dengan perkataan Kanji/Jepun dan mempunyai 21 jewels! Manakala, Seiko Diver's 6309-7040 untuk pasaran antarabangsa pada awal tahun 1980an dan tidak memiliki hack. Harga untuk Seiko Diver's 6309-7040 pada masa aku mula-mula beli dulu (yang refurbished la..) dalam RM450-550 sahaja pada tahun 2009. Pada tahun 2011 ini, aku tengok trend harga jam ini telah meningkat mencecah RM800 di pasaran antarabangsa. Manakala Seiko Diver cal 6306-7001, boleh mececah harga RM1200-RM1400. Jika terlihat harga jam ini dalam RM900-RM1100, baik beli saja dan simpan, kerana jam caliber ini akan turut menerima nasib yang sama seperti Seiko Grand Turtle. Harga mencanak-canak naik beb!! Dengan casing jam ini dengan bentuk cushion case, maka jam ini mendapat gelaran turtle kerana memiliki bentuk casing seperti seekor penyu. Cal 6309-7049 untuk pasaran Amerika Syarikat. Pada aku, sama sama sahaja Cal 6309-7040 dan 6309-7049 dengan pacuan 17 jewels dan 21600bph.
Seiko Monster cal 7s26
Selain dial oren, dial hitam ini juga tidak kurang cantiknya. Harga mau ingatlah. Pernah aku ditegur kerana membazir duit membeli Seiko Diver's dengan cal 7S26 dengan harga RM1500. Malah, coatingnya dikatakan akan tanggal jika calar dan menampakkan stainless steelnya. Kerana baginya lebih berbaloi beli Seiko Sumo dengan penambahan duit beberapa ratus sahaja lagi. Aku terima teguran itu sebagai logik dan betul. Tapi itu lah, lain orang, lain seleranya. Kerana bagi aku, membeli Limited Edition seperti ini lebih berbaloi, kerana suatu hari nanti, orang akan cari dan sanggup tawarkan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan model Limited Edition ini.
Seiko Night Monster White Dial
Inilah rupa warna putihnya. Cantik juga jam ni dengan warna yang kontra seperti ini.
Harga semakin meningkat dalam RM1500 hingga RM1700 di Jepun. Dulu masa mula-mula keluar dalam RM1300 sahaja.
Seiko Diver's Samurai cal 7S35 23 Jewels (Black Samurai)
Jam yang telah dihentikan pengeluarannya pada tahun 2008 ini juga merupakan buruan nombor 1 aku pada suatu masa dulu. Pernah aku memiliki sehingga 6 ketul model ini sebelum melepaskannya untuk mengurangkan koleksi. Masa mula-mula dikeluarkan cuma berharga RM700-RM800. Kini, sanggup dibeli dengan harga sehingga RM1600-RM1800 dan trend harga jam ini akan semakin meningkat kerana tiada stok baru lagi di pasaran. Yang terpakai pun berharga RM1500 beb tapi dengan box set & paper.
White Samurai
Selain hitam, dial putih ini juga sangat menarik untuk dimiliki. Namun kurang mendapat pilihan berbanding warna hitam. Boleh dimiliki dalam harga RM1400-RM1500 untuk jam baru dalam kotak jika ada. Rasanya dah tiada stok lagi di pasaran dunia ketika ini. Kalau ada pun mungkin hanya pre-owned (LNIB-Like New In Box) dan yang terpakai sahaja.
Orange Samurai
Selain itu, warna oren seperti ini turut menjadi buruan peminat Seiko Diver's. Namun sangat payah untuk ditemui kerana keluarannya sangat terhad dan harga mencecah RM3000-RM3500 untuk jam yang terpakai. yang baru? Sendiri mau ingatlah.. haha!!
Seiko Samurai Titanium (Samurai Ti)
Model JDM juga. Turut dikenali sebagai Seiko Samurai Ti, singkatan untuk Titanium. Jam ini lebih ringan berbanding Black Samurai yang menggunakan Stainless Steel. Namun kelemahan Titanium ini tetap ada. Iaitu casingnya mudah calar. Hmmm... Nampak sangat calar, walaupun digunakan dengan cermat. Tetapi sangat berbaloi untuk dimilki. Harga mula-mula dikeluarkan dalam lingkungan RM1200-RM1500 sahaja. Kini harga semasa untuk jam terpakai Samurai Ti ni ialah RM2000-RM2800 di pasaran antarabangsa!! Dan trend harga ini akan semakin meningkat!!
