Penat dengan pelbagai pendapat mengenai kemerdekaan negara, aku bawak korang yang lahir lewat tahun 70an dan lahir awal 80an untuk mengimbau kembali siri tv yang pastinya mengingatkan kita pada zaman kanak-kanak. Apa yang ibu bapa kita tengok, itulah yang kita tonton jugak. Ye la, masa tu mana ada astro, ada tv1, tv2 dan tv3 sahaja. Masa tu best, kawan-kawan bangsa Cina dan India boleh masuk kalau borak pasal siri tv yang baru ditonton malam semalam. Sekarang ni payah la, bangsa Cina ada channel Cina dia, bangsa India, ada channel India dia. Bangsa Melayu dengan pelbagai channel pulak & yang pasti semua masuk tak kira Korea, Jepun, India, Hong Kong, Latin, Holywood.. adui!!!
Incridible Hulk dengan muka ngerinya. Namun gigi dia tetap bersih dan kuat. Aku pernah tertanya, kenapa warna kulit dia bertukar hijau, kenapa bukan merah ke, pink ke, kuning ke.. Haha!! Kata kawan aku, dia bernafas menggunakan karbon dioksida dan menyerap cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Err.. Betul ker..?
Thunder Cat, siri kartun yang pastinya pernah ditonton oleh kanak-kanak sezaman aku. Logo proton pada kereta Proton Waja pada tahun 2000 mengingatkan aku pada logo pedang Tunder Cat ni. Haha!! Bestnya, pedang kontot dia boleh jadi panjang.
Voltron, siri kartun yang turut menjadi santapan masa petang. Kalau tak silap dalam pukul 4.30 sehingga 5.30 petang, siri ini lah antara yang keluar tv. Best tengok robot dia bercantum jadi lagi besar! Kagum jiwa kanak-kanak pada masa tu.
Voltron, siri kartun yang turut menjadi santapan masa petang. Kalau tak silap dalam pukul 4.30 sehingga 5.30 petang, siri ini lah antara yang keluar tv. Best tengok robot dia bercantum jadi lagi besar! Kagum jiwa kanak-kanak pada masa tu.
Nam, Tour of Duty. Kalau tak silap nama siri ni dulu. Dulu tak tau siri ni cuma dakyah Amerika untuk sembunyikan kekalahan teruk mereka di Perang Vietnam pada tahun 60an dan 70an menentang komunis di Asia. Mak Bapak tengok, kita pun tengok. Tapi best tengok adegan tembak menembak dan letup meletup!!
Drama bersiri Oshin, ingat lagi kain pun boleh dinamakan kain Oshin. Haha!! Kain batik lak tu. Mana ada orang Jepun pakai kain batik. Wakaka!! Cerita dia panjang betul, tak ingat berapa bulan drama ni bersiaran.
MacGyver, ni sapa yang pandai-pandai je repair radio ke, tv ke, lampu ke, pastu rosak, memang confirm digelar MacGyver. Tapi dari cerita ni, otak kanak-kanak boleh belajar untuk mencipta inovasi. Ala, yang kerajaan baru canang-canangkan sekarang ni.
Rambo, askar komando yang tak terkalah dan takkan mati walaupun berdepan ratusan askar vietnam dan afghanistan!! Pergh!! Dahsyat ko Rambo!! Tapi perlu diingat, ada gak adegan dia terselamat apabila rakyat tempatan tempat diaberperang tu yang melindungi dia jadi perisai. Haha!!
Airwoft, aku terpegun dengan design helikopter dia yang serba canggih! Mungkin tercetusnya idea penciptaan helikopter tempur Amerika sekarang ni iaitu apache. Dahsyat nih!!
Knight Rider!! Kereta dia boleh bercakap tu. Komputer dengan kepintaran buatan. Pergh!! Lama dah idea ni rupanya. Kita je baru tau sekarang ni.. Haha!!
Tapi yang peliknya, walaupun lesen tv cuma berharga RM24 je setahun, liat betul nak bayar. Tapi sekarang ni, Astro ratusan ringgit sebulan boleh pulak bayar.. Haha!! Ingat lagi, dokumen ni akan ditampal di sebelah tv di dinding. Siap ada pegawai pemeriksa lagi datang ke rumah.
Incridible Hulk ya makei colgate kayu sugi..yala giginya kck..hehe
ReplyDeleteKo senaraikan semua cite yg gila suka aku tgk dulu... huhu
ReplyDeletebest tul dulu-dulu.. time kita kanak2. Dah dewasa ni, rindu saat jadi kanak-kanak.. Termasuk nak tgk semula semua cerita ni..
ReplyDeletesukajam (aku takleh nak komen guna akaun google la.. ntah kenapa.. hehe!
zaman dulu 24 ringgit tu adalah segala-galanya jika keluarga kau bukan dari kalangan berada. lagipun apa relevannya lesen untuk t.v? memeras ugut orang miskin.
ReplyDeleteDaripada tanya apa relevannya lesen tv, baik kita tanya apa relevannya yuran astro yang mahal tiap2 bulan jika rancangan astro pun ada banyak iklan sama macam stesen tv percuma..
DeleteNama je profesional, tapi mentality nak semua percuma.. Dei! masok toilet nak kencing pun ada kena bayar 50sen dah la ni.. nak kencing free, tu kat tepi jalan tu..
alu nak manas dak sidak lok..huhu
ReplyDeleteAok eh, nak manas ajak.. nang ado,
Delete"suka bak sikih ko ulo nyen.. bak melawen peritah mak keja lou ih"