Blog ini khusus untuk memaparkan koleksi jam yang saya dapat dpd sahabat yang mempunyai minat yang sama dengan saya. Ada jam yang untuk preview, dan ada yang untuk dijual. Jika berminat jangan segan silu untuk hubungi saya. Call/sms: 013-8489441 e-mail: rizal_rejli@yahoo.com
Wednesday, April 20, 2011
Tuesday, April 19, 2011
Selain layan jam, layan mainan anak pun seronok jugak
Seronok jugak layan anak dengan alat-alat kegemarannya. Selain jam, inilah yang barang yang aku layan, main bersama dengan anak aku yang baru berumur 1 tahun 6 bulan lebih pada masa artikel ni ditulis. Umur baru 1 tahun 1/2, tapi seronok layan helikopter. Yang ni made in China, dapat terbang dalam ketinggian 4-5 meter je.. Main dalam rumah je.. ok lah tu.. Nanti dah besar sikit, belikan helikopter yang dapat terbang 20-30 meter pulak!! Wakaka!! Tapi main kat padang la.
Nanti try power dia, kot-kot boleh angkat jam Seiko Diver's aku.. Errk!! Ber
Benda-benda ni pun boleh hilangkan stress aku selain membelek-belek jam.
Monday, April 18, 2011
Mengorek Harta Karun Yang TInggal
Selepas Seiko Panda meninggalkan aku, hanya beberapa sahaja koleksi yang tinggal. Dah lama rasanya aku tak menjenguk harta yang tersimpan di dalam beg hitam Alba tu.
Sunday, April 17, 2011
Kempen dah abis daa...
Alamak, durian ni tiada kaitan dengan jam mahupun pilihanraya yang baru berlalu. hehe!! Baru balik dari kampung isteri. Balun durian bapak mentua puas-puas.. haha!! Tak terasa panas badan pun makan dua tiga bijik (bukan dua tiga ketul ye?) Sebab bukan durian beli? Kalau kena durian yang kita beli, makan dua tiga ketul memang panas badan naik hangin.. wakaka!! Mana tak, harga durian sekarang mencecah RM50 dua ketul!! Cit!!
Al-fatihah..
Thursday, April 14, 2011
Oris Automatic F1.
Dah lama rasanya aku teringin untuk memiliki jam jenama Oris seperti gambar di bawah. Nampak ringkas dengan penunjuk hari dan tarikh di pukul 3. Bezel yang sporty dan dial yang ringkas tetapi sporty. Tidak berserabut seperti jam Oris chronograph. Ada arabic number pada pukul 6, 9 dan 12. Menarik!!
Tali getah seperti alur tayar formula one (F1) ini telah menjadi trademark kepada kebanyakan jam Oris. Tali getah seperti ini sangat selesa dipakaikan di pergelangan tangan.
Yang menarik perhatian aku ialah crown jam ini besar, juga menjadi tarademark kepada kebanyakan jam Oris. Salah satunya turut dipanggil Oris Big Crown, telah menjadi sejarah dan menjadi buruan peminat jam vintage keluaran Swiss. Apa ni? Ish!! Takkan kot?
Hah!! Sah!! Jam Replika rupanya. Spoil betul la! Terus hilang mood aku nak mengulas jam ni bila tengok Rotor Merah Oris ni kosong tanpa tulisan Swiss Made Oris High Mech!!Dah la.. tak payah nak ulas panjang-panjang lagi.. Wakaka!!!
Sepi, Diam...
Pilihan raya Negeri Sarawak tak lama lagi akan mendapat keputusan sebenarnya pada 16 April 2011 ini. Seterusnya menjadi parti yang menjadi kerajaan untuk satu penggal. Kalau parti yang bakal mendapat mandat kali ini sedap untuk ditelan, maka, sedaplah untuk satu penggal ni. Kalau tak sedap, maka telanlah kepahitan selama satu penggal lagi. Satu penggal bukan tempohh yang singkat. Paling-paling 4-5 tahun!! Kalau anak lahir pada 16 April 2011 ni, kalau nak tukar kerajaan baru selepas 16 April 2011, kena tunggu anak dapat masuk Tadika tu.. Lama beb!!
Pelbagai ragam dapat dilihat ketika ni. Ada kempen calon yang dihadiri sehingga 5000 orang. Ada calon berkempen di hadapan tak sampai 50 orang pun ada. Kesian aku tengok. Malah kehadiran pemimpin tertinggi parti tertentu juga nampaknya gagal menarik penyokong tak sampai 100 orang yang datang. Kesian, dah orang tua tu datang dari jauh, susah payah naik bot ekspres (kat Semenanjung Malaysia dipanggil feri). Naik rumah panjang tak sampai sejam dah kepanasan dek tuai rumah tanya "kenapa hari ni tak pakai jam tangan". 30 minit je bertahan sebelum balik semula ke bandar.. Adoi.. Ada jugak.. Ada jugak pemimpin yang hampir-hampir terbunuh akibat penggunaan helikopter yang gagal dikawal dan terhempas. Panjang nyawa beliau tersebut. Apa-apa pun, 16 April 2011 ni kali pertama aku mengundi. Sebab PRN yang lepas, calon kat tempat aku menang tanpa bertanding.. Walau apa pun, suasana politik di Sarawak nampaknya berbeza berbanding pilihan raya di negeri-negeri lain di Malaysia. Di Sarawak yang uniknya, tiada kehadiran calon dari UMNO, MIC dan MCA yang bertanding. Calon-calon dari parti yang ditubuhkan dari Sarawak sendiri nampaknya masih menjadi pilihan popular berbanding parti yang ditubuhkan dari luar Negeri Sarawak. Tak kira la parti tersebuh dari pihak kerajaan memerintah mahupun pembangkang.
Subscribe to:
Comments (Atom)