Seiko Sumo Cal 6R15
Seiko Diver's Sumo ini dengan cal 6R15 ini dikatakan Seiko Diver's yang paling sempurna. Ini kerana movement jam ini memiliki hack dan winding. Model ini turut menerima nasib yang serupa seperti Siri Seiko Diver's yang lain. Bakal dihentikan pengeluaran! Maka, bagi yang belum memiliki model Seiko Sumo ini, elok dapatkan segera kerana harga untuk model Sumo ini bakal meningkat kerana kesedaran pengumpul jam terhadap movement yang digunakan selain design jam itu sendiri. Sekarang ni, dengan pengukuhan nilai Ringgit, jam ini boleh didapati dengan harga RM1700-RM1800 di ebay.com untuk jam baru. Dapatkan sebelum harga jam ini meningkat seperti nasib jam-jam Seiko Diver's yang lain. Err.. aku sendiri pun belum memiliki jam ini. Err.. ada sesiapa yang nak melelongkan Seiko Sumo Hitam kat aku siap Box Set & Paper? Hehe!!
Bagi aku, dengan kemampuan sederhana pengumpul jam Seiko Diver's, inilah model-model jam yang perlu anda dapatkan sebelum pupus dan tidak mampu lagi untuk dimiliki kerana harga yang semakin meningkat di pasaran!! Harga-harga yang disebut di atas merupakan harga semasa pada artikel ini ditulis. Sebagai panduan agar dapat menyediakan kewangan sebelum memburu jam-jam Seiko Diver's yang collectable ini. Jangan pula menawarkan harga yang terlampau murah, kesian pemilik yang menjaga jam itu dengan baik. Hehe!!
Aku suka nama Grand Turtle... gempak! Haha...
ReplyDeleteMmg ramai otai ckp harga Seiko makin meningkat. Model2 diver lama ni yg paling dpt sambutan & ada org sanggup beli dgn harga tinggi psl jam dah takda...
Sumo mmg sempurna. Design original & movement dia tu yg best.
sumo? adakah aku akan memilikinya semula, tp dial hitam yg mula memikat perasaan huhu...
ReplyDeleteDJ, yup! Pada aku, Seiko Diver sangat berbaloi untuk dimiliki. Err.. terutama 1st computer Dive watch in the world 200m tuh.. haha!!
ReplyDeleteZulkanain, adakah aku tengah meracun orang? haha!! Hitam best abg Zul. Tapi bracelet la. Aku tau abg Zul suka pakai tali getah. Betui tak? Sebab tu angkat Sumo biru hari tu.. Hitam tetap memikat hati..
Erk! Jeng jeng jeng.... jarang benor aku pakai jam tu. Syg beb. Nnt kena air. Haha...
ReplyDeleteSelamat tinggal hai pahlawanku...
Sumo biru dah tngl kenangan dn berganti dgn jam kenangan masa silam. cuma situasi 50-50 kalu mau Sumo sekali lagi...setakat ni plg selesa pakai SMP...rolex sub lg selesa kot huhu
ReplyDeletemengidam 6105 8110....
ReplyDeleteBro DJ, kemana pegi pahlawan mu itu? Siapalah agaknya pembeli bertuah yang dapat Sumo tu?
ReplyDeleteSusah nak jawab.. mungkin seseorang yg akan jg pengumpul Seiko tegar suatu hari nanti. Ekekeke...
ReplyDeleteHa ha ... pengumpul tegar takpe, jangan penagih tegar! Tapi kalau ketagih jam pun ok jugak ...
ReplyDeleteTak sabor aku nak tengok Sumo tu kat tangan pembeli bertuah tu ...
Pahlawan sumo dah gi mana wei? Dgr2 gosip dah dalam bungkusan pos laju. Dah sampai dah kot? Dijamin sampai esok kan.. Mcm seonok je pencinta masa dgr Sumo dah beralih tgn. ntah2 pencinta masa dapat kot?
ReplyDeleteErr.. sukarnya untukku jawab persoalan tu.. wakaka....
ReplyDeleteSuka Jam, aku pun tak tau sapa yang dapat, sebab setakat ni aku pun belum tengok Sumo tu kat tangan tuan baru dia. Nanti kalau tuan baru dia dah tunjuk, taulah kita sapa yang kena!
ReplyDeleteSaya ada Seiko monster 7s26, agak² kalau nak juai brp rm?
ReplyDelete