Pages

Tuesday, April 19, 2011

Selain layan jam, layan mainan anak pun seronok jugak

Seronok jugak layan anak dengan alat-alat kegemarannya. Selain jam, inilah yang barang yang aku layan, main bersama dengan anak aku yang baru berumur 1 tahun 6 bulan lebih pada masa artikel ni ditulis. Umur baru 1 tahun 1/2, tapi seronok layan helikopter. Yang ni made in China, dapat terbang dalam ketinggian 4-5 meter je.. Main dalam rumah je.. ok lah tu.. Nanti dah besar sikit, belikan helikopter yang dapat terbang 20-30 meter pulak!! Wakaka!! Tapi main kat padang la.

Nanti try power dia, kot-kot boleh angkat jam Seiko Diver's aku.. Errk!! Ber

Aku yang seronok main sebenarnya, sambil seronok tengok gelagat anak kecil yang terlompat-lompat suka tengok helikopter ni terbang. Bukan anak yang main pun.. haha!!


Selain tu, aku kumpul jugak mainan Transformers, nanti dah besar sikit baru bagi. Sekarang ni tak boleh bagi lagi, karang, kepala entah ke mana, tangan hilang ke mana. Tangan anak aku sekarang ni sangat kreatif. Buku, daripada ada muka depan yang keras, tinggal halaman tengah je beserta dengan stapler kat tengah tu yang tinggal. Aku suka tengok megatron hijau tu, boleh tukar jadi kereta kebal tu beb!! Muka dia nampak real. Agak mahal yang hijau tu!!! Yang kuning beli dekat Petronas. Murah sikit, padan la dengan kualiti dia.


Bumblebee ke nama yang kuning ni? Aku tak ingat sangat nama-nama diorang ni.


Yang ni aku paling suka. Megatron ni boleh bertukar jadi main battle tank. Kat kepala dia tu la meriam dia.


Anak aku jugak suka sangat mainan seperti lori macam ni. Yang ni dia sendiri yang angkut. Tak sedar pun tangan dia menyambar lori ni. Setakat ni, lori ni lah yang paling dia suka main. Mainan lain dia tak main sangat.


Jengkaut ni pun dia ntah berapa kali dia ambik kat tempat rak. Aku simpan balik, dia ambik lagi. Last-last, belikan jugak la. Aku risau jengkaut dia tu hilang entah ke mana nanti. Tangan dia sangat kreatif dalam bab mengasing-asingkan alat-alat kat mainan-mainan dia.

Benda-benda ni pun boleh hilangkan stress aku selain membelek-belek jam.



11 comments:

  1. Teringat pulak masa aktif dengan RC helicopter group dulu..duit memang berabis main benda ni...hehehe..racun pulak banyak :p sekarang dah slow down dah

    ReplyDelete
  2. Ni mainan ko ke mainan anak sebenarnya? Haha.. TP kalau sendiri punya pun takpa. Hehe...

    ReplyDelete
  3. last2 mama isyraf jgk la yg tlg kemas...huhu

    ReplyDelete
  4. muahaha.... tu yg tak tahan tu.. ekekeke

    ReplyDelete
  5. Aku kenal ramai kawan yg konon2 beli mainan untuk anak, tapi sebenarnya dialah yg nak ... termasuklah aku! Ha ha ha!

    Takpelah, sebab dulu kecik2 tak dapat.

    ReplyDelete
  6. Biasalah bro... masa kecik tak mampu beli... kempunan je tgk... Masa la ni la yg yg boleh pun. Kalau tak beli bila lg? Haha

    ReplyDelete
  7. Haha!! rasanya betul gak tu, aku beli untuk aku main je.. wakaka!!

    ReplyDelete
  8. Sian mama isyraf, asyik kemas mainan isyraf je lepas tu..

    ReplyDelete
  9. xdo upa gik dah dak lori ya..knak cabut ny..hahaa

    ReplyDelete
  10. Yg bumblebee tu beli kat mana ya? Blh share tak? Anak saya punya hilang kat hospital semalam, nak ganti balik...huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumblebee tu beli di kedai Petronas lama dah..

      Delete