Pages

Monday, November 14, 2011

Iraqi T-54B MBT

Model T-54B ini merupakan model keluaran tahun 1952. Namun seperti yang aku ceritakan sebelum ini, model-model MBT Soviet sangat reliable dan model ini masih banyak yang beroperasi sehingga kini dan masih banyak negara masih memiliki model T-54/55 ini dadn masih dalam perkhidmatan!! Walaupun prestasinya sangat ketinggalan berbanding MBT moden.


Saingan T-54/55 tahun era 1950an keluaran Amerika Syarikat, British dan Perancis kesemuanya sudah dihentikan perkhidmatan, malah ada yang menjadi bahan letupan untuk menguji kehebatan peluru berpandu anti-tank negara pengeluar masing-masing.


T-54/55 masa kini masih gah memberikan perkhidmatan terbaik dan ini terbukti masih digunakan oleh pemberontak anti Ghaddafi di Libya beberapa bulan yang lepas.


Di Iraq, model T-54B ini pernah digeruni oleh musuh-musuhnya seperti Iran dan Israel kerana pernah memiliki sehingga 1500 buah MBT T-54/55 pada suatu masa dahulu di zaman kegemilangan Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussien.


Model ini aku dapatkan untuk memperingati bahawa Iraq pernah menjadi satu kuasa besar tentera di timur tengah.


Kalaulah T-54B Iraq ini berselisih seperti ini dengan MBT Merkava Israel, bayangkan apa yang terjadi?


Model MBT siri T Soviet uniknya memiliki dua tangki minyak tambahan di belakang MBT. Ini bertujuan agar operasinya dapat dilakukan pada jarak yang lebih jauh sehingga 550km-700km!! Berbanding MBT blok Amerika sekitar 300km-350km sahaja. Ini yang menarik perhatian aku pada model MBT Soviet ini.



MBT ini jika dibandingkan dengan MBT moden, saiznya sangat kecil. Tidak hairanlah bagaimana kemusnahan 150 buah MBT Syria dimusnahkan oleh MBT Merkava Israel pada perang 6 hari!! Kelemahannya ialah, perisai turet MBT T-54B ini sangat nipis dan mudah dibolosi dan diterobos oleh peluru berpandu anti-tank.



Nampak megah dan gagah!!



Alamak, jam Seiko Stargate aku sentiasa menjadi mangsa rakus MBT!! Erk!!



Terdapat senjata kedua yang bertindak sebagai mesingan anti pesawat malah boleh boleh digunakan untuk menghancurkan kenderaan dan tembok pihak musuh!!



Boleh tengok saiz T-54B iraq ini berbanding Merkava Israel, kecik je!!



Situasi seperti ini hanya boleh kita tengok pada model tank seperti ini sahaja. Haha!!



Tapi awas! Merkava pun boleh mengancam T-54B tanpa sebarang masalah!! Boleh bandingkan ketebalan turet Israel berbanding T-54B Iraq yang nipis!!

3 comments:

  1. Skrg ni byk la model keta kebai ni kat umah ko ye? Bole letak dlm lemari bahuan tontonan. Hehe

    ReplyDelete
  2. Takla banyak. Baru sikit-sikit. Sebab beli sikit-sikit dan beli model yang berkenan ja. Tengah mengintai model British Challenger, Jerman Leopard, & USA Bradley M2A3! tapi mahai model2 ni bro kalau saiz 1:72!!
    ~sukajam~

    ReplyDelete
  3. my fav centurion british tank, my 1st tamiya 1:35, then merkava, bradley pun ada bikin...pas tu moved to german tanks panzer, tiger & macam2 .. then i try francois verlinden figures & add on jerman tank & truck tarik cannon tu.. now boleh bikin lagi but no kaki i rasa boring.. hehehe sharing2 ... the good ole days..

    ReplyDelete