Pages

Thursday, July 26, 2012

Apabila Bendera Korea Utara Menjadi Bendera Korea Selatan

 Macam ni pun ada ka.. Adoi.. Kat temasya Olimpik London 2012 pulak tu..
LONDON - Hari pertama Sukan Olimpik London semalam dicemari dengan insiden memalukan apabila pasukan bola sepak wanita Korea Utara enggan beraksi selepas penganjur tersalah memaparkan bendera negara mereka sebelum perlawanan. Bagaimanapun perlawanan melibatkan Korea Utara menentang Colombia terganggu selepas skrin gergasi Stadium Glasgow di Hampden Park memaparkan bendera Korea Selatan hingga mengundang kemarahan di kalangan pemain.

Perlawanan yang dijadual berlangsung pada pukul 7.45 malam hanya bermula pada 8.50 malam selepas pihak penganjur memohon maaf terhadap kesilapan memalukan itu kepada pasukan Korea Utara.

Hari ini (semalam) ketika perlawanan bola sepak wanita di Hampden Park, bendera Korea Selatan ditayangkan di skrin besar dan bukannya bendera Korea Utara.
Secara jelas ia adalah kesilapan, kami akan meminta maaf kepada pasukan serta Majlis Olimpik Kebangsaan dan kami akan pastikan insiden sebegini tidak akan berulang kembali," kata kenyataan penganjur Sukan Olimpik London 2012.

Insiden tersebut sudah tentu mengundang mimpi ngeri pada temasya yang berlangsung selama 19 hari terutama apabila kedua negara Korea Selatan dan Utara masih terlibat dalam peperangan.
Ya, sudah tentu kami marah kerana pemain kami diperkenalkan dengan bendera Korea Selatan sesuatu yang akan memberi kesan besar kepada kami.
Walaupun menang perlawanan namun ia tidak dapat mengganti apa yang telah berlaku. Ini adalah sesuatu yang berbeza dan kami harap perkara sebegini tidak akan berlaku pada perlawanan akan datang," kata jurulatih Korea Utara, Sin Ui-Gun.


 Penyokong Korea Utara mengamuk pasal salah bendera yang ditunjuk di skrin besar di Stadium.

 Pegawai pasukan Korea Utara naik berang!

Lepas kena marah, baru bendera Korea Utara dipaparkan di skrin besar. Bendera negara sangat sensitif terutama di kejohanan sebesar ini. Bendera Malaysia di sukan Sea Jakarta tahun lalu menceritakan pasal kekurangan jumlah jalur putih pun sangat besar kesalahannya!

P/s: Asal jangan salah letak bendera Malaysia menjadi bendera Amerika Syarikat sudahlah!

4 comments:

  1. dorang memang sensitif
    maklum la dari dulu smpai sekrag still at war

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perang yang disebabkan oleh perbezaan ideologi, padahal sama je bangsa korea..
      Tak mustahil akan berlaku di malaysia jika bangsa malaysia tak bersatu..

      Delete