Model diecast Unimax Forces of Valor ini menarik perhatian aku untuk memilikinya. Kerana terdapat model askar tengah duduk bersedia dengan senjata sekunder (secondary weapon). Nampak macam betul tu..
Warna badan mbt Abrams ini turut sama dengan Abrams yang menceroboh Iraq pada tahun 2003. Daripada model saiz skala 1:144 aku beralih kepada model saiz 1:72 pulak. Panjang dari meriam utama sehingga ke belakang mbt ini lebih kurang 14cm. nampak menarik untuk disimpan dalam almari kaca untuk display.
Lampu merah kat belakang ni cun betul! Macam menyala. Faktor utama aku untuk memiliki model ini ialah harganya lebih murah berbanding model lain dalam siri Unimax Forces of Valor ini seperti Challengger British dan M2A3 Bradley USA yang menjangkau harga ratusan ringgit. Yang ini jauh lebih murah dan cuma seketul itu sahaja yang berharga mampu milik. Jika dicari di ebay ketika ini harga model ini telah meningkat naik mencanak-canak menjangkau ratusan ringgit sekali harga postage. Nasib baik berkesempatan memiliki pada harga yang munasabah. Alhamdulillah..
Cuba diletakkan di atas rumput tiruan. wakaka!! Mana boleh, warna ini khas untuk peperangan di padang pasir bang oi.. Kena cari warna celoreng hijau hitam baru cantik..
Close up di bahagian belakang. Tempat keluarnya asap mbt ini. Dah berwarna hitam akibat asap enjin diesel yang tak servis.. wakaka!! Nampak real tu, tread (rantai roda) dia pun nampak kotor lumpur dan pasir. Pandai betul diorang bermain dengan ton warna seperti ini. Tread tu boleh bergerak pulak tu. Best!! Perincian buatan yang sangat halus dan teliti!!
Askar tengah bersedia untuk menembak menggunakan mesingan!! Ada arial radio untuk komunikasi. Pihak tentera Jerman dikatakan yang pertama menggunakan kemudahan radio ini untuk menumpaskan ribuan mbt T-34 Soviet Union pada perang dunia kedua (doktrin peperangan Soviet Union pada masa ini ialah serbuan besar-besaran kerana memiliki kilang yang mampu menghasilkan lebih seratus mbt sehari!! dan pernah memiliki sehingga 200,000 mbt pada perang dunia kedua). Komunikasi radio sangat penting dalam mencaturkan formasi dalam berhadapan dengan pihak musuh semasa peperangan mbt berlaku.
Aksesori kat belakang turet ni turut diwarnakan sedemikian rupa. Nampak real pulak tu. Kalau tak silap aku, terdapat gelen bekalan air, kanvas dan kotak ntah hapa-hapa diorang letak.
ptt pun urg ye ngkah lam mari,tkt dimain anak..haha ( sendirik )
ReplyDelete