Pages

Thursday, June 9, 2011

Jalan-jalan di kedai jam di Kuching, Sarawak

Pada cuti pertengahan bulan Mei yang lalu, aku bersama isteri tercinta dan anak tersayang bercuti di bandaraya Kuching, kira-kira 9 jam perjalanan menggunakan jalan darat dari bandar Mukah. Fuh, kebas bontot duduk 9 jam dalam kereta. Di kesempatan itu, aku ambil peluang untuk window shopping je, cuci mata tengok-tengok jam. Ni je yang sempat dirakam. hehehe!!


Tissot Automatic Chronograph, Limited Edition MotoGP. Kota jam dia direka bentuk seperti helmet. Harga dia boleh menyebabkan kita telan air liur je.. Gulp!! Suka tengok helmet sebagai kotak jam ni.. Dahsyat, jam pun pakai helmet, safety first!!


Ni pulak gambar Ryan Giggs, pemain tengah kelab Manchester United yang sedang dilanda kontroversi. Menjadi model untuk jam jenama Cyma. Pemain yang memenangi 12 trofi kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL, sekarang dinamakan sebagai Barclays Premier league-BPL)



Ni dia jam yang diiklankan menggunakan model pemain lagenda Manchester United, Ryan Giggs. Ryan Giggs ni nama yang aku kenal sejak dari sekolah rendah lagi. Sampai aku dah ada anak pun masih main lagi. Ntah apa yang dia makan sampai cergas macam orang muda walaupun umur dah menjangkau 37 tahun. Kalau rakan sepasukan dia Park Ji Sung minum jus katak, Ryan Giggs ni minum apa pulak ye?




Jenama Oris, hmm.. lazat!! Muahaha!!




Titoni Cosmo King pun ada. Tak berani nak amik gambar jam display beb, mata pembantu jualan pandang pelanggan dari atas ke bawah. Nak kesan jenama baju, seluar & kasut kot, boleh beli jam kat situ ke tidak.. wakaka!!! Hadoi!!


7 comments:

  1. bro, dengar kat kat Kuching banyak jam vintage - jam lama! cuba tinjau-tinjau dan lapurkan... aku tak berkesempatan lagi nak ke sana.

    ReplyDelete
  2. SJ, pembetulan - BPL = Barclays Premier League.

    ReplyDelete
  3. aih..ado model jam sia eh..ank sapo yo..huhu

    ReplyDelete
  4. alamak, kena guna anonymous pulak, ntah kenapa tuan punya blog tak boleh nak komen hari ni.. huahua!!

    Thetick2, rasanya ada. Mengikut sumber pun memang ada kedai jual jam vintage. Tapi tak tau sgt selok belok jln kuching ni..

    Pencinta masa, thanks, nanti betulkan. Lupa lak barclays punya hak penjenamaan liga..

    DJ, idaman je.. nak memiliki kena ada al fulus!! haha!!

    Anonymous 4:43PM, anak yg dah pandei minat jam.. haha!!

    ReplyDelete
  5. aih..knak sik kuar nama urg mpun blog?hehee

    ReplyDelete
  6. SJ, perkara paling nikmat ialah apabila dapat bersantai bersama keluarga. Kalau anak2 gembira, kita pun lebih gembira.

    Bab SA tengok atas bawah, itu memang lumrah manusia - sentiasa berprejudis. Kalau aku masuk kedai jam Swiss Made (tak kiralah premium atau entry/middle level), layanan SA akan mengikut jam yang aku pakai. Kalau pakai Seiko, selalunya memang SA pandang serong pun tak nak. Tapi kalau pakai Rolex/Omega, pandai pulak bermulut manis. Cuma pakai replika aje yg aku belum cuba!

    ReplyDelete