Pages

Thursday, June 28, 2012

"GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Watak Kegemaran"


Klik Buasir Otak untuk Join

Watak Kegemaran: PAICHOW (WIRA TUNGGAL)

Aku nak watak PAICHOW ni pasal dia sorang je KUAT, dia sorang je HEBAT, kalau cedera, sendiri boleh RAWAT!

Tuesday, June 26, 2012

Apa Khabar Jam-Jam Aku?

 Lama betul tak pakai jam ni. Bro Asmar, thanks. Ni la jam yang menjadi inspirasi aku dalam mengenal dunia horology ni. Beli dari blog jampilihan.

 Masih cantik berkilat. Pernah menjadi bahan ujikaji bukak dan pasang. Alhamdulillah, projek menjadi!

 Dalam gelap nampak cahaya samar LED sahaja. Jam pertama pun beli dari blog jampilihan. Namun telah dibeli oleh peminat jam casio. Tapi atas rasa rindu dengan lampu LED tersebut, aku carikan lagi satu untuk simpanan dan mainan aku. Rega beli pun sangat murah macam dapat durian runtuh. Manakan tak, dalam ebay pun tengok harga kalau terpakai cecah RM700! Gila baq hang!

 Cermin agak calar, tapi fungsi takdak masalah. Ok je. Bateri pun baru tukar kata seller dari Jepun tu la.

 Meh main dengan jam ni. Tekan butang hijau tu, keluarlah perkataan pulse tu.

 Sebelum guna, setkan dulu umur. Dah 31 tahun dah rupanya aku ni. Patutlah semput main bola Liga MuFA (Mukah Football Association League) tempoh hari.



 Tu dia, 82 bacaannya. Kira okey lah tu. intensity dah cecah 43%.

Made in japan. Jam ni pun terbang dari Jepun.

Niat di hati dah taknak beli jam. Tapi teracun dengan Rolex Submariner, cari jugak la homage Orient Submariner. Dapatlah Orient "Submariner" ni. Ni aku guna untuk pergi kerja sahaja. Baru beli dari blog iramamasa.

Seiko Samurai Malaysia Movement yang hensem! Jam paling mahal pernah berada dalam koleksi setakat ni! Beli dari blog jamlama.

-----------------------------------------------------------------
Semua dari Jepun. Citizen, Casio, Orient, Seiko. Mungkin jenama Jepun yang lain?

Sunday, June 10, 2012

Tag Heuer Formula 1

Jenama Tag Heuer memang terkenal di kalangan penggemar jam. Mungkin ramai yang mengidam, namun terpaksa memendam rasa memandangkan harganya yang agak keterlaluan berbanding movement yang sama digunakan oleh Tag Heuer yang digunakan pada jenama jam yang swiss yang lain yang lebih murah. Ramai yang merungut kerana Tag Heuer hanya menjual jenama. Jenama Tag Heuer sangat kuat terutama dalam sukan permotoran dunia, pastinya sukan termahal di dunia!

Lagi pun nilai jualan semula jam ini pastinya sangat merosot berbanding jenama jam lain. Yes! Salah satu sebabnya, movement yang digunakan oleh Tag Heuer turut digunakan pada jenama jam lain yang harganya jauh lebih murah!

Namun setelah lama aku memerhatikan jenama Tag Heuer ini, aku sedikit kagum dengan Tag Heuer kerana dapat menjual jam quartz pada harga yang agak tinggi berbanding jam quartz swiss yang lain. Malah dapat mengekalkan harganya pada harga yang tinggi, namun masih ramai yang menggilainya walaupun hanya menggunakan movement quartz! Kalau Tag Heuer formula 1 automatic, harganya berlipat kali ganda, dan sangat sukar untuk dijual semula.

Salah satu yang menarik perhatian aku ialah, model Tag Heuer Formula 1 ini. Harga pasarannya sentiasa dalam kitaran RM600 hingga RM900! Bergantung kepada bracelet/tali yang digunakan. Saya ulangi, walaupun hanya menggunakan movement quartz dan terpakai!

 Bentuk yang begitu ringkas dan evergreen!

Dulu pernah juga seorang rakan menawarkan aku jam ini pada harga yang sangat murah kerana sangat memerlukan wang pada masa itu. Namun dek kerana ego aku masa itu, movement quartz langsung tiada dalam senarai jam yang dicari, maka aku tolak tawaran tersebut. Namun sekarang, persepsi aku berubah kerana, walaupun hanya quartz, Tag Heuer Formula 1 ini sangat collectible dek kerana sejarahnya. Rasa menyesal kerana menolak tawaran tersebut timbul! Aku teringin untuk memiliki model ini suatu hari nanti. Walaupun hanya Quartz!


Tuesday, June 5, 2012

Evolusi Penggunaan Jam



Aku tak tau sangat mengenai jam yang menggunakan bayang-bayang dari cahaya matahari ini. Tapi ini mungkin permulaan pengiraan masa pada zaman dahulu sehingga munculnya jam menggunakan pasir seperti gambar di bawah.


Mungkin ada daripada anda mempunyai maklumat lain selain daripada mekanisme-mekanisme yang disebutkan sebelum wujudnya sistem 24 jam seperti yang digunapakai pada hari ini.


 Turut diketahui ialah penggunaan lilin sebagai pengukur masa. Tetapi mungkin berbeza di setiap negara mengikut saiz lilin standard.



Di China, pernah diperkenalkan dengan jam yang menggunakan mekanisme air seperti di atas. Tak pasti bagaimana menggunakannya. Mungkin boleh  kita andaikan air mengalir dari atas ke bawah mengikut hukum graviti. Ntah la labu.. haha!

Yang lain-lain kebanyakannya menggunakan peralatan mekanikal berevolusi sehingga menjadi apa yang kita gunakan pada hari ini.


Ada sesiapa yang ada stok Orient Submariner untuk dilepaskan?

Yang seperti di atas ini atau seperti yang di bawah ini

Kalau boleh nak yang full set kotak dan manual & warranty. Thanks!