Pages

Wednesday, November 30, 2011

Jam Loceng Ayam Patuk City Sonic

Jam loceng City Sonic ini mengimbau zaman kanak di mana bila balik kampung akan nampak nenek & datuk sebelum tidur akan mengunci jam loceng dengan kepala ibu ayam sedang mematuk-matuk bersama-sama anak-anaknya.


Jam ini sebenarnya aku hadiahkan kepada isteri tercinta kerana minatnya terhadap jam loceng atau jam meja. Jam ini lebih baik kerana tidak perlu risau nak beli bateri. Cuma kuatkan jari jemari kita untuk memutarkan kunci jam di belakang jam loceng ni.



Latar belakang jam ini ialah jersi Harimau Malaya, sempena kemenangan pingat emas sukan SEA di Jakarta yang lalu. Tahniah Harimau Muda (Malaysia U23)!!


Permandangan di belakang jam loceng ini. Yang macam bibir orang bersedih berbentuk U tu ialah setting kelajuan jam. Kalau rasa jam terlalu laju, alihkan ke arah negatif (-), jika agak lambat dari sepatutnya, alihkan ke arah positif (+). Payah nak dapatkan setting yang betul sebab main spring tidak konsisten (terutama jika ada masa malas nak kunci jam), kadang-kadang tegang, kadang-kadang kendur... Erk!! Hehe!!


Loceng ni kalau kita on ni memang akan terkejut bangun dari tidur. Siap jantung berdebar-debar kecang akibat bunyi yang agak nyaring. Haha!! Pernah aku cuba on loceng untuk bangun subuh, anak beranak semua terbangun sebab terkejut!! Wakaka!! Hebatnya bunyi loceng jam ni..

Part ni yang best tentang jam ni. Kepala ayam dia mematuk-matuk tak berenti. Pernah aku masih kanak-kanak terfikir, tak penat ke mematuk-matuk tak berenti ni?


Tanda merah tu ialah masa loceng yang kita nak dia berbunyi, contoh yang ni aku setkan untuk bangun sahur. Pukul 4 pagi..


Eh.. tiba-tiba je askar US ni nak tembak orang. Sentiasa bersiap sedia. Sehebat mana pun tentera US ni, kalau bekalan diorang kita berjaya dihentikan daripada dihulurkan kepada mereka, maka kemenangan besar boleh kita perolehi ke atas tentera US ini. Contohnya, tentera terkuat Jerman semasa pemerintahan Hitler semasa ingin menguasai Stalingard Soviet Union (kawasan kilang senjata Soviet yang terbesar semasa perang dunia kedua). Dengan jarak yang jauh, bilangan tentera Hitler seramai 230,000 orang, tank 1000 buah dan artileri 3000 buah memerlukan sumber bekalan makanan dan senjata yang sangat banyak dan kerap. Taktik Soviet Union untuk menewaskan tentera terkuat Hitler pada masa ini ialah dengan menyerap kemaraan sambi menyekat bekalan daripada sampai ke tangan tentera Jerman Hitler. Walaupun korban jiwa yang ramai di kalangan Soviet, akhirnya tentera Jerman Hitler mengalami kekalahan teruk akibat kesejukan dan tiada bekalan makanan dan senjata diperolehi sehingga menjurus kepada kekalahan mereka di tangan tentera perikatan US, British dan Perancis.


Digayakan bersama dengan jam loceng. Salah satu jam loceng perlu ada dalam koleksi peminat jam vintage kerana semakin sukar mendapatkannya.


2 comments:

  1. ..mcm kenal jak jam ya..hehe ( mamaisyraf)

    ReplyDelete
  2. Jam Loceng Saya Dia Punya Pengetok Pada Bell Rosak Longgar Cik Boleh Perbetulkan Atau Repair Di- Mana Kedai Cik Tell Saya 0196795307 Atau 0192933403 Atau Rumah 03-87273298 Taman Pelangi Semenyih .Terima Kasih .

    ReplyDelete