Pages

Monday, August 6, 2012

New Seiko Monster

Terdapat dalam pelbagai versi SRP307K1, SRP309K1, SPR311K1, SRP313K1, SRP315K1.

Aku minat pada SRP313K1, disebabkan marker dengan garisan merah tu. Tapi sayangnya, model tersebut menggunakan tali getah sahaja. Kena beli bracelet monster lain pulak dalam RM150-RM200 kalau nak kenakan model tu dengan bracelet... Hmm.. kos lagi. Kalau model yang dah sedia pakai bracelet, nak pakai tali getah takde masalah sangat nak beli tali getah Seiko Diver, dalam lebih kurang RM50-RM60 sahaja.

Model SRP311K1 pun cantik jugak dengan PVD coating seluruh jam.. Iras-iras Night Monster JDM tu.
Beza jam ni berbanding Seiko Monster lama ialah dari segi movement menggunakan caliber 4R36 yang boleh hack & wind! Tahniah! Mempunyai 24 jewels. Seiko akhirnya mendengar keluhan pencinta jam mengenai kekurangan yang ada pada caliber 7SXX.
Seiko Monster dengan marker yang meruncing tajam!

Rupanya caliber 4R36 ini juga dah dipasang pada model Seiko 5 Sport!

Walau bagaimanapun, model lama tetap mempunyai nilainya tersendiri. Mungkin 10 tahun yang akan datang, model monster yang menggunakan caliber 7SXX ini bakal dicari oleh penggemar jam yang baru?

No comments:

Post a Comment