Sesiapa yang pernah lahir pada lewat 70an dan awal tahun 80an, sudah tentu anda adalah orang-orang yang berada dalam generasi yang didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Oleh itu, di sini, aku cuba membawa kembali suasana kanak-kanak yang pernah kita lalui.
Makanan ringan dengan permainan dalamnya. Sudah pasti ada di antara kita yang pernah dimarah oleh ibu bapa kita apabila membazirkan duit dengan membeli Ding dang dan Tora ni. Haha!! Coklat dia kadang-kadang dah lemau, mainan ntah apa-apa ntah. Parents mana yang tak marahkan anak-anaknya. Tetapi iklan di TV masa tu sangat kuat pengaruhnya ke atas kanak-kanak. Adui...
Fido Dido, rasanya ada yang pernah memakai t-shirt Fido Dido. Minum 7 Up memang kemestian bila memakai t-shirt ni.
Minuman Kola jenama arwahyarham Sudirman Sudi Kola. Seingat aku, aku pernah cuma sekali sahaja merasai air kola Sudi ni. Tin dia aku pernah simpan, tapi hilang ntah kat mana. Nasib baik pernah sekali, kalau tak pernah langsung, bukan peminat Sudirman lah pada masa tersebut.
Fido Dido, rasanya ada yang pernah memakai t-shirt Fido Dido. Minum 7 Up memang kemestian bila memakai t-shirt ni.
Minuman Kola jenama arwahyarham Sudirman Sudi Kola. Seingat aku, aku pernah cuma sekali sahaja merasai air kola Sudi ni. Tin dia aku pernah simpan, tapi hilang ntah kat mana. Nasib baik pernah sekali, kalau tak pernah langsung, bukan peminat Sudirman lah pada masa tersebut.
Projek susu sekolah. Aku minat berul air ni. Sebab boleh beli dari koperasi sekolah dengan harga cuma 25 sen sahaja pada masa tersebut. Berbanding minuman susu coklat lain di pasaran berharga 80sen. Best tul.
Polis Angkasa Gavan (gaban). Aku tak penah miss siri Gaban ni. Sampai nangis mintak bapak belikan pedang mainan seperti Gaban ni.. Gaban zed, potong dua.. adui..!! Haha!!
Ninja turtles. Dari spender, seluar ke baju t, semua cap ninja turtle ni. Haha!! Sapa ada simpan lagi baju ninja turtles? Ada NOS lagi tak? haha!!
Cerita monyet makan cili di RTM. Dah dewasa ni baru tau comel jugak muka monyet ni.
Salah satu kartun jepun yang aku lagi suka berbanding transformers yang agak bosan pada aku. Mospeada ni yang bestnya, motosikal boleh jadi robot kat badan. Sebab tu minat terhadap motosikal ala motobike timbul. Sampai sekarang aku minat Motogp. Valentino Rossi, ko kena pakai motosikal mospeada ni, baru boleh menang!! Tak pakai petrol tapi pakai nuklear ni beb!! Haha!!
Selain monyet makan cili, sang kancil dengan buaya antara kartun yang seronok aku tengok. Ye lah, dari aku baca dalam buku cerita yang aku pinjam dari perpustakaan, aku boleh tengok live kartun dia kat tv. Best..
Rupa buaya ni pun rupanya comel. Baru aku perasan. Haha!! "Jadi, tak ade lah makan?"
Kesatria Baja Hitam. Aku heran betul, kenapa jadi "Baja Hitam".. Haha!! Motocross dia best. Ada sesungut. Ada GPS kot? Untuk kesan musuh. Tapi motosikal ni confirm tak lepas JPJ, pasal takde lampu depan dan lampu brek belakang. Signal pulak warna merah. Aduih!! Sapa la yang design motosikal ni.
Dan yang ni, bintang Ninja!! Pernah gunting kepingan logam berbentuk bintang ninja ni, asah kasi tajam, pastu baling kat dinding kayu. Pergh!! Melekat beb!! Tapi bahaya sangat, kena kat badan orang maunya berdarah!! Don't Try This At Home!!
--------------------------------------------------------------------------
Cepat betul masa berlalu, sesungguhnya masa lampau adalah benda yang paling jauh dari kita.
Kmk ske cita sang kancil ngan boyak ya..hehe
ReplyDeleteWoi!!!!! Mana ko curi bintang ninja aku tu? Haha.. Dulu aku & kawan2 dok buat bintang ninja dari penutup botol... Ketuk dgn hammer sampai flat & potong buat bintang dgn gunting... baling kat potok tercacak beb.. Nasib tak tembak org... Haha
ReplyDeleteu make me miss the good old days....
ReplyDeletewakecau wakecau gaban...!!!
satu menda lg ko lupa nk masukkan.T-shirt yg ada gambor keta Proton Saga.hehehe...
ReplyDeletekenal biskut putu? sampaikan biskut tu pun ada bentuk keta proton saga.
smpe nektok bli ding dang u...heheee ntam time kecik ria,xpat meli glak...nektok bli ngn anak jak..hihi
ReplyDeletekerana baja hitam aku sanggup ponteng kelas agama...waktu tayangan pukul 4 @ 4.30 petang..zmn 80an ni kasut hi cut (aliph, nb, reebok tgh top), baju pulak warna terang2...ppn paki jeans kembang kat paha, ats pusat...
ReplyDeletesukajam said,
ReplyDeleteMemang best cerita dulu-dulu. Mana nak carik dvd baja irtam niyek? haha!!
youtube bro! Haha
ReplyDelete