Pages

Sunday, January 30, 2011

Bezel Seiko Stargate Vs Bezel Seiko Brightz Phoenix



Harga pasaran Seiko Brightz Phoenix ni anda boleh lihat di ebay . Jangan terkejut tengok harga dia ya. Mungkin movement 8L35 yang membuatkan harga dia sedikit melambung.. Sedikit je ke? Wakaka!!
Cuma font di bezel tu yang berbeza sedikit. Design? Hampir 99.99% sama?
Selepas ini, aku mungkin akan "berehat" daripada bergiat aktif dalam pemburuan jam tangan khususnya Jam Seiko Diver. Masa, kewangan dan komitmen terhadap kerja sangat membataskan pemburuan jam. Salam hormat dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepada saya dalam dunia Horology ini khususnya blogging ni. Insyaallah jika berkesempatan dan diberi sekali lagi ruang dan kewangan, maka blog ini pasti akan hidup kembali suatu hari nanti. Insyaallah.

Monday, January 24, 2011

Citizen Eagle 7 Automatic

Kadang-kadang, timbul rasa geram tengok jam dalam koleksi kita. Kali ni, jam Citizen automatic Eagle 7 day/date ni pulak yang menjadi mangsa!
Tiba-tiba je nak buraikan jam macam gambar kat atas dan bawah ni.

Tapi berani kat jam vintaj sahaja. Hehe!! Jam baru? Ish!! Tak berani beb! Kalau boleh, kuku pun tak bagi kena kat casing. Takut calar!! Haha!!

Ntah macam mana nak pasang balik ni. Hmm.. Nyesal la pulak rasanya..

Pasangkan cermin dulu kot? Tekan guna jari dengan lembut.

Masukkan movement perlahan-lahan dan secukup rasa.

Pasangkan crown. Ish! Pun perlahan-lahan dan secukup rasa ye.. Nanti haus pulak stem dia.

Pasangkan caseback. Ketatkan secukup-cukupnya. Nanti takut air peluh masuk kalau tak ketat. Tu yang kadang-kadang tengok movement berkarat teruk. Mungkin kesan dari gasket haus atau jugak caseback yang tidak ditutup rapat & ketat.

Dah siap!! Jam ini merupakan jam pertama aku beli daripada blog dan jam juga automatic vintage pertama aku pada mula-mula berjinak dengan jam ni.

Klik untuk tahu dari mana aku beli jam ni.

Monday, January 17, 2011

Seiko Stargate (2nd preview)

SEIKO STARGATE
Gelaran yang berasal dari bentuk bezel jam seakan-akan logo bulat Stargate di atas.
SEIKO STARGATE (SKZ325K1) (With Red Line at Minute Hand & Crown)

Nampak gagah buatannya. Crown "disimpan" di dalam casing mirip Seiko Turtle 6309-7040 dan agak terkeluar sedikit yang menyebabkan jam ini "kurang simetri" umpama Seiko "Grand Turtle" 6105-8110.
Caseback pula mirip Seiko Sumo atau Seiko Marine Master. Logo Tsunami tidak pernah terlepas pada caseback jam siri Seiko Diver ini.

Ini keadaan setelah pakaian Seiko Stargate ini dilucutkan untuk pemeriksaan Puspakom.

Yang menariknya, end-link bracelet jam ni jenis Solid. Ini yang menambahkan nilai pada Diver baru ini.

Dipakaikan pakaian balik setelah lulus pemeriksaan. Tiada barang-barang haram dan berbahaya yang dibawa dan diseludup masuk. Hehe!!

Sangat selesa dipakaikan di pergelangan tangan.

Kewajipan yang ada siri Seiko Diver ialah extention clasp.

Safety clasp mesti ada punya. Jangan risau!!

Bracelet mempunyai brushed & polished finishing pada setiap alur sambungan bracelet ini.

Sambungan end-link agak "tenggelam" pada lug panjang jam ini. Mungkin design baru untuk menampakkan perbezaan antara siri Diver yang sebelumnya.
Bentuk curve yang betul-betul ho-liaw!!
Spesifikasi jam ditunjukkan pada "tali pusat" jam ni. Caliber 7s36 dengan 23 jewels.

Dipandang dari sudut mana pun tetap lawa!! Jarum jam dan minit didapati mirip jarum Seiko Sumo yang gemuk. Manakala jarum saat boleh dikatakan fotostat terus dari Seiko Samurai.

Seiko Stargate menjadi generasi Seiko Diver yang seterusnya dalam siri Seiko Diver. Menjadi perbualan hangat masa kini di mana-mana forum horology di internet. Cuma mungkin ramai yang teragak-agak untuk mendapatnnya kerana siri Caliber 7s36. Walau bagaimanapun, pada aku satu kepuasan apabila mempunyai jam diver yang mengandungi gabungan "Lagenda-lagenda Seiko Diver" pada design satu jam Seiko Stargate ini.


Gong Xi Fa Chai!! Oren! Oren!!

Sempena Gong Xi Fa Chai yang bakal menjelang, meh kita tengok jam Diver Seiko yang berwarna oren.
Oren! Oren!! Yang sebelah kiri (Night Monster) dial oren dia lebih ranum dengan keistimewaan perkataan Scuba pada Dial!!!
Oren lagi!!
(gambar ihsan)
Waduh!! Seiko Samurai pun ada Dial Oren? Biar betul??!!

Thursday, January 13, 2011

Horology for Unity

Lama dah sebenarnya aku nak pakai baju ni kat blog.
Cuma masa je tak mengizinkan. Baju ni aku gayakan dengan jam kegemaranku. Seiko Chronograph 6138-8020 A.K.A Seiko Panda.

~Horology For Unity~

Wednesday, January 5, 2011

Seiko Diver's 200m 23 Jewels

Rasanya dah lama aku tak review jam. Maklumlah dengan kesibukan sekarang, nak meninjau jam pun dah takda masa.
Penantian aku dengan penuh debar akhirnya berakhir semalam (5 Januari 2011) apabila sebungkus Poslaju menerpa ke tangan aku. Posmen kat Mukah ni banyak yang ambil cuti krismas & tahun baru.. tu yang lambat sampai ke tangan. HuHu!!
Inilah dia Seiko Diver's 200m keluaran terbaru. Jika dilihat kepada nombor sirinya yang bermula dengan nombor 09**** ni menunjukkan jam ini keluaran September 2010. Pergh!! Baru keluar kilang ni!! Disebabkan aku belum lagi ada jam diver dengan movement 7S36 23 jewels ni, maka aku dengan paksa rela, beli jugak la Seiko Diver ni.
Sangat selesa di tangan dengan design casing yang melengkung.
Nah.. tengok.. Lengkungan casing jam ini mengingatkan kita kepada design Ahli Gusti Jepun, SEIKO SUMO. Crown yang terlindung di antara casing pulak mengingatkan kita kepada Si Penyu SEIKO 6309-7040. Bezel jam ni lebih berani dengan design yang "terkeluar" sedikit untuk memudahkan jari kita memutarkan bezel.
Aku pakaikan dengan tali kulit agar nampak lebih cantik dan casual untuk ke pejabat. Nampak garang dengan marker pukul 12 seakan marker Seiko Marine Master dan Tok Penyu SEIKO 6105-8110 (Salah satu kriteria penting aku dalam pembelian jam ni). Jarum minit berwarna merah sangat menonjol dan sangat sesuai dengan crown. Bezel hitam yang dilitupi dengan PVD memberi gambaran kepada Pahlawan Seiko Black Samurai pulak!! Jarum jam ni memberi gambaran kepada SEIKO SUMO dan SEIKO SAMURAI. (Jarum Hour mcm Sumo, Jam saat memang sah ikut Samurai. Tang jarum minit dia buat kaler merah tu ntah ngikut sapa ntah!!)
Errkk!! Cuba tengok kat inner bezel tu.. "Lari" sikit la dari pada marker pukul 12 tu.. adoi!! Takpa, perkara kecil ja.. boleh selaraskan balik nanti.. Janji movement 7S36 23 jewels dah masuk dalam koleksi aku. What next? Movement 6R15??!!
untuk lebih aksi panas jam ni sila klik:
Nantikan kemunculan jam ini dengan keadaan originalnya pula nanti!!

Monday, January 3, 2011

Not For Sale: Eye Loop

Penting jugak benda rasanya


Clear jugak movement kita tengok menggunakan benda ni..