Pages

Sunday, June 12, 2011

Jam-jam Pertama Aku

Jam pertama merupakan jam yang mula-mula sekali kita miliki. Pemilikan jam pertama juga bermula dengan pelbagai kisah dan minat yang agak berbeza bergantung kepada citarasa dan kemampuan kewangan individu pada satu tempoh yang tertentu. Kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman bagaimana memperoleh jam-jam yang pernah dan yang sedang dipakai/disimpan.


Casio Analog Quartz. Jam analog pertama aku. Timbul apabila ingin memberikan hadiah hari jadi untuk isteri tersayang. Dengan ilmu mengenai jam yang kurang pada masa tersebut, ditambah dengan bajet yang ciput, maka aku jam couple Casio ni. Satu untuk aku, satu yang saiz ladies hadiahkan untuk isteri. Ternyata isteriku sangat menyukainya. Namun aku kesalkan sangat selepas membeli jam ni ialah, aku tak sangka kelemahan jam ni ialah tiada tarikh pada dialnya. Adoi!! Tapi takpa, ini merupakan langkah pertama aku dalam menceburi dunia horology ni.

Casio Calculator Digital Watch, CA-53W. Ini merupakan jam pertama aku pakai sejak dari sekolah menengah. Aku berminat pada jam ini memandang adanya fungsi calculator ini. Minat muncul apabila pada masa tersebut, cikgu matematik tidak membenarkan kitorang membawa kalculator di dalam kelas. Jadi sebagai pengganti kalkulator, aku berusaha mengumpul duit saku dengan mendapatkan jam digital yang ada fungsi kalkulator seperti ini. Harga pada masa tersebut ialah RM45. Agak mahal pada aku yang masih pelajar sekolah pada tahun 1994 di tingkatan satu. Dan rupanya ternyata memberikan bantuan di saat memerlukan semasa peperiksaan SPM, subjek sains, aku terlupa membawa kalkulator. Aku bersyukur sangat memakai jam ini semasa peperiksaan tersebut dan mendapat A1. Jam model ini masih aku pakai sehingga aku mula-mula bekerja di tempat sekarang, sehingga tahun 2007-2008 kot? Ye lah, sambil ke kedai, boleh bajet apa barang nak beli dengan duit kat poket yang sedang dibawa. Duit tak cukup nak bayar kat kaunter susah pulak.. Jam dah rosak. Bangkai jam ni aku masih simpan. Sebenarnya, aku dah beli 3 ketul jam model ni sepanjang hidup aku. Tapi bangkai jam yang ada kat aku cuma seketul je. Yang lain hilang entah ke mana.


Pagol Elegant Manual ini merupakan jam swiss pertama aku beli. Beli untuk dipakai oleh isteri tercinta. Malangnya, beliau tidak berminat kerana saiz yang sangat kecil dan dia malas nak memutarkan crown. Jadi aku lepaskan jugak kepada sesiapa yang berminat. Jam sangat comel, dan menepati masa. Enjin manual dia sangat halus!!

Minat terhadap jem digital tidak berhenti, terus minat pada jam ni apabila bro Asmar Duniajam menawarkan pada aku jam ni. Aku selalu pakai jugak mula-mula dan suka memainkan fungsi pulse check ni. Bagus jugak digunakan semasa bersukan, boleh tahu kita cergas atau tidak. Juga sudah dilepaskan atas permintaan peminat jam yang inginkan jam ni. Lagipun aku jarang pakai jam ni setelah minat terhadap jam diver menebal.


Citizen Eagle 7, merupakan jam automatik pertama aku. Jam inilah pencetus kepada minat terhadap jam vintage. Mula kenal setelah membaca artikel mengenai jam di blog Duniajam. Sebenarnya ingin mengetahui mengenai jam replika, google punya google, terjumpa blog duniajam, jampilihan, jamlama, old-watches (dah hilang dah entah ke mana), irhomdeys, gilajam, jamkampung, haizul, jammaximus, arlojikuno bla..bla.. Blog-blog inilah yang mencetuskan minat aku untuk turut serta dalam blogger & kolektor jam ni. Kemudian barulah muncul pelbagai rakan blog lain seperti detikduabelas, jamkaki5, koleksiqistina, dabudabi, jamkenangan, 24 jam, mylocken, jamotai dan banyak lagi, tak larat nak taip. Yang mana, dari blog-blog inilah juga aku beli beberapa jam yang pernah hinggap di tangan aku.


Titoni Airmaster Manual. Jam swiss manual pertama aku. Jam ini aku dapatkan apabila mula timbul minat untuk memiliki sebuah jam manual winding. Ye lah, mungkin lebih mencabar berbanding jam automatic. Kerana pemakai kena sentiasa memutarkan crown jam untuk memberikan tenaga (power) kepada jam ini agar terus bergerak. Kalau jam automatic ni, tak mencabar. Cuma gerak-gerakkan je tangan, maka hiduplah enjin jam tersebut. Malangnya telah terjual setelah 30 minit aku iklankan kat blog. Jam sanga lawa & berkilat-kilat seperti baru!!


Replika Oris Williams F1 Chronograph Quartz. Jam Chronograph Analog pertama aku. Hasrat untuk memiliki jam chronograph analog muncul, pada masa tersebut hanya mempunyai bajet yang ciput!! Maka, jam Oris Williams F1 Replika inilah menjadi pengubatnya. Malangnya, jam ini tidak memberi kepuasan kerana pergerakan quartz jam ni. Memandangkan jam original ialah Automatic!! Turut dilepaskan setelah mendapat permintaan terhadap jam ini..


Seiko 6309-7290, merupakan jam diver yang pertama singgah di tangan aku. Merupakan pencetus kepada minat terhadap jam Seiko Diver yang seterusnya. Telah dilepaskan apabila timbul minat terhadap jam Seiko Diver Turtle (6309-7040, dan 6105-8110). Akhirnya pemburuan jam 6309-7040 dan 6105-8110 meningkat. Itulah sebabnya kenapa blog ni banyak terjual jam-jam turtle ni...




Seiko Chronograph Automatic 6139-6012. Jam Chronograph Automatic pertama aku. Minat terhadap jam Chronogrpah automatic tiba-tiba muncul. Kebetulan bro Asmar duniajam menawarkan aku jam yang beliau miliki tetapi agak laju dan perlukan pemulihan pada harga yang menakjubkan bagi sebuah jam automatic chronograph. Aku sapu terus, dan baru bulan Mei 2011 jam ni berjaya dibaik pulih seperti sediakala. Aku sangat berpuas hati pada jam ni. Mungkin akan disimpan sebagai koleksi peribadi. Jam yang aku selalu pakai sekarang ni. Nampaknya jam diver aku terpaksa tidur di tilam yang empuk dalam kotak jam..


Seiko Orange Monster. Jam Seiko Diver model baru yang pertama. Setelah bermula dengan jam yang berharga sederhana, aku beranikan diri dengan cuba memiliki jam yang lebih mahal. Jam dibeli pada harga yang agak berbaloi dengan keadaan jam pre-owned yang cuma dipakai 2-3 kali, dan jam nampak baru, aku sangat puas hati. Terima kasih saudara Zahir. Namun, jam ini tidak lama berada di tangan aku, dilepaskan kepada rakan sekerja aku, kerana minat terhadap warna oren. Aku rasa la.. hehe!!

Seiko Black Samurai. Jam Seiko Black Samurai pertama aku. Sangat teruja masa mula-mula memilikinya kerana jam sudah tidak dikeluarkan lagi, tapi aku berpeluang untuk memiliki dan memakai jam ini. Jam ini pun telah dilepaskan pada harga yang tidak mampu aku tolak lagi, kerana cukuplah aku memiliki Black Samurai Malaysia Movement sahaja seketul untuk simpanan dan hadiah untuk diri sendiri.





Tissot Seastar 1000 Diver's 300m Automatic. Jam ni merupakan jam Swiss Diver pertama aku. Sangat teruja untuk menggenggam jam Diver keluaran swiss. Dengan kesabaran aku, jam ni berjaya tiba dari Puchong ke Mukah tanpa menggunakan kurier. Kirim dengan rakan jam yang berjumpa bro Hassan Detikduabelas, Mr. Dils jamkaki5. Namun, terpaksa dilepaskan akibat jam yang agak besar digunakan di tangan aku yang kurus ni.. wakaka!! Kena makan banyak baru boleh pakai jam ni. Dilepaskan oleh peminat jam yang beru berjinak-jinak terhadap jam diver. Pada mulanya, dia ingin memiliki Tag Heuer 200m quartz. Tapi akhirnya memilih Tissot Seastar 1000 300m ni jugak.



Seiko Diver's Orange Night Monster. Jam ini merupakan jam Japan Domestic Market (JDM) pertama aku. Sangat teruja kerana tertarik dengan warna hitam dan oren yang nampak garang. Ramai yang bertanyakan jam ini. Namun, mungkin faktor harga, agak lambat untuk dilepaskan. Yelah, enjin kapcai 7s26 pada harga lebih daripada RM1K, agak berat untuk dimiliki. Namun akhirnya dilepaskan oleh peminat jam yang beru berjinak-jinak dengan jam Seiko Diver.



-----------------------------------------------------



Anda mungkin ada jam-jam yang menjadi jam pertama dimiliki anda, dan di pelbagai kategori. Pada blogger yang lain, mungkin boleh kongsikan jam-jam pertama yang dimiliki anda ketika ini atau yang pernah singgah di dalam kotak jam anda suatu ketika dahulu.

7 comments:

  1. Menarik bro kisah ko... Titoni tu mmg lawa la! Aku rasa di Sarawak, ko sorang je ada Nite Monster tu.. Silap2 satu2nya di Malaysia! Hehe

    ReplyDelete
  2. Sebuah kisah kembara jam yg menarik...harap2 dpt besarkan saiz tangan, sbb jam yg lawa2 byk yg saiz besar hehe :)

    ReplyDelete
  3. nostalgia...tq krn ada sebut 24jam hehe. harap ko dpt ke H4U2 peringkat kebangsaan di KL. bila lagi nak berjumpa ramai2, terutama yg dr. Sabah, Sarawak dn Brunei kot...

    ReplyDelete
  4. Apsal la aku takleh nak reply comment ni guna account blogger.. hadoi!!
    DJ, ni artikel orang yg nak bersara dari dunia horolgy.. huahuahua!!
    sah_kul, jam besar2 mmg lawa2.. cuma jadi tak lawa kalau tgn aku yg pakai.. haha!!
    24jam, insyaallah.. kalau ada rejeki.. walaupun dah ada tanda nak bersara ni.. huhuhu!!

    ReplyDelete
  5. Bersara? Tak sesuai digunakan perkataan tu.... hehe

    ReplyDelete
  6. ..bersara utk warga emas...kalau 94 baru form 1, ko amik ajalah cuti rehat aja hehe :)

    ReplyDelete
  7. jam yang mula-mula aku dapat citizen digital...tahun penghujung 70an... masa tu jam digital baru lagi... arwah bapak belikan. bila dah kerja, jam yang mula-mula aku beli pakai duit gaji aku kalu tak silap jam loceng!!!! atau alarm... biasa laaa orang bujang, takde siapa nak kejut bangun pagi... tapi jam yang mula2 aku beli pakai duit bonus adalah Panerai ori... dah lama lego pasal nak pakai duittt.... nyesal jual, kalu tak sure aku bole buat untung 100% he he he

    ReplyDelete