Pages

Sunday, June 10, 2012

Tag Heuer Formula 1

Jenama Tag Heuer memang terkenal di kalangan penggemar jam. Mungkin ramai yang mengidam, namun terpaksa memendam rasa memandangkan harganya yang agak keterlaluan berbanding movement yang sama digunakan oleh Tag Heuer yang digunakan pada jenama jam yang swiss yang lain yang lebih murah. Ramai yang merungut kerana Tag Heuer hanya menjual jenama. Jenama Tag Heuer sangat kuat terutama dalam sukan permotoran dunia, pastinya sukan termahal di dunia!

Lagi pun nilai jualan semula jam ini pastinya sangat merosot berbanding jenama jam lain. Yes! Salah satu sebabnya, movement yang digunakan oleh Tag Heuer turut digunakan pada jenama jam lain yang harganya jauh lebih murah!

Namun setelah lama aku memerhatikan jenama Tag Heuer ini, aku sedikit kagum dengan Tag Heuer kerana dapat menjual jam quartz pada harga yang agak tinggi berbanding jam quartz swiss yang lain. Malah dapat mengekalkan harganya pada harga yang tinggi, namun masih ramai yang menggilainya walaupun hanya menggunakan movement quartz! Kalau Tag Heuer formula 1 automatic, harganya berlipat kali ganda, dan sangat sukar untuk dijual semula.

Salah satu yang menarik perhatian aku ialah, model Tag Heuer Formula 1 ini. Harga pasarannya sentiasa dalam kitaran RM600 hingga RM900! Bergantung kepada bracelet/tali yang digunakan. Saya ulangi, walaupun hanya menggunakan movement quartz dan terpakai!

 Bentuk yang begitu ringkas dan evergreen!

Dulu pernah juga seorang rakan menawarkan aku jam ini pada harga yang sangat murah kerana sangat memerlukan wang pada masa itu. Namun dek kerana ego aku masa itu, movement quartz langsung tiada dalam senarai jam yang dicari, maka aku tolak tawaran tersebut. Namun sekarang, persepsi aku berubah kerana, walaupun hanya quartz, Tag Heuer Formula 1 ini sangat collectible dek kerana sejarahnya. Rasa menyesal kerana menolak tawaran tersebut timbul! Aku teringin untuk memiliki model ini suatu hari nanti. Walaupun hanya Quartz!


3 comments:

  1. kat ebay phillipines banyak bro model ni jual.Saya bernasib baik dapat di cash converters ngan harga Rm 280 tapi muka calar balar tapi memang puas hati

    ReplyDelete
  2. wow, dah murah sangat tu.. ada gak try bid dalam lingkungan RM250-RM280 sekali pos, tak menang2 lagi.. haha!! Kena bid RM400-RM600 baru menang..

    ReplyDelete
  3. aku pun ada satu...tag heuer 1000 series..quartz...tapi mahal la aku beli,dalam rm1.6k...siap kotak,certificate,part semua masih ori...best gak pakai...

    ReplyDelete