Entah kenapa aku sekarang ni kurang berminat untuk mencari dan memburu jam, ini mungkin sebab pasaran jam sekarang ni agak lembab tak seperti tahun-tahun sebelum ni. Kolektor jam yang lain mungkin turut memiliki perasaan yang sama. Harap ada kolektor yang baru nak kenal-kenal dunia horology ini. Bagi yang otai, bimbinglah mereka ini dengan ilmu otai jam yang ada. Jangan dibunuh minat mereka ini dengan melekehkan ilmu horology mereka yang masih cetek. Semakin ramai peminat jam, semakin rancak dunia horology kita, tak kiralah jam mahal atau murah, analog atau digital, mekanikal atau quartz, Swiss atau Jepun, Replika atau Original, jam antik atau jam vintaj, jam baru atau jam terpakai, all original atau aftermarket/rojak, jam dress atau sport, jam biasa atau jam mewah, sebenarnya kita masih dalam minat yang sama iaitu Peminat Jam.
Setelah bosan dan dah tak tau nak cari jam apa & yang sebenarnya kekangan kewangan akibat ekonomi dunia yang semakin tidak menentu akibat tangan-tangan manusia sendiri yang sering dan suka merosakkan bumi Allah ini, aku sekarang lebih terpesona melihat isi perut jam iaitu movement/enjin jam seperti ini.
Bosan dengan isu peperangan, isu kebuluran, isu rampasan kuasa, demonstrasi jalanan, pembunuhan, liwat, rogol, zina, video, cctv pilihan raya, ada baiknya kita tenangkan jiwa dengan melihat dan menghayati teknologi lama yang mengkagumkan kita tentang seni horology yang berkaitan dengan sains fizik & matematik ni.
Perbandingan dan ulasan mengenai movement jam bukanlah untuk mencari pemenang, tetapi lebih kepada ilmu tentang perbezaan setiap movement. Sebagai panduan kepada kolektor yang mempunyai kekangan kewangan dalam mencari yagn terbaik untuk wang yang dikeluarkan. Banyak jam di pasaran berharga sangat tinggi, tetapi hanya kerana jenama, harga melambung tinggi. tetapi pada yang minat pada jenama, mungkin movement biasa tidak menjadi masalah, yang penting jam menepati masa dan tidak ada masalah. Seperti aku, minat terhadap sukan bermotor (F1 dan Motogp) telah menimbulkan minat terhadap jenama Oris, walaupun movement yang digunakan hanyalah Swiss ETA. Tetapi berbaloi jika jam Oris yang menggunakan Sellita dan La Joux-Perret LJP.
lembab pasal inflasi/demand ... a mature & stress free hobby...
ReplyDeleteyang single ... kumpul duit kawin dulu... baru berhobi. (bukan kahwin sama jam yaaa) hehehe
Haha... kena tambah sorang lg nampaknya bro... Haha
ReplyDeleteYes, Oris with Sellita movement! Ha ha ha!
ReplyDeletenice artikel. hehe.
ReplyDelete