Macam ni pun ada ka.. Adoi.. Kat temasya Olimpik London 2012 pulak tu..
LONDON - Hari pertama Sukan Olimpik London semalam dicemari dengan
insiden memalukan apabila pasukan bola sepak wanita Korea Utara enggan
beraksi selepas penganjur tersalah memaparkan bendera negara mereka
sebelum perlawanan. Bagaimanapun perlawanan melibatkan Korea Utara menentang Colombia
terganggu selepas skrin gergasi Stadium Glasgow di Hampden Park
memaparkan bendera Korea Selatan hingga mengundang kemarahan di kalangan
pemain.
Perlawanan yang dijadual berlangsung pada pukul 7.45 malam hanya bermula
pada 8.50 malam selepas pihak penganjur memohon maaf terhadap kesilapan
memalukan itu kepada pasukan Korea Utara.
Hari ini (semalam) ketika perlawanan bola sepak wanita di Hampden
Park, bendera Korea Selatan ditayangkan di skrin besar dan bukannya
bendera Korea Utara.
Secara jelas ia adalah kesilapan, kami akan meminta maaf kepada
pasukan serta Majlis Olimpik Kebangsaan dan kami akan pastikan insiden
sebegini tidak akan berulang kembali," kata kenyataan penganjur Sukan
Olimpik London 2012.
Insiden tersebut sudah tentu mengundang mimpi ngeri pada temasya
yang berlangsung selama 19 hari terutama apabila kedua negara Korea
Selatan dan Utara masih terlibat dalam peperangan.
Ya, sudah tentu kami marah kerana pemain kami diperkenalkan dengan
bendera Korea Selatan sesuatu yang akan memberi kesan besar kepada kami.
Walaupun menang perlawanan namun ia tidak dapat mengganti apa yang
telah berlaku. Ini adalah sesuatu yang berbeza dan kami harap perkara
sebegini tidak akan berlaku pada perlawanan akan datang," kata jurulatih
Korea Utara, Sin Ui-Gun.
Penyokong Korea Utara mengamuk pasal salah bendera yang ditunjuk di skrin besar di Stadium.
Pegawai pasukan Korea Utara naik berang!
Lepas kena marah, baru bendera Korea Utara dipaparkan di skrin besar. Bendera negara sangat sensitif terutama di kejohanan sebesar ini. Bendera Malaysia di sukan Sea Jakarta tahun lalu menceritakan pasal kekurangan jumlah jalur putih pun sangat besar kesalahannya!
P/s: Asal jangan salah letak bendera Malaysia menjadi bendera Amerika Syarikat sudahlah!
dorang memang sensitif
ReplyDeletemaklum la dari dulu smpai sekrag still at war
Perang yang disebabkan oleh perbezaan ideologi, padahal sama je bangsa korea..
DeleteTak mustahil akan berlaku di malaysia jika bangsa malaysia tak bersatu..
selatan atau utara?
ReplyDeleteKorea utara rasanya..
Delete