Alamak, durian ni tiada kaitan dengan jam mahupun pilihanraya yang baru berlalu. hehe!! Baru balik dari kampung isteri. Balun durian bapak mentua puas-puas.. haha!! Tak terasa panas badan pun makan dua tiga bijik (bukan dua tiga ketul ye?) Sebab bukan durian beli? Kalau kena durian yang kita beli, makan dua tiga ketul memang panas badan naik hangin.. wakaka!! Mana tak, harga durian sekarang mencecah RM50 dua ketul!! Cit!!
Makan durian kena pakai Seiko Samurai yang menjadi jam wajib dibawa ke mana-mana.. Dipakaikan dengan tali kulit. Favourite Watch aku. Tak le menjelir je macam pakai tali Z22..
Gambar bawah ni agak-agak apa yang aku nak highlight? Nombor 6138 la beb!! Siapa yang Watch Idiot Savant (WIS) ni, kalau tengok nombor siri macam ni memang teruja la.. Terbayang nombor-nombor siri movement Seiko.. Ye tak? Entah keta sapa la ni..
Macam ni lah suasana pilihan raya kat tempat aku.. Kreatif dengan pelbagai cara menggantung poster.. Yang macam ni dinamakan design Tibow, salah satu permainan traditional orang melanau. Aku penah main, mula-mula gayat, lepas tu seronok. Penah dulu masa Pesta Kaul, sorang Mat Salleh try main tibow tu, kelepek jatuh macam nangka busuk.. Teknik kena betul bro.. pesan aku kat mat salleh tu, tapi dalam hati je la.. wakaka!! Tibow tu nanti aku review, Pesta Kaul tak lama lagi kat Mukah ni, Ijan Jamlama, jom datang, bleh pekena teh tarik!!
Ni la sekolah tempat aku mengundi hari tu, SK Kampung Igan, Mukah. Alamak, aku tak adjust masa kat kamera la tu, 15/04/2011, sepatutnya 16/04/2011. Cit!!
Yang ni bangkai Helikopter yang terhempas di dataran Wisma Sanyan kat Sibu, khabarnya bangunan tertinggi di Sarawak. Terhempa pada pukul 1.40 tgh. Aku ngan isteri masih merayau-rayau kat area ni.. Pilot dia cedera parah dan meninggal pada malam harinya..
Al-fatihah..
Yang ni poster di kampung Isteri tercinta.. PBB-BN lawan PKR.. Poster SNAP belum pasang. Tiga penjuru kat sini.. Tapi PBB-BN jugak yang menang. Habuannya jalan raya dari Sibu ke Song bernilai RM90juta. Harap dikotakan janji, supaya aku boleh borong banyak-banyak durian bawak balik ke Mukah.. wakaka!! Niat tak baik ni..
wah...meriah nyaaaa..rindu maok mkn durian eh...hehe
ReplyDelete2 bijik RM50! Pergh! Kalau tak sedap tak tau la... Haha... Macam2 jadi kat sana ye..
ReplyDeletedorian, samurai, 6138 menggamit memori...yg lain2 aku tak pernah gi huhu
ReplyDeleteWatch have function to know what time is today and also can be as accessories for man and woman for their good performance.
ReplyDeletereplica watches