Pages

Sunday, August 29, 2010

Preview: Fineat Shen Zhen Skeleton Automatic

FINEAT, satu jenama jam yang agak jarang kita dengar. Ini kerana kita sering dihidangkan dengan jenama dari Swiss, Jepun, Jerman dan Russia. Kemampuan China pada ketika ini tidak boleh dipandang enteng dalam dunia horologi hari ini. Dengan Ekonomi China telah menyingkirkan Jepun di tempat kedua ekonomi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat membuktikan China mungkin telah meningkatkan kualiti produk mereka pada ketika ini sehingga mampu menyingkirkan Jepun dari segi saiz ekonomi. Namun ketika ini kita masih lagi ragu-ragu dengan kualiti produk dari China. Ini kerana sering kali kita kaitkan produk yang tidak berkualiti dengan negara China. Malah "cap ayam" sering kita labelkan untuk produk made in China.
China banyak mengeluarkan jam-jam automatic movement China seperti Orkina dan Fineat. Ada yang menyangka jam-jam ini adalah jam replika. Namun istilah Replika hanya digunakan untuk barangan yang menggunakan jenama-jenama terkenal dan mahal tetapi menggunakan movement yang murah dari China. Oleh itu, Fineat ini bukanlah replika, melainkan jam original dari China. Mungkin jam-jam ini tidak dilindungi warranty, maka jam ini dapat dijual murah.
Malah bahan seperti chrome digunakan untuk finishing di casing. Ini dapat menjimatkan kos disamping memberikan finishing yang menarik pada jam. Finishing pada jam skeleton ini juga agak kasar tetapi menarik untuk ditatap.
Tertulis Hong Kong Top Watches International Company dengan movement Shen Zhen.
Crown yang sudah haus chromenya. Casing juga menampakkan tanda-tanda pengoksidaan. Inilah kelemahan jam yang menggunakan chrome pada casing. Lebih baik jika menggunakan jam all stainless steel..
Bahagian belakang jam dapat tengok movement menerusi see thru case back.

Bracelet stainless steel yang tidak ada tanda pada clasp. Jenis push release button. Jam-jam dari China ini jika ingin lebih maju perlu dipertingkatkan kualiti finishing dia. Tapi jam ini bukan aku punya. Ini jam kawan aku. Aku pinjam untuk sesi fotografi dan dimasukkan ke dalam blog. Menariknya, jam ini dah lebih dari 1 tahun dia pakai malah dipakai setiap hari dan bacaan masa yang tidak mengecewakan. Jam boleh wind dan hack. Entah kenapa kebanyakan movement China boleh wind & hack.. Ada sesiapa ada jawapan? hehe!!

5 comments:

  1. Cun gak design dia. Hehe... Kunci tu beb. Diorang boleh buat movement hack. Siap yg ada kalendar, moon phase..... kagum aku. Boleh jual murah mungkin disebabkan material yg kurang kualiti & finishing pun kureng skit. Tapi apa yang diorang buat ni aku kagum juga dengan complication movement yang gampak.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa lepas ni kita akan nampak peningkatan kualiti jam diorang. Diorang mampu buat complication yang susah2. Lepas ni kalau depa tukar & oleh semula cara depa buat jam dengan guna bahan yang jauh lebih berkualiti, dah tentu harga jam diorang pun meningkat.

    Mungkin skrg depa tengah dok meraih populariti & nak tengok permintaan. Bila dah popular, mungkin depa akan buat perubahan.

    Tapi pendapat aku satu lg plak... mungkin diorang akan kekalkan macam sekarang supaya dapat supply jam2 murah automatik dgn pelbagai complication tu dgn harga murah.... berbanding Swiss yg dah tentu jauh lebih mahal....

    Pendapat saya seterusnya pula mengatakan mungkin akan ada penambahan syarikat China yang akan keluarkan jam2 berkualiti & setanding dengan Jepun mahupun Swiss tanpa menghapuskan syarikat2 yang jual jam murah skrg. Skrg pun ada beberapa dah jenama China yg berkualiti. Tp tak begitu popular lagi mungkin dek kerana perasaan risau tentang reliability jam depa.

    Byknya pendapat.... hehehe....

    ReplyDelete
  3. pada aku pun macam tu.. depa terpaksa buat dgn material yg kurang kualiti supaya depa dapat jual jam auto dengan harga yg jauh lebih murah.. casing semua guna chrome. Movement kita boleh tengok finishing yg agak kasar. Mereka terpaksa buat macam ni supaya dapat bersaing dengan watchmaker yg dah lama establish.. Kalau depa buat dgn bhn yang sama dgn jepun misalnya, rasanya mereka tidak dpt bersaing dari segi harga.. Kualiti jauh sekali.. Salah satu caranya, guna material yg murah.. Tetapi mempunyai jam complication yg setanding dengan jam-jam high end swiss..

    ReplyDelete
  4. Betul tu bro. Setuju!!!! Hehehe....

    Kalau lah depa buat movement macam skrg dgn pelbagai compilation tu dgn material sama macam jenama lain.... harga mesti tinggi punya. Silap2, org beralih kat depa lak. Mesti harga jauh lebih murah berbanding Swiss yg puluhan & ratusan ribu tu. Hehe

    ReplyDelete
  5. dabu nk bg pendapat pun dah ada dah hehehe..
    cuma saya rasa kita ni yg ada jam2 original ni patut menjaga keoriginal jam tu sendiri supaya x pupus...

    ReplyDelete