Pages

Tuesday, August 31, 2010

Watch Winder Machine Tester 6 watches (SOLD)

Hari ini hari jadi aku. Hehe!! Pagi ini aku mendapat kejutan di pagi hari jadi aku.. Semacam tahu-tahu sahaja kiriman ini untuk hari jadi aku. Haha!! Kiriman yang dimaksudkan ialah watch winder untuk 6 buah jam. Inilah rupa bungkusan yang diletakkan di atas meja pejabat aku.
Perlahan-lahan aku bukak, satu demi satu. Tak baik gopoh dan gelojoh di bulan ramadhan ni..
Jenama Bergeon rupanya watch winder ini.
Inilah kotaknya. Masih baru lagi dalam kotak. BNIB-Brand New In Box katakan....

Dibungkus dengan cukup elok.. Selamat dari hentakan semasa proses pengiriman.

Ini pula tangan watch winder yang akan memusing-musing jam automatic itu nanti. Ada enam (6) tangan kesemuanya.
Besi ini boleh lentur. Dapat memegang mana-mana saiz pergelangan tangan jam.
Nak pasang cukup mudah. Cuma masukkan hujung besi tangan watch winder itu tadi, dan ketatkan dengan screw yang telah disediakan.

Dah siap!! Dah boleh pakai. Ini jam Orient Submariner aku menjadi eksperimen.

Jam-jam aku yang lain pula.. Nampak tak lubang besi kat bekas watch winder tu? Watch winder ini dapat digantung di dinding untuk menjimatkan ruang atas meja kita.. Watch winder ini telah diuji dan ternyata bergerak dengan baik.

Hanya ada satu saja kat aku masa ni. Sapa yang berminat bolehlah hubungi aku. Siapa cepat dia dapat. Sangat berbaloi dengan harga kerana dapat memusingkan sebanyak enam (6) jam dalam satu masa.
Buyer: Hissham Mohd Saad, P. Pinang

2 comments:

  1. Ini lebih berbaloi dari aku beli tu. Aku punya boleh letak 2 ja. Harga dekat sama. huhu...

    ReplyDelete
  2. Best dpt wind 6 bijik jam sekaligus.. Harga pun ok. Paling best boleh gantung kat dinding.. Jimat ruang atas meja.. Jam bracelet susah sikit nak pasang.. psl tgn aku kecik, nak sumbat kat hand watch winder tu yg payah.. Tp kalau lengan beso takpe.. Oaling senang kalau guna tali getah & leather.. letak je kat situ.. takda masalah..

    ReplyDelete