Pages

Tuesday, June 26, 2012

Apa Khabar Jam-Jam Aku?

 Lama betul tak pakai jam ni. Bro Asmar, thanks. Ni la jam yang menjadi inspirasi aku dalam mengenal dunia horology ni. Beli dari blog jampilihan.

 Masih cantik berkilat. Pernah menjadi bahan ujikaji bukak dan pasang. Alhamdulillah, projek menjadi!

 Dalam gelap nampak cahaya samar LED sahaja. Jam pertama pun beli dari blog jampilihan. Namun telah dibeli oleh peminat jam casio. Tapi atas rasa rindu dengan lampu LED tersebut, aku carikan lagi satu untuk simpanan dan mainan aku. Rega beli pun sangat murah macam dapat durian runtuh. Manakan tak, dalam ebay pun tengok harga kalau terpakai cecah RM700! Gila baq hang!

 Cermin agak calar, tapi fungsi takdak masalah. Ok je. Bateri pun baru tukar kata seller dari Jepun tu la.

 Meh main dengan jam ni. Tekan butang hijau tu, keluarlah perkataan pulse tu.

 Sebelum guna, setkan dulu umur. Dah 31 tahun dah rupanya aku ni. Patutlah semput main bola Liga MuFA (Mukah Football Association League) tempoh hari.



 Tu dia, 82 bacaannya. Kira okey lah tu. intensity dah cecah 43%.

Made in japan. Jam ni pun terbang dari Jepun.

Niat di hati dah taknak beli jam. Tapi teracun dengan Rolex Submariner, cari jugak la homage Orient Submariner. Dapatlah Orient "Submariner" ni. Ni aku guna untuk pergi kerja sahaja. Baru beli dari blog iramamasa.

Seiko Samurai Malaysia Movement yang hensem! Jam paling mahal pernah berada dalam koleksi setakat ni! Beli dari blog jamlama.

-----------------------------------------------------------------
Semua dari Jepun. Citizen, Casio, Orient, Seiko. Mungkin jenama Jepun yang lain?

6 comments:

  1. Tahniah bro! Tak sangka ko masih simpan lg ye Citizen tu.. Classic beb!

    ReplyDelete
  2. Masih lagi, jam automatic original yang pertama beli online.. haha!!

    ReplyDelete
  3. salam bro first time singah agaknya, err ada jual jam ya bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila, dah takda dah jam nak jual bro.. hehe!!

      Delete
  4. tq bro..dlu kwn ade pakai orient sub biru.. dah jual, bila teringat rse nk cr blk pulak.. susah plak mencari yg biru tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biru susah jumpa.., yang hitam ni pun dah payah nak carik sekarang ni.. Tu yang rembat sebelum pupus.. Invicta "Sub" pun lawa jugak..

      Delete