Lama dah aku tak post pasal jam. Kali ini masih berkenaan dengan masa lampau, kepada penggemar barang-barang bersejarah. Kali ini aku nak alih perhatian daripada jam kepada isu kelengkapan pertahanan negara. Salah satunya ialah kerata kebal tempur utama (Main Battle Tank-MBT). Dalam banyak-banyak kelengkapan seperti kapal selam, kereta perisai, meriam, rifle, peluru berpandu dan machine gun, kereta kebal menjadi pilihan kegemaran aku. Bersesuaian dengan minat terhadap tali nato, maka minat aku terarah kepada MBT ni. Model yang aku nak tunjuk kali ini ialah model buatan Soviet Union iaitu T-72.
T-72 adalah sebuah kereta kebal tempur utama buatan Kesatuan Soviet yang dikeluarkan sejak tahun 1971. Kereta kebal ini merupakan hasil dari pembangunan lanjut yang dilakukan ke atas kereta kebal T-62. Kereta kebal T-90 pula merupakan terbitan hasil pembangunan yang berterusan ke atas T-72. Baru-baru ini, reputasi T-72 tercalar ekoran keupayaannya yang mengecewakan semasa dalam pertempuran menentang kereta-kereta kebal moden buatan Barat seperti M1 Abrams dan Challenger 1 dalam Perang Teluk dan perang menentang keganasan Amerika Syarikat pada tahun 2003. Walaupun begitu, kekurangan latihan dan alat ganti yang diberikan kepada krew kereta kebal T-72 juga harus diambil kira.
Bagi aku, MBT ni berbentuk unik terutama buatan Soviet Union ataupun Russia. Nampak gagah walaupun mudah dikalahkan oleh MBT Amerika Syarikat pada perang teluk 1991 yang menggunakan M1 Abrams. Mungkin dari segi kelajuan dan kekuatan jarak tembakan T-72 ini agak ketinggalan, namun dari segi berat amat bersesuaian dengan muka bumi khatulistiwa yang panas dan lembab.
Kekalahan MBT T-72 yang dimiliki Iraq pada perang teluk 1991 disebabkan kelematan turetnya yang hanya mampu menembak ketika T-72 ini dalam keadaan pegun. Berbanding lawannya Abrams yang mampu menembak ketika MBT bergerak pada kelajuan maksimum 60km/j - 80km/j. Dan turet Abrams mampu berputar 360 darjah. Tembakan PT-72 ini juga hanya sekitar 1500m sahaja. Berbanding lawannya di perang teluk mencecah 2500m!! PT-72 ini sedang bertarung dengan pahlawan samurai.
Selain menembak menggunakan meriam utama dia, MBT ini berfungsi untuk merosakkan kubu dan kenderaan lawan dengan menggilis seperti yang dilakukan oleh T-72 ni terhadap samurai. Beratnya boleh mencapai 48 tan dengan muatan penuh krew dan peluru. Berbanding M1 Abrams yang mencecah 80tan!! Kereta kebal ini boleh dikategorikan sebagai ringan!! Untuk model macam ni cuma berapa miligram je ye.. haha!!
Mampu bergerak secara senget seperti ni untuk muka bumi yang tidak rata. Habislah Samurai ni.
Namun model Trumpeter MBT T-72M2 ni sangat sensitif. Sangat mudah patah kerana saiz mengikut skala sebenar. Model ni berskala sangat kecil iaitu 1:144. Tapi rekaannya nampak sama seperti MBT yang sebenar.
MBT Pendekar PT-91M milik Malaysia buatan Poland ini merupakan MBT yang dibangunkan daripada MBT T-72 ini. Lebih laju dan mempunyai sistem komputer untuk tembakan yang lebih tepat. Jika diperhatikan, dua bijik tong kat belakang MBT PT-91M ini menyamai T-72. Ini merupakan salah satu sebab mengapa minat aku terhadap MBT T72. Ya, MBT milik Malaysia mempunyai DNA T-72 yang pernah menggegarkan dunia peperangan suatu ketika dulu.
Minat dgn military plak bro.. hehe
ReplyDeletemak aii.... kawan aku pon ad minat kereta perang... dia kumpul kereta perang... hahaha
ReplyDeleteAku minat kereta perang WW1 dan WW2. kereta kebal modern skrg dah boleh menyelam-timur
ReplyDeleteDJ, apa nak buat bro, ni agak ekonomik sikit berbanding jam.. haha!! Sapa suruh post pasal jam military & tali nato. Haha!!
ReplyDeleteZalizalu, aku suka tgk design tank russia, ada tanki minyak tambahan. Tak mcm tank eropah barat & USA, nampak bersegi je.
Timur,Tank WW1 & WW2 kebanyakannya mempunyai turet yang besar. takde aerodinamik, tapi nampak klasik, teringat filem2 kombat dulu2.
~sukajam~ (aku takleh post guna akaun blog aku la.. nape ntah..)
bole mbak g jalan2 keta kebal ya...hehee
ReplyDeleteAku juga yg bersalah.. wakakaka...
ReplyDelete