Pages

Thursday, April 14, 2011

Sepi, Diam...

Pilihan raya Negeri Sarawak tak lama lagi akan mendapat keputusan sebenarnya pada 16 April 2011 ini. Seterusnya menjadi parti yang menjadi kerajaan untuk satu penggal. Kalau parti yang bakal mendapat mandat kali ini sedap untuk ditelan, maka, sedaplah untuk satu penggal ni. Kalau tak sedap, maka telanlah kepahitan selama satu penggal lagi. Satu penggal bukan tempohh yang singkat. Paling-paling 4-5 tahun!! Kalau anak lahir pada 16 April 2011 ni, kalau nak tukar kerajaan baru selepas 16 April 2011, kena tunggu anak dapat masuk Tadika tu.. Lama beb!!

Pelbagai ragam dapat dilihat ketika ni. Ada kempen calon yang dihadiri sehingga 5000 orang. Ada calon berkempen di hadapan tak sampai 50 orang pun ada. Kesian aku tengok. Malah kehadiran pemimpin tertinggi parti tertentu juga nampaknya gagal menarik penyokong tak sampai 100 orang yang datang. Kesian, dah orang tua tu datang dari jauh, susah payah naik bot ekspres (kat Semenanjung Malaysia dipanggil feri). Naik rumah panjang tak sampai sejam dah kepanasan dek tuai rumah tanya "kenapa hari ni tak pakai jam tangan". 30 minit je bertahan sebelum balik semula ke bandar.. Adoi.. Ada jugak.. Ada jugak pemimpin yang hampir-hampir terbunuh akibat penggunaan helikopter yang gagal dikawal dan terhempas. Panjang nyawa beliau tersebut. Apa-apa pun, 16 April 2011 ni kali pertama aku mengundi. Sebab PRN yang lepas, calon kat tempat aku menang tanpa bertanding.. Walau apa pun, suasana politik di Sarawak nampaknya berbeza berbanding pilihan raya di negeri-negeri lain di Malaysia. Di Sarawak yang uniknya, tiada kehadiran calon dari UMNO, MIC dan MCA yang bertanding. Calon-calon dari parti yang ditubuhkan dari Sarawak sendiri nampaknya masih menjadi pilihan popular berbanding parti yang ditubuhkan dari luar Negeri Sarawak. Tak kira la parti tersebuh dari pihak kerajaan memerintah mahupun pembangkang.

3 comments:

  1. jal, aku perati dr. puncak Kinabalu je...atas kertas BN pulun, tp bawah kertas susa nak nmpak dn teka. pasni giliran Sabah...Semenanjung.yg pasti politik dr dulu tetap sepanas goreng pisang...

    ReplyDelete
  2. sj, buat lah keputusan yang bakal mengubah serawak... :)

    ReplyDelete
  3. Suka Jam, aku tiap kali bercakap dengan kawan2 dari sana, takde sorang pun yang beri reaksi positif pasal Tok Uban, seolah-olah satu Sarawak tu benci dia. Tapi tiap kali pilihanraya, mesti menang. Apa sebab agaknya?

    ReplyDelete