Kadang-kadang, timbul rasa geram tengok jam dalam koleksi kita. Kali ni, jam Citizen automatic Eagle 7 day/date ni pulak yang menjadi mangsa!
Tapi berani kat jam vintaj sahaja. Hehe!! Jam baru? Ish!! Tak berani beb! Kalau boleh, kuku pun tak bagi kena kat casing. Takut calar!! Haha!!
Pasangkan cermin dulu kot? Tekan guna jari dengan lembut.
Masukkan movement perlahan-lahan dan secukup rasa.
Pasangkan crown. Ish! Pun perlahan-lahan dan secukup rasa ye.. Nanti haus pulak stem dia.
Pasangkan caseback. Ketatkan secukup-cukupnya. Nanti takut air peluh masuk kalau tak ketat. Tu yang kadang-kadang tengok movement berkarat teruk. Mungkin kesan dari gasket haus atau jugak caseback yang tidak ditutup rapat & ketat.
Dah siap!! Jam ini merupakan jam pertama aku beli daripada blog dan jam juga automatic vintage pertama aku pada mula-mula berjinak dengan jam ni.
Klik untuk tahu dari mana aku beli jam ni.
Syabas bro! Siap boh link dari mana dpt tu yg tak tahan. Wakaka...
ReplyDeleteHahaha!! Geram bro. Tak tak tau nak buat apa dengan jam. Try bukak & pasang balik la. Nasib baik dapat pasang balik. kalau tak, tak pasal2 kuar duit repair. haha!!
ReplyDeleteHaha... aku risau bab crown ja.. buka tp takleh pasang balik. Haha...
ReplyDeleteTu yang kena buat pelan2. Tarik crown utk adjust masa pun aku hati2.. Al-maklum jam dah kira vintage. Tak tau penyakit keturunan yang ada kat jam tuh.. haha!! Tp Citizen eagle 7 ni best bro.. boleh kunci.. Takdak kat kebanyakan jam Seiko. Tp jam Seiko Chronograph 6138-**** ada pulak kunci ye? hehe!!
ReplyDeleteAku ada replika Seiko diver... jam ni lebih ori dari ori... Haha.. Kalau lah Seiko buat enjin dia boleh kunci kan best. Haha...
ReplyDelete6138 mmg boleh kunci... tp 6139 takleh lak. Ekekeke...
Ha, tu la pasal. Kalau nak kata Seiko takda teknologi nak buat enjin kunci, tapi kenapa model 6138-XXXX ada pulak enjin kuncinya? Model 70an tu.. haha!! Saja ja kot? Nak suruh kita beli jam yg lebih mahal untuk dapatkan enjin kunci cthnya Seiko Sumo..
ReplyDeleteYG terbaik depa jual untuk depa... dasar pandang ke timur sangat kuat. Terbalik dgn kita... hmmm...
ReplyDelete